Khamis tempohari, aku pergi menonton Prince of Persia : The Sand of Time bersahabat sahabat. Boleh aku beritahu sesuatu? Aku rasa aku lebih suka menonton wayang seorang diri. Tetapi bila ada sahabat di sebelah, hati jadi lebih tenang dan damai.
Oh, berbalik kepada Prince of Persia. Filem ini adalah adaptasi daripada permainan video (video game) dengan nama yang sama. Aku pernah main permainan ini sekitar tahun 90an dulu tetapi sudah lupa mana satu. Aku tidak berminat sangat dengan genre game ini.
Bila dengar Prince of Persia akan difilemkan, aku sudah terbayang Lara Croft : Tomb Raider, sebuah lagi permainan video yang difilemkan, tetapi hasilnya tidak sebegitu baik. Aku fikir mungkin Prince of Persia akan mengalami nasib yang sama. Aku lupa sekarang teknologi perfileman sudah semakin hebat.
Jelas filem Prince of Persia : The Sand of Time adalah antara filem adaptasi daripada permainan video yang terbaik aku pernah tonton. Jalan cerita yang lancar dan jelas dengan watak antagonis yang mengelirukan, ianya cukup senang untuk diterima dek akal fikiran (aku). Memandangkan ianya dihasilkan dari tenaga produksi yang turut menghasilkan Pirates of the Caribbean , jadi 'feel' filem Prince of Persia juga hampir sama dengan Pirates of the Caribbean.
Cuma mungkin babak akhir agak kurang menarik kerana (spoiler!) sesudah sejam lebih bercerita, ianya diputarkan kembali dengan 'terowong masa' ke saat awal cerita. Aku nampak orang dalam pawagam seperti,
"Hah? Patah balik ke permulaan cerita??"
Jake Gyllenhaal membawa watak Prince Dastan dengan baik. Kata-kata sinikal beliau agak menghiburkan. Aku tidak pasti, Parkour sudah wujud sejak zaman Parsi lagi ke? Kalau ya, Prince Dastan cukup hebat! Hahaha. Gemma Arterton juga membawa watak Princess Tamina dengan baik walaupun ada kalanya nampak kekok. Watak antagonis utama, Nizam dibawa oleh Ben Kingsley dan aku rasa ianya begitu merugikan. Walaupun Ben Kingsley dalam filem ini melakonkan dengan baik watak Nizam tetapi ianya begitu terhad, tidak nampak 'jahat'nya sangat. Mungkin itu ideal cerita; mengelirukan penonton mengenai siapa antagonis sebenar. Pasti ramai pada awalnya berfikir, si jahat utama adalah Prince Tus yang sering berbalah dengan bapanya, King Sharaman.
Satu watak paling menghiburkan adalah Sheik Amar, lakonan Alfred Molina. Hendak tahu kenapa, pergi tengok sendiri. Nanti kamu tuduh aku rosakkan mood untuk menonton pula.
Secara keseluruhan, Prince of Persia : The Sand of Time adalah sebuah filem adaptasi permainan video yang baik dan menghiburkan. Rating peribadi; 3.5 daripada 5 bintang.
p/s: Aku akan beri 4.5 bintang ke atas untuk filem sehebat Forrest Gump, Braveheart, Pulp Fiction dan Wall.e sahaja. :D

Ulasan
Catat Ulasan