Langkau ke kandungan utama

Politik Pentingkan Diri Sendiri

Sudah aku katakan, ahli politik hampir semuanya pentingkan diri sendiri. Mereka lebih pentingkan posisi dan pengaruh politik daripada rakyat yang mereka wakili. Lihat saja apa yang berlaku sejak minggu lepas di Sidang Parlimen yang baru dibuka. Perkara pertama yang dilakukan adalah menghentam dan mengkritik musuh politik mereka. Membuka pekung orang lain dan juga memainkan agenda politik kepartaian.

Ada kamu dengar mengenai usaha-usaha untuk kepentingan rakyat? Nada... Tarak. Tapi kalau itu mainan media semata-mata (untuk keuntungan), sungguh hina editor dan pemberita media.

Sepatutnya awal-awal persidangan lagi telah dengar suara bagaimana rakyat hendak diutamakan, selaras dengan konsep 1Malaysia yang dilaung-laungkan. Perkara pokok yang perlu dibincangkan adalah bagaimana hendak mengurangkan beban ekonomi rakyat, membantu meningkatkan taraf hidup rakyat dan apa saja tindakan yang boleh menyebabkan rakyat berpuas hati dengan suasana hidup mereka.

Ini tidak. Perkara pertama Zahrain ucapkan bila diberi ruang, dedah pekung Anwar. Perkara pertama Rais Yatim mahu, Anwar disiasat. Perkara pertama Anwar ucapkan, 1Malaysia = 1Israel.

Tiada perkara lain yang lebih penting daripada bergaduh macam budak-budak di dalam dewan parlimen? Kamu semua tidak tahu malukah? Oh lupa, kamu sebagai pengundi, tidak sedar-sedar lagi yang pemimpin kamu lebih pentingkan diri sendiri daripada kamu?

Mari ubah minda politik kita!

Ulasan

  1. Macam itulah politik bila dipisahkan dari agama!

    Wakil rakyat tidak faham erti amanah, wakil rakyat tidak faham erti beban yang dipikulnya diamanahkan padanya, wakil rakyat tidak faham amanah yang disia-sia olehnya akan menyula dan membakarnya

    Biarkan dia, serakah sangat ingin jadi wakil rakyat dan biarkan serakahnya itu menelan dirinya semula...

    BalasPadam
  2. Lihat sahaja siapa yang mulakan dahulu!! Sudah terang, lagi bersuluh...

    BalasPadam
  3. Bukan berkira siapa yang mulakan dulu. Paling penting, rakyat sebagai penentu hak perlu buka minda dan berfikir dengan lebih matang. Apakah undi yang mereka lakukan itu untuk kepentingan diri mereka atau untuk kepentingan ahli politik yang secara jelas sekarang lebih pentingkan diri sendiri daripada rakyat yang memilih mereka. Gula-gula yang disogok tidak lebih daripada modal memancing undi. Selepas itu, kita dilupakan balik.

    BalasPadam
  4. 'Pencetus' inilah yang buat kerja mereka kurang menjadi dan terpaksa mementingkan diri sendiri..takkan lah nak dibiarkan sahaja...
    Memang betul..apa-apapun atas tangan rakyat...Tetapi harapan rakyat itu sendiri tidak menjanjikan satu kepastian pada pemimpin yang dipilih..
    =)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 2

Sambungan koleksi gambar MRSM Balik Pulau, circa 2003. Ini bas maktab suatu ketika dulu. Aku sudah tengok bas baru. Tapi bas lama ini sungguh manis kenangannya. Kami menyanyi gembira setelah muncul johan bolasepak under-15 dan under-18. Pergi berkelah di Batu Feringgi atau melawat Botanical Garden. Pergi trip ke MRSM Berseri dengan ditemani bumbung bas yang bocor. Ianya suatu kebanggaan dapat naik bas ini suatu ketika dahulu. Masa itu tidak semua sekolah ada bas sendiri. Jadi kira hebat la. Baru sekarang aku terperasan, bas tersebut ada iras-iras Penang Yellow Bus. Hmm... Padang. Kalau masa aku pergi tahun 2003 dahulu ada sign board tertulis, "Home of The Cougars", merujuk kepada pasukan ragbi maktab. Mungkin pada ketika itu ianya amat kuat. Memang ragbi masa zaman aku pun kuat juga, tapi tidak sehebat team bolasepak yang dibentuk sejak kami form 2. Sepanjang itu hingga ke form 5, kami tidak pernah tewas satu game pun (betul tak Carrie?). Jadi johan Under-15 dan Under-18 nege...

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 1

Malas pula hendak bercerita mengenai Homeroom. Baik aku tunjukkan koleksi gambar yang diambil pada tahun 2003 semasa reunion MRSM Balik Pulau ketika itu. Ada lagi gambar yang akan diupload kemudian nanti. Banyak. Aku fikir ada baik aku kembali kesana suatu hari nanti untuk aku ambil gambar yang lebih baik. Ini pun guna kamera digital Kodak 3.2 megapixel. Model di atas adalah Meor. Ini sebenarnya pada zaman aku dulu merupakan kaunter untuk segala pembayaran yang berkaitan dengan yuran pembelajaran maktab. Kalau tak salah aku ianya adalah sebanyak RM30 setiap bulan. Disini juga kami akan terima wang saku daripada MARA berjumlah RM25 bagi sesiapa yang layak. Segala keputusan, slip periksa dan apa saja urusan dengan pejabat, semuanya disini. Kaunter segera tepi tingkap. Ini sebenarnya pentas dalam dewan besar maktab. Aku masih ingat semasa menjadi 'sound engineer' untuk drama arahan Amron Roni. si Amron ni pernah jadi produser untuk rancangan sembang-sembang Chef Wan di TV9 tidak l...

Lagu Jahat!

Bahasa Cinta Tiada kata secantik bahasa Untuk ku puji adinda Tiada gambar secantik lukisan Nak kutunjuk perasaan O dinda puspa gemala Mengharum jiwa Hemm... Hemm Dinda puspa gemala Mestika kanda Namun musim berubah Suasana bertukar Tapi ikatan mesra Sikit pun takkan longgar Tiada kata secantik bahasa Untuk kupuji adinda P.Ramlee - Anakku Sazali ==== Simple tapi begitu indah bahasanya. Ada satu lagi. ==== Berkorban Apa Saja Berkorban apa saja Harta atau pun nyawa Itulah kasih mesra Sejati dan mulia Kepentingan sendiri Tidak diingini Bahagia kekasih Saja yang diharapi Berkorban apa saja Harta atau pun nyawa Itulah kasih mesra Sejati dan mulia hmm... hmm... hmm... Untuk menjadi bukti Kasih yang sejati Itulah tandanya Jika mahu diuji Berkorban apa saja Harta atau pun nyawa Itulah kasih mesra Sejati dan mulia P.Ramlee - Hang Tuah ==== Menarik bukan ayat dan bahasa yang digunakan dalam lirik lagu melayu lama. Tidak terlalu over dan tidak terlalu menunjuk. Ianya semudah menyatakan sebuah peng...