Langkau ke kandungan utama

Fobia dan Api Dalam Diri Ini

Orang kalau fobia dengan sesuatu perkara atau keadaan, bila ianya datang kembali dapat dilihat bagaimana takutnya dia dengan keadaan atau perkara tersebut. Nak berhadapan atau hendak mengawal keadaan orang yang sedang fobia adalah begitu rumit sekali kerana walau seboleh mana kita cuba menenangkan hati mereka, ianya tetap sukar untuk diterima. Mungkin orang yang mengalami fobia adalah dari golongan mereka yang tidak tahan bersabar atau tidak tahan ditekan. Akibatnya mereka menjadi takut dengan bayang-bayang imaginasi sendiri.

Cuma sekiranya ada orang disekeliling kita yang sedang menghadapi fobia, sebaiknya kita tenangkan hatinya dengan tidak menekankan betapa tidak releven fobia mereka itu. Sebaliknya aku rasa kita perlu sokong ketakutkan mereka tetapi tidak menjurumus diri kita sendiri dengan ketakutan tersebut. Apa yang patut kita lakukan ialah memberi gambaran yang ikhlas dan memberi peransang untuk mereka supaya dapat mengawal perasaan kembali.

Tetapi kadang-kadang aku agak terkilan dengan sikap manusia. Seharusnya mereka lebih sensitif dengan keadaan sekeliling dan orang yang ada disekeliling mereka. Tidak patut mereka mempergunakan kelemahan orang lain atau membuat tidak peduli dengan perasaan orang lain. Simpatilah sikit. Kadang-kadang fobia ini begitu menekan jiwa seseorang hingga sampai tahap mahu membunuh diri. Sanggupkah kita membiarkan orang sebegini tersiksa dengan permainan minda mereka sendiri? Ada baiknya kalau sesuatu yang mereka fobia itu kita cuba elakkan dari timbul. Fahami keadaan dan bertimbangrasa.

Aku cukup bersimpati dengan seseorang kerana fobianya. Dan secara tidak langsung semua ini sebenarnya amat berkait rapat dengan aku. Namun aku begitu tenang dapat menghadapinya kerana mungkin kesabaran aku. Walaupun dalam jiwa ini penuh gelodak gelisah, tetapi diluar nampak begitu biasa. Seperti tiada apa yang berlaku. Sebaliknya dia begitu gelisah, susah hati, kecewa, sedih, takut dan serba serbinya tidak kena. Akibatnya aku yang menjadi mangsa fobia dia.

Cuma aku berjanji pada dia sekiranya ada orang yang cuba mengambil kesempatan atau mengganggu ketenangan hidup dia, akulah yang akan menjadi api membakar mereka-mereka itu hingga hangus agar tidak lagi mereka boleh menjadi manusia yang bermuka-muka. Jangan diuji kesabaran aku. Kata orang aku amat bersabar, mungkin ya. Cuma aku takut amarah aku nanti timbul akibat ini semua. Aku takut amarah aku akan membuat mereka 'cedera'.

Sejauh mana kesabaran aku ini? Entahlah. Mungkin makin menipis.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Malam Di Taman Tasik Titiwangsa

Sudah lama aku tidak membuat fotografi malam. Biasanya aku akan guna Canon EOS 400D aku kerana lebih baik kualitinya dan lebih hebat hasilnya. Memandangkan kamera tersebut sudah sedikit rosak dan juga pada malam semalam hanya kamera digital Sony CyberShot DCR-W350 saja yang berada di tangan, tiada pilihan selain cuba menggunakan kamera tersebut dan melihat hasilnya nanti.

Seperti yang dijangka, hasilnya kurang memuaskan. Begitu banyak noise yang terkandung dalam setiap gambar yang dirakam. Aku tidak menggunakan flash kerana mahu merakam suasna sebenar sekitar Taman Tasik Titiwangsa malam semalam.

Tanpa tripod, ianya lebih menyukarkan keadaan. Aku terpaksa menggunakan apa saja yang ada di sekeliling sebagai 'tripod sementara'.
 Satu perkara yang aku sedari, di sekitar Taman Tasik Titiwangsa, begitu ramai orang duduk berehat di sepanjang tasik. Cuma keadaan agak gelap kerana lampu yang ada tidak berfungsi. Suasana sedikit dicerahi dengan lampu jalan tidak jauh dari taman. Cahaya da…

Kereta Ku Lari Gagah Berani!

Aku memandu sebuah Perodua Kancil ke pejabat setiap hari bekerja. Perjalanan sejauh lebih 25km dari Bandar Sunway ke Putrajaya aku lalui seorang diri. Jadi pada fikiran aku, Kancil adalah kenderaan yang sesuai untuk jarak perjalanan dan jumlah isi pengguna di dalam kereta tersebut. Maksud aku, tidak perlu memandu sebuah MPV besar untuk ke pejabat jika setiap masa ianya hanya akan diisi dengan orang manusia.
Aku dan Zura sejak awal kenal sering berkata bahawa akan tiba masa kami memerlukan sebuah kenderaan baru. Zura mahukan sebuah MPV kerana mudah untuk membawa barang dan mungkin, membawa saudara mara ke sana sini. Praktikal dan berfikir secara logikal. Aku lebih sukakan sebuah kereta saiz sederhana kerana memikirkan 90% daripada masa penggunaan kereta itu nanti, aku atau Zura akan bersendirian memandunya.
Lagi pun, biras aku sudah membeli sebuah Proton Exora walaupun anak masih seorang. Nampak selesa dan bila balik berhari raya tempohari, Exora itu sangat membantu membawa kami ke sana …

Apple Mac - Cerita Aku 1

Aku pakai komputer jenama Apple di rumah dan di pejabat. Laptop MacBook Pro aku beli menggantikan laptop Acer Aspire (sudah dijual) dengan tujuan sebenar untuk kerja sampingan sebagai video editor dengan sebuah studio perkahwinan (DinaWedding). Aku sudah menggunakan Apple iMac di pejabat sejak penghujung 2006 lagi. Secara umumnya, banyak kerja aku melibatkan senireka grafik menyebabkan komputer Apple menjadi pilihan paling sesuai.

Aku pernah dan sering ditanya serta aku yakin di luar sana ramai juga yang ingin mengetahui kebaikan dan keburukan menggunakan komputer jenama Apple. Jadi aku fikir lebih baik aku kongsi pengalaman aku.

Komputer jenama Apple secara umumnya adalah komputer peribadi/workstation/server yang dibina dan dijual sendiri oleh syarikat Apple Inc. dan menggunakan sistem operasi (Operating System) jenama Mac OS. Suatu ketika dulu ada syarikat pengeluar komputer yang mengeluarkan komputer dengan menggunakan sistem operasi Mac OS namun begitu semenjak Steve Jobs (CEO dan p…