Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2005

Nak Balik Ke?

Harini balik kampung. Esok raya. Petang sikit baru balik. Rasanya nak ikut jalan lama. Tapi tengoklah dulu. Kalau ikut jalan lama kena keluar awal sikit baru best. Kalau ikut highway tengahari rembang nanti panas terik rasanya. Kalau petang sikit baru okay. Tapi takut jam la pula. Nasib aku seorang jadi takde la nak layan karenah orang lain (bukan tak suka). Ikutkan malas nak balik. Dah biasa tak balik time raya haji. Tapi dah ada kereta ni kenalah balik. Nanti orang kata apa pula. Dan rasanya emak ayah mesti nak balik kampung pakai kete aku. Biarkanlah. Aku malas nak kemana. Duit takde. Sekarang tengah sibuk design logo kompeni ayah. Dia dah jadi kontraktor dan aku kena design logo yang berkait dengan bisnes dia. Eliasmy Enterprise nama kompeni tu. Jadi masa mula aku design logo, aku ambil dua huruf E permulaan perkataan dan aku cantum kemudian aku adjust supaya jadi bentuk macam rumah. Lepas tu aku buat jadi seolah-olah logo tu 3D, ada dimensi. Pakai Macromedia Fireworks MX 2004 la....

Cari Hadiah Dalam Semak!

Mouse pada PC ni gila. Tak menurut perintah langsung. CC ni memang pelik. Dia bukan peduli sangat keselesaan pelanggan. Kalau dengar cara dia cakap pun berlagak habis macam semua dia tahu. Tapi nak maintain PC dalam CC sendiri pun susah. Space bar pula boleh langkau dua kali dengan hanya sekali tekan. Jadi tak boleh nak taip laju sebab nak control space. Takpelah, menaip tak pakai mouse tapi pakai banyak ketukan space bar. Susah juga. Masa aku jaga CC dulu, semuanya aku ambil berat. Ye la, kita nak selesa bila guna perkhidmatan dan semestinya juga perkhidmatan kita untuk orang lain guna mesti okay selalu. Bukan main sedap rasa je. Aku sebenarnya nak check keputusan KPLI mod J-Qaf. Tapi keputusan cuma keluar pada 19 Januari 2005. Lagi dua hari. Bukan untuk aku tapi untuk member yang akan menyambut birthday pada 19 Januari 2005. Ironinya hidup. Sedang orang sibuk nak ucap selamat hari lahir dan semoga bahagia dan panjang umur, dia pula saban hari risau menunggu keputusan. Kalau gagal, ...

Idea Kena Block!

Selamat Tahun Baru 2005. Tahun ni umur aku dah masuk 30 tahun! Tua dah kan? Tapi perangai 50% masih macam budak. Azam tahun baru? Takde. Macam la aku pernah nak ikut azam aku. Err.. Takziah diucapkan kepada mangsa Tsunami. Zabidi member aku di Kuala Muda, Kedah pun kena. Habis semuanya. Wardina isteri Ikhwan (artis) tu la, hilang ramai saudara di Acheh. Apadia? Ala, Ikhwan tu dulu sama batch dengan aku la. Argh. Takde idea.