Langkau ke kandungan utama

Berani Berubah

Perit rasanya dengan suasana kerja sekarang. Ianya amat-amat sibuk hingga aku rasa tiada lagi masa untuk santai sementara bagi mencari idea atau semata-mata berehat. Aku begitu terdesak hingga aku bawa kerja pulang ke rumah.

Sedang asyik rakan kerja lain nyenyak tidur di lewat malam, aku masih bersengkang mata menyiapkan kerja yang tidak sepatutnya aku lakukan. Tapi kalau bukan aku, siapa lagi? Tadi timbalan Bos Besar, mungkin atas dasar simpati melihat keadaan aku lalu bertanya,

"Dan, kau belum jumpa orang yang boleh tolong buat kerja macam kau ke?"

Aku cuma ketawa kecil dan mengangat bahu tanda maksud aku,

"Tiada"

Lalu dia ajukan soalan yang sama kepada bos aku. Mereka tidak boleh menjawab soalan itu. Aku tahu mereka sedar kenapa. Aku amat berhadap dapat temui orang yang boleh buat kerja aku sedang buat dan suka untuk melakukannya, bukan kerana terpaksa. Namun sehingga hari ini, agak mengecewakan.

Aku sedari sesuatu. Kalau aku, untuk belajar sesuatu yang baru, aku akan cari maklumat yang perlu dan panduan untuk menggunakannya. Kemudian, aku juga berusaha bersungguh-sungguh untuk mahir dan mencari tips-tips yang berkesan untuk membantu kerja aku. Secara umumnya, banyak kerja yang aku lakukan adalah kerana aku usaha, bukan disuap sepanjang masa.

Kadang-kadang aku kecewa dengan rakan pejabat. Mereka tidak ada sifat untuk belajar sampai begitu sekali. Mereka lebih selesa habiskan masa dengan bermain karom atau ping pong atau bergossip.

Aku semakin mengantuk...

(cerita ini akan bersambung)

Ulasan

  1. Salam.

    Kenapa mereka tidak mahu belajar? Kerana mereka tidak mahu tahu, supaya apabila mereka tidak tahu maka mereka tidak akan dipertanggungjawabkan dengan suatu tugasan selain dari apa yang mereka mahu buat dan tentunya apabila kurang tanggungjawab maka kurang kerja dan ada lebih masa untuk diri sendiri.

    Hmm.. saya rasa awak pun dah tahu, kan? :)

    BalasPadam
  2. Manusia kalau dah senang, nak senang lagi. Rileks bang..ada ganjaran apa yang abg buat tu. Cerita2 abg mengenai kerja gomen ni buat saya lebih bersemangat nak kerja baru ni. 16hb ni lapor diri kerja govt..huhu

    BalasPadam
  3. aku_ayu8:45 PTG

    kisah benar di satu organisasi kewangan...
    Kenapa mereka tidak mahu belajar? Kerana mereka tidak mahu tahu, supaya apabila mereka tidak tahu maka mereka tidak akan dipertanggungjawabkan sekira berlakunya kesilapan, samada sistem itu sendiri mahu pun kesilapan teknikal.. atau dgn kata lain, mereka tidak akan dikambing hitam kan..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 1

Malas pula hendak bercerita mengenai Homeroom. Baik aku tunjukkan koleksi gambar yang diambil pada tahun 2003 semasa reunion MRSM Balik Pulau ketika itu. Ada lagi gambar yang akan diupload kemudian nanti. Banyak. Aku fikir ada baik aku kembali kesana suatu hari nanti untuk aku ambil gambar yang lebih baik. Ini pun guna kamera digital Kodak 3.2 megapixel. Model di atas adalah Meor. Ini sebenarnya pada zaman aku dulu merupakan kaunter untuk segala pembayaran yang berkaitan dengan yuran pembelajaran maktab. Kalau tak salah aku ianya adalah sebanyak RM30 setiap bulan. Disini juga kami akan terima wang saku daripada MARA berjumlah RM25 bagi sesiapa yang layak. Segala keputusan, slip periksa dan apa saja urusan dengan pejabat, semuanya disini. Kaunter segera tepi tingkap. Ini sebenarnya pentas dalam dewan besar maktab. Aku masih ingat semasa menjadi 'sound engineer' untuk drama arahan Amron Roni. si Amron ni pernah jadi produser untuk rancangan sembang-sembang Chef Wan di TV9 tidak l

Cikgu Zul & SmartLearning

Cikgu Zul Kawan-kawan MRSM Balik Pulau hingga 1991, siapa pernah kenal dengan Cikgu Zulkifli Kassim (Cikgu Zul)? Beliau adalah antara pelopor SmartLearning di Malaysia suatu ketika dahulu dan aku adalah antara pelajar-pelajar yang bertuah dapat mempelajarinya dari pakar SmartLearning sendiri. Ada dua tiga orang lagi tenaga pengajar SmartLearning tapi aku sudah lupa nama mereka. Tapi aku sentiasa ingat Cikgu Zul. Berbadan besar tapi lembut tutur kata. Kali terakhir sebelum dia meletak jawatan sebagai guru di MRSM Balik Pulau, dia guna kereta Mitsubishi Galant besar. Pada masa pelajar lain sibuk dengan kaedah belajar biasa, kami di MRSM Balik Pulau sudah pun dilatih menggunakan kaedah SmartLearning; kaedah peta minda, kaedah study smart dan banyak kaedah-kaedah yang kalau masa sekarang, orang nampak biasa. Ya, aku ingat apabila aku ke UiTM (masa tu ITM) dan melukis awan-awan (peta minda) sebagai nota, member-member nampak pelik. Mereka fikir aku sedang buat ajaran sesat. Sebentar tadi ak

Mahu Beli Kamera DSLR? Baca Sini Dulu

Kebelakangan ini aku ditanya oleh beberapa orang rakan mengenai kamera DSLR (digital single-lense reflex). Seperti kamu sendiri sedia maklum, kamera DSLR adalah gajet terkini yang 'perlu' dimiliki. Orang ramai sudah tidak memandang kepada kamera digital biasa, sebaliknya terus ingin membeli DSLR. Mungkin kerana kamera DSLR yang tergantung di leher adalah cool atau pemilik itu benar-benar minat dengan fotografi, tidak dinafikan kamera DSLR semakin menarik minat ramai orang. Dulu, memang agak sukar untuk temui orang di sana sini memegang atau menggantung di leher sebuah kamera SLR yang besar 'gedabak'. Orang lebih selesa dengan kamera digital biasa yang boleh disimpan di dalam poket atau sarung. Ringan dan mudah. Tetapi mungkin kerana terdapat batasan keupayaan kamera digital biasa, maka DSLR sekarang semakin banyak kelihatan di tangan orang ramai. Satu lagi punca paling jelas, sebuah kamera DSLR sekarang boleh dimiliki dengan harga kurang RM2000. Model asas seperti Canon