Perit rasanya dengan suasana kerja sekarang. Ianya amat-amat sibuk hingga aku rasa tiada lagi masa untuk santai sementara bagi mencari idea atau semata-mata berehat. Aku begitu terdesak hingga aku bawa kerja pulang ke rumah.
Sedang asyik rakan kerja lain nyenyak tidur di lewat malam, aku masih bersengkang mata menyiapkan kerja yang tidak sepatutnya aku lakukan. Tapi kalau bukan aku, siapa lagi? Tadi timbalan Bos Besar, mungkin atas dasar simpati melihat keadaan aku lalu bertanya,
"Dan, kau belum jumpa orang yang boleh tolong buat kerja macam kau ke?"
Aku cuma ketawa kecil dan mengangat bahu tanda maksud aku,
"Tiada"
Lalu dia ajukan soalan yang sama kepada bos aku. Mereka tidak boleh menjawab soalan itu. Aku tahu mereka sedar kenapa. Aku amat berhadap dapat temui orang yang boleh buat kerja aku sedang buat dan suka untuk melakukannya, bukan kerana terpaksa. Namun sehingga hari ini, agak mengecewakan.
Aku sedari sesuatu. Kalau aku, untuk belajar sesuatu yang baru, aku akan cari maklumat yang perlu dan panduan untuk menggunakannya. Kemudian, aku juga berusaha bersungguh-sungguh untuk mahir dan mencari tips-tips yang berkesan untuk membantu kerja aku. Secara umumnya, banyak kerja yang aku lakukan adalah kerana aku usaha, bukan disuap sepanjang masa.
Kadang-kadang aku kecewa dengan rakan pejabat. Mereka tidak ada sifat untuk belajar sampai begitu sekali. Mereka lebih selesa habiskan masa dengan bermain karom atau ping pong atau bergossip.
Aku semakin mengantuk...
(cerita ini akan bersambung)
Salam.
BalasPadamKenapa mereka tidak mahu belajar? Kerana mereka tidak mahu tahu, supaya apabila mereka tidak tahu maka mereka tidak akan dipertanggungjawabkan dengan suatu tugasan selain dari apa yang mereka mahu buat dan tentunya apabila kurang tanggungjawab maka kurang kerja dan ada lebih masa untuk diri sendiri.
Hmm.. saya rasa awak pun dah tahu, kan? :)
Manusia kalau dah senang, nak senang lagi. Rileks bang..ada ganjaran apa yang abg buat tu. Cerita2 abg mengenai kerja gomen ni buat saya lebih bersemangat nak kerja baru ni. 16hb ni lapor diri kerja govt..huhu
BalasPadamkisah benar di satu organisasi kewangan...
BalasPadamKenapa mereka tidak mahu belajar? Kerana mereka tidak mahu tahu, supaya apabila mereka tidak tahu maka mereka tidak akan dipertanggungjawabkan sekira berlakunya kesilapan, samada sistem itu sendiri mahu pun kesilapan teknikal.. atau dgn kata lain, mereka tidak akan dikambing hitam kan..