Kau Ilhamku - Man Bai
Sesungguhnya, antara lagu yang paling aku suka dan paling meninggalkan kenangan dalam hidup ini (setakat ini).
Suatu ketika dulu aku menyiapkan sebuah animasi flash ucapan hari lahir kepada seseorang dengan lagu ini dijadikan sebagai lagu latarnya. Itulah animasi flash terakhir yang aku dedikasikan kepada seseorang. Selepas itu aku tidak melakukannya lagi.
Ini cerita lebih tiga tahun lalu. Ketika aku masih mengejar mimpi. Ketika saat-saat akhir mimpi itu bila mana aku akan terjaga kemudian nanti dari sebuah mimpi yang indah. Tidak, ianya tidak kekal lama sebagai mimpi dan tidak juga berterus dalam realiti.
Ianya bertukar menjadi mimpi paling buruk dan saat paling duka dalam hati ini.
Tetapi aku tidak pernah lupakan lagu ini. Ianya sentiasa ada dan sentiasa aku nyanyikan di kala sunyi atau memandu sendirian ke mana saja destinasi. Aku juga masih terkenangkan dia dan akan sentiasa aku kenang. Aku tidak mahu lupa kerana itu bibit kisah lalu aku mahu bawa sehingga bila-bila masa. Kenangan dan pengalaman aku.
Dan sering kali, di kala terjatuh dalam hidup ini, aku bangun melihat dia dan kembali berdiri. Kerana dia sentiasa masih menjadi ilham dalam hidup ini.
rasanyamacam tau saper dia ...
BalasPadamlama u tak menulis pasal dia