Langkau ke kandungan utama

Selangkah Demi Selangkah

Phew... Berapa lama? Lebih sebulan rasanya. Call it a break or writer's block. Apa pun boleh.

Punca paling besar adalah ini,


Ya. Semenjak Qaseh Nurzahra si comel ini ada, segala yang lain tidak diperlukan lagi. Itulah seperti yang dirasakan.

Jujur aku katakan, membesar dan mendidik seorang anak bukan suatu perkara yang mudah. Emosi, mental dan fizikal perlu bersedia secukupnya. Bulan-bulan awal pembesaran bayi anak pertama penuh dengan proses pembelajaran dan pemahaman terutama memahami karakter bayi. Qaseh bukan seorang bayi yang mudah hendak dijaga. Ada waktunya dia begitu senang dihadapi. Waktu lain, ianya seperti sebuah mimpi buruk.


Ada waktunya, Qaseh perlukan seluruh tumpuan dan perhatian daripada papa dan mamanya. Sedetik kami berpaling darinya, Qaseh akan menangis teresak-esak hingga berlinangan air mata. Maka bergilir-gilirlah kami berdua berada di sisi Qaseh. Ada waktunya, Qaseh akan membuka luas matanya dan melihat alam; melihat apa yang bergerak dan menari-nari dihadapannya penuh asyik dan tumpuan. Langsung tidak kelopak matanya berkelip menyaksikan warna-warna kehidupan, seperti suatu yang baru pernah dialaminya. Dalam usia kecil ini, Qaseh sangat suka menonton televisyen. Ya, sebenarnya sekadar memerhati apa yang bergerak di skrin televisyen. Tetapi penuh asyik.


Perjalanan mendidik dan membesarkan Qaseh ini masih panjang. Selangkah demi selangkah kami bergerak, inshaAllah. Buat yang terbaik untuknya. Walaupun sukar, pasti ini suatu dugaan yang terbaik buat kami.


Benar kata orang, anak itu penyeri rumahtangga. :D

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 2

Sambungan koleksi gambar MRSM Balik Pulau, circa 2003. Ini bas maktab suatu ketika dulu. Aku sudah tengok bas baru. Tapi bas lama ini sungguh manis kenangannya. Kami menyanyi gembira setelah muncul johan bolasepak under-15 dan under-18. Pergi berkelah di Batu Feringgi atau melawat Botanical Garden. Pergi trip ke MRSM Berseri dengan ditemani bumbung bas yang bocor. Ianya suatu kebanggaan dapat naik bas ini suatu ketika dahulu. Masa itu tidak semua sekolah ada bas sendiri. Jadi kira hebat la. Baru sekarang aku terperasan, bas tersebut ada iras-iras Penang Yellow Bus. Hmm... Padang. Kalau masa aku pergi tahun 2003 dahulu ada sign board tertulis, "Home of The Cougars", merujuk kepada pasukan ragbi maktab. Mungkin pada ketika itu ianya amat kuat. Memang ragbi masa zaman aku pun kuat juga, tapi tidak sehebat team bolasepak yang dibentuk sejak kami form 2. Sepanjang itu hingga ke form 5, kami tidak pernah tewas satu game pun (betul tak Carrie?). Jadi johan Under-15 dan Under-18 nege...

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 1

Malas pula hendak bercerita mengenai Homeroom. Baik aku tunjukkan koleksi gambar yang diambil pada tahun 2003 semasa reunion MRSM Balik Pulau ketika itu. Ada lagi gambar yang akan diupload kemudian nanti. Banyak. Aku fikir ada baik aku kembali kesana suatu hari nanti untuk aku ambil gambar yang lebih baik. Ini pun guna kamera digital Kodak 3.2 megapixel. Model di atas adalah Meor. Ini sebenarnya pada zaman aku dulu merupakan kaunter untuk segala pembayaran yang berkaitan dengan yuran pembelajaran maktab. Kalau tak salah aku ianya adalah sebanyak RM30 setiap bulan. Disini juga kami akan terima wang saku daripada MARA berjumlah RM25 bagi sesiapa yang layak. Segala keputusan, slip periksa dan apa saja urusan dengan pejabat, semuanya disini. Kaunter segera tepi tingkap. Ini sebenarnya pentas dalam dewan besar maktab. Aku masih ingat semasa menjadi 'sound engineer' untuk drama arahan Amron Roni. si Amron ni pernah jadi produser untuk rancangan sembang-sembang Chef Wan di TV9 tidak l...

Lagu Jahat!

Bahasa Cinta Tiada kata secantik bahasa Untuk ku puji adinda Tiada gambar secantik lukisan Nak kutunjuk perasaan O dinda puspa gemala Mengharum jiwa Hemm... Hemm Dinda puspa gemala Mestika kanda Namun musim berubah Suasana bertukar Tapi ikatan mesra Sikit pun takkan longgar Tiada kata secantik bahasa Untuk kupuji adinda P.Ramlee - Anakku Sazali ==== Simple tapi begitu indah bahasanya. Ada satu lagi. ==== Berkorban Apa Saja Berkorban apa saja Harta atau pun nyawa Itulah kasih mesra Sejati dan mulia Kepentingan sendiri Tidak diingini Bahagia kekasih Saja yang diharapi Berkorban apa saja Harta atau pun nyawa Itulah kasih mesra Sejati dan mulia hmm... hmm... hmm... Untuk menjadi bukti Kasih yang sejati Itulah tandanya Jika mahu diuji Berkorban apa saja Harta atau pun nyawa Itulah kasih mesra Sejati dan mulia P.Ramlee - Hang Tuah ==== Menarik bukan ayat dan bahasa yang digunakan dalam lirik lagu melayu lama. Tidak terlalu over dan tidak terlalu menunjuk. Ianya semudah menyatakan sebuah peng...