Langkau ke kandungan utama

Demi Qaseh


Qaseh seorang bayi yang aktif dan penuh tumpuan. Bila dibiarkan di hadapan televisyen, beliau akan memerhatikan segala pergerakan di kaca TV dengan penuh minat. Kadang-kadang reaksi tubuh badannya begitu aktif.

Aku sedari, untuk mendidik dan membesarkan seorang seperti Qaseh, aku sendiri perlu sihat walfiat, bertenaga dan 'fit'. Aku tahu masa mendatang kelak beliau akan mahukan lebih daripada aku. Beliau akan berlari ke sana sini dan aku perlu mengejarnya dan menjaga langkahnya. Beliau akan mahu mengayuh basikal  dan aku perlu ada di sisinya. Beliau akan sentiasa mahu melompat ke sana sini dan bermain sepanjang masa, maka aku perlu bersedia secara fizikal dan mental untuk semua itu.

Dalam keadaan aku sekarang, mustahil.


Dalam keadaan sekarang, aku terlalu 30 kilo terlalu gemuk untuk itu semua. 30 kilogram!

Aku tertanya-tanya dalam diri ini, bagaimana boleh aku buang 30 kilo itu dari badan ini? Kalau tidak 30 kilo, bagaimana hendak buang 20 atau sekarang 10 kilo buat permulaan ini? Ada sahabat yang mencadangkan aku mencuba minuman Alpha Lipid, sejenis minuman soya kesihatan.

Doktor menasihati aku supaya menjaga pemakanan dan buat senaman sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Rejim itu aku mahu buat. Doktor beritahu, permulaan itu sangat menyukarkan dan mencadangkan aku agar mengambil cuti seminggu untuk memulakannya. Sebolehnya aku mahu ikut apa yang doktor cadangkan. Tetapi cuti seminggu? Mustahil.

Jadi, sudah ada dua perkataan mustahil dalam 4 perenggan. Maknanya aku sendiri yang mencari alasan, rasanyalah.

Demi Qaseh, azam ini akan aku lunas...

Ulasan

  1. Assalamualaikum.. sekadar berkongsi maklumat. Kalau mahu boleh juga cuba program obesiti di hosp.putrajaya. Mula-mula pergi ke klinik kesihatan untuk dirujuk ke hospital. Ada borang yang kena dilengkapkan dengan full medical check-up. Program ini lengkap, ada support group, aerobik, ujian kecergasan, konsultasi dengan pakar pemakanan dan lain-lain lagi. Untuk suami saya, nampaknya berkesan. Dah turun 20kg dalam 3 bulan.

    :)

    BalasPadam
  2. alo idan..tak perlu semua tu idan..insyaallah bila dia dah mula meningkat beso..secara automatik menguruskan anak ko tu adalah senaman..percaya le..lagi2 besok bila anak ko dah bertambah insyaallah ko akan kembali normal...heheh

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 2

Sambungan koleksi gambar MRSM Balik Pulau, circa 2003. Ini bas maktab suatu ketika dulu. Aku sudah tengok bas baru. Tapi bas lama ini sungguh manis kenangannya. Kami menyanyi gembira setelah muncul johan bolasepak under-15 dan under-18. Pergi berkelah di Batu Feringgi atau melawat Botanical Garden. Pergi trip ke MRSM Berseri dengan ditemani bumbung bas yang bocor. Ianya suatu kebanggaan dapat naik bas ini suatu ketika dahulu. Masa itu tidak semua sekolah ada bas sendiri. Jadi kira hebat la. Baru sekarang aku terperasan, bas tersebut ada iras-iras Penang Yellow Bus. Hmm... Padang. Kalau masa aku pergi tahun 2003 dahulu ada sign board tertulis, "Home of The Cougars", merujuk kepada pasukan ragbi maktab. Mungkin pada ketika itu ianya amat kuat. Memang ragbi masa zaman aku pun kuat juga, tapi tidak sehebat team bolasepak yang dibentuk sejak kami form 2. Sepanjang itu hingga ke form 5, kami tidak pernah tewas satu game pun (betul tak Carrie?). Jadi johan Under-15 dan Under-18 nege...

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 1

Malas pula hendak bercerita mengenai Homeroom. Baik aku tunjukkan koleksi gambar yang diambil pada tahun 2003 semasa reunion MRSM Balik Pulau ketika itu. Ada lagi gambar yang akan diupload kemudian nanti. Banyak. Aku fikir ada baik aku kembali kesana suatu hari nanti untuk aku ambil gambar yang lebih baik. Ini pun guna kamera digital Kodak 3.2 megapixel. Model di atas adalah Meor. Ini sebenarnya pada zaman aku dulu merupakan kaunter untuk segala pembayaran yang berkaitan dengan yuran pembelajaran maktab. Kalau tak salah aku ianya adalah sebanyak RM30 setiap bulan. Disini juga kami akan terima wang saku daripada MARA berjumlah RM25 bagi sesiapa yang layak. Segala keputusan, slip periksa dan apa saja urusan dengan pejabat, semuanya disini. Kaunter segera tepi tingkap. Ini sebenarnya pentas dalam dewan besar maktab. Aku masih ingat semasa menjadi 'sound engineer' untuk drama arahan Amron Roni. si Amron ni pernah jadi produser untuk rancangan sembang-sembang Chef Wan di TV9 tidak l...

Apple Mac - Cerita Aku 1

Aku pakai komputer jenama Apple di rumah dan di pejabat. Laptop MacBook Pro aku beli menggantikan laptop Acer Aspire (sudah dijual) dengan tujuan sebenar untuk kerja sampingan sebagai video editor dengan sebuah studio perkahwinan ( DinaWedding ). Aku sudah menggunakan Apple iMac di pejabat sejak penghujung 2006 lagi. Secara umumnya, banyak kerja aku melibatkan senireka grafik menyebabkan komputer Apple menjadi pilihan paling sesuai. Aku pernah dan sering ditanya serta aku yakin di luar sana ramai juga yang ingin mengetahui kebaikan dan keburukan menggunakan komputer jenama Apple. Jadi aku fikir lebih baik aku kongsi pengalaman aku. Komputer jenama Apple secara umumnya adalah komputer peribadi/workstation/server yang dibina dan dijual sendiri oleh syarikat Apple Inc. dan menggunakan sistem operasi (Operating System) jenama Mac OS. Suatu ketika dulu ada syarikat pengeluar komputer yang mengeluarkan komputer dengan menggunakan sistem operasi Mac OS namun begitu semenjak Steve Jobs (CEO d...