Langkau ke kandungan utama

Sketsa Aidil Fitri 2011

Tahun ini pertama kali beraya bersama isteri dan pertama kali juga beraya di Kedah, lebih spesifik, Kampung Sematang, Kuala Kedah. Mula-mula aku mohon maaf, tiada gambar kami berdua di hari raya. Ada tetapi tidak sempat aku ambil dari PC di kampung.

 Aku beraya sehari di Kuala Kangsar. Cukuplah. Tahun-tahun sebelum ini pun sehari sudah mencukupi. Hari-hari berikut biasanya aku tidur saja dan tidak ke mana-mana. Sebelum itu, sempat juga berbuka puasa dua kali di Kuala Kangsar; dua hari terakhir Ramadhan. Aku tidak beli baju melayu baru. Aku tegaskan kepada Zura bahawa baju melayu yang sedia ada masih elok dan sangat jarang dipakai. Aku ada dua pasang baju melayu (putih - baju akad nikah dan oren - baju tahun 2008) serta dua helai baju melayu (hitam dan biru - baju tahun 2005) yang masih dalam keadaan baik.

Murtabak Pak Mad; murtabak paling glamer waktu Ramadhan di Kuala Kangsar.
Zura akur. Jadi Aidil Fitri tempohari, hanya Zura yang membeli baju baju; dua pasang baju kurung songket berwarna oren dan biru. Set baju oren kami pakai di Kuala Kangsar. Set biru di Kuala Kedah. Tahun depan inshaAllah aku akan setuju sekiranya Zura mahu aku beli baju melayu baru.

Sehari beraya di Kuala Kangsar, sempat menziarahi rumah saudara mara bersama Zura. Puas juga makan rendang tok. Kenapa dengan rendang tok? Tempohari sewaktu majlis perkahwinan aku, aku langsung tidak sempat hendak makan rendang tok. Itu sebabnya.

Hari kedua, aku dan Zura balik ke Kuala Kedah. Petang ada majlis kenduri aqiqah anak biras. Mereka masak kambing golek (yang aku tidak makan - memikirkan kolestrol yang sangat tinggi) dan ayam golek. Ada makanan lain tetapi aku kurang menjamahnya. Mungkin masih terlalu kenyang dengan makanan hari sebelumnya.

Kambing Golek!

Haziq & Marrisa, anak saudara sebelah keluarga Zura.
Memang suasana raya di kampung seperti Kampung Sematang begitu terasa berbanding beraya di kawasan bandar seperti Kuala Kangsar. Kuala Kangsar cuma terasa sangat sesak dengan kenderaan pada setiap kali musim perayaan tiba.

Hampir setiap rumah saudara mara di Kedah yang aku pergi, kami dihidangkan dengan nasi dan lauk pauk. Kuih muih hanya hidangan sampingan.

Akad Nikah sahabat.
Hari ke-4 Aidil Fitri, sahabat pejabat melangsungkan perkahwinannya di sebuah masjid tidak jauh dari rumah mertua aku. Aku dan Zura sempat menghadiri majlis akad nikah beliau. Terkenangkan saat yang sama kami lalui tidak beberapa bulan yang lalu.

Ahad kami pulang ke Kuala Kangsar untuk mengambil barang sebelum bertolak kembali ke rumah di Sunway pada hari berikutnya. Raya tahun ini adalah suatu pengalaman baru. Melihat budaya sambutan yang berbeza suasana dan keadaannya. Lima hari di Kuala Kedah, cuaca sentiasa panas terik. bila tiba hari pulang ke Kuala Kangsar, hujan turun dengan lebat.

Awan hitam berarak membawa hujan yang lebat di hari terakhir di Kuala Kedah.
Raya tahun ini juga merupakan cabaran bagi aku. Melihat Zura yang kurang sihat kerana sedang lalui fasa awal hamil kadang-kadang membuat aku kaku. Tidak tahu apa yang boleh aku buat untuk meringankan beban yang ditanggung. Tanya banyak kali pun, jawapan yang sama aku akan terima. Mungkin sebab itu tanggungjawab melahirkan anak diserahkan kepada perempuan. Kerana perempuan lebih sabar berbanding lelaki. Agaknya.

Hari ini, di pejabat. :-/

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 2

Sambungan koleksi gambar MRSM Balik Pulau, circa 2003. Ini bas maktab suatu ketika dulu. Aku sudah tengok bas baru. Tapi bas lama ini sungguh manis kenangannya. Kami menyanyi gembira setelah muncul johan bolasepak under-15 dan under-18. Pergi berkelah di Batu Feringgi atau melawat Botanical Garden. Pergi trip ke MRSM Berseri dengan ditemani bumbung bas yang bocor. Ianya suatu kebanggaan dapat naik bas ini suatu ketika dahulu. Masa itu tidak semua sekolah ada bas sendiri. Jadi kira hebat la. Baru sekarang aku terperasan, bas tersebut ada iras-iras Penang Yellow Bus. Hmm... Padang. Kalau masa aku pergi tahun 2003 dahulu ada sign board tertulis, "Home of The Cougars", merujuk kepada pasukan ragbi maktab. Mungkin pada ketika itu ianya amat kuat. Memang ragbi masa zaman aku pun kuat juga, tapi tidak sehebat team bolasepak yang dibentuk sejak kami form 2. Sepanjang itu hingga ke form 5, kami tidak pernah tewas satu game pun (betul tak Carrie?). Jadi johan Under-15 dan Under-18 nege...

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 1

Malas pula hendak bercerita mengenai Homeroom. Baik aku tunjukkan koleksi gambar yang diambil pada tahun 2003 semasa reunion MRSM Balik Pulau ketika itu. Ada lagi gambar yang akan diupload kemudian nanti. Banyak. Aku fikir ada baik aku kembali kesana suatu hari nanti untuk aku ambil gambar yang lebih baik. Ini pun guna kamera digital Kodak 3.2 megapixel. Model di atas adalah Meor. Ini sebenarnya pada zaman aku dulu merupakan kaunter untuk segala pembayaran yang berkaitan dengan yuran pembelajaran maktab. Kalau tak salah aku ianya adalah sebanyak RM30 setiap bulan. Disini juga kami akan terima wang saku daripada MARA berjumlah RM25 bagi sesiapa yang layak. Segala keputusan, slip periksa dan apa saja urusan dengan pejabat, semuanya disini. Kaunter segera tepi tingkap. Ini sebenarnya pentas dalam dewan besar maktab. Aku masih ingat semasa menjadi 'sound engineer' untuk drama arahan Amron Roni. si Amron ni pernah jadi produser untuk rancangan sembang-sembang Chef Wan di TV9 tidak l...

Lagu Jahat!

Bahasa Cinta Tiada kata secantik bahasa Untuk ku puji adinda Tiada gambar secantik lukisan Nak kutunjuk perasaan O dinda puspa gemala Mengharum jiwa Hemm... Hemm Dinda puspa gemala Mestika kanda Namun musim berubah Suasana bertukar Tapi ikatan mesra Sikit pun takkan longgar Tiada kata secantik bahasa Untuk kupuji adinda P.Ramlee - Anakku Sazali ==== Simple tapi begitu indah bahasanya. Ada satu lagi. ==== Berkorban Apa Saja Berkorban apa saja Harta atau pun nyawa Itulah kasih mesra Sejati dan mulia Kepentingan sendiri Tidak diingini Bahagia kekasih Saja yang diharapi Berkorban apa saja Harta atau pun nyawa Itulah kasih mesra Sejati dan mulia hmm... hmm... hmm... Untuk menjadi bukti Kasih yang sejati Itulah tandanya Jika mahu diuji Berkorban apa saja Harta atau pun nyawa Itulah kasih mesra Sejati dan mulia P.Ramlee - Hang Tuah ==== Menarik bukan ayat dan bahasa yang digunakan dalam lirik lagu melayu lama. Tidak terlalu over dan tidak terlalu menunjuk. Ianya semudah menyatakan sebuah peng...