Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2006

Cari Pasal Sendiri

Itu, macam filem/buku HitchHiker Guide To The Galaxy. I'm one reluctant hitchhiker. Takde clue dan takde idea apa-apa pun mengenai banyak perkara. Aku fikir aku lebih kurang macam malas nak bergerak... Iye kot. Maka jadi tunggul la akhirnya.

Berubah Pertama

Dalam masa terdekat ni, dapatkan Honda Wave 125. Baiki bonet depan Kancil aku. Bayar duit loan belajar sampai habis. Beli Handset Motorola L7 slvr (yang nipis tu), agaknya la. Handset aku sekarang dah rosak pun. Jadi ada alasan nak tukar baru. Apa guna motor? Letih la drive. Jam dan kos yang tinggi. Jadi ada baiknya aku beli motor. Aku dah try beberapa kali bawa pegi opis dan aku rasa ianya okay. Takde la bahaya sangat. Ikut highway. Aku ni jenis tak malu nak pakai baju reflektor kalau ada. Aku akan pakai tak kira apa orang nak kata. Janji selamat. Kereta aku dulu accident. Tapi sampai harini belum buat apa-apa lagi. Jadi aku nak perbetul bonet depan yang kemik tu. Mungkin tukar hood baru. Tapi tengok la mana yang lebih murah. Lepas tu nak buat full service. Mungkin aku terus tukar saja timing belt. Senang cerita. Tak payah tunggu sampai putus. Letih...

Kemana Hari Ini?

Tengok sana, ada api sedang marak. Tengok sini, ada air semakin melimpah. Namun begitu sukar untuk mereka bertemu kerana begitu jauh antara satu sama lain. Mungkin aku biarkan saja. Kerana api itu cuma membakar jiwa yang kosong dan air itu cuma melimpahi hati yang hiba. Jadi tentu takde masalah untuk ianya reda bila sampai masa kelak. Jauh lagi ke? Aku dah letih berjalan ni. Betul juga, umur aku pun dah setengah dari apa yang sepatutnya aku dapat. Tapi aku tak nampak apa-apa lagi pun. Mungkin aku mencari di jalan yang salah. Atau mungkin ada yang menutup papan-papan tanda supaya aku tersesat. Atau aku sengaja sesat. Entah. Sekarang aku sedang keliru, kemana lagi harus aku pergi... Tapi bila sampai nanti, apa pula aku perlu lakukan seterusnya?

Tunggu Apa Lagi?

Aku nak sentiasa gembira. Aku nak senang hati. Aku nak sentiasa gembira. Aku nak senang hati. Aku nak sentiasa gembira. Aku nak senang hati. Aku nak sentiasa gembira. Aku nak senang hati. Aku nak sentiasa gembira. Aku nak senang hati. Aku nak sentiasa gembira. Aku nak senang hati. Aku nak minta dari sesiapa kalau sudi bagi, tapi tiada sesiapa yang sudi. Balik-balik kena tinggal kat tepi jalan ni sambil mereka terus berlalu pergi. Kalau ada pun yang menoleh kemudian berkata mereka akan kembali balik nanti. Ataupun ada yang berkata aku boleh ikut kalau nak, tapi mereka takde la nak peduli sangat nanti. Tak kisah la semua tu. Yang pasti, mereka nak berlalu pergi dan aku kena tumpang orang lain pula. Kenapa aku pula yang kena tumpang orang lain? Kenapa aku tak boleh bawa diri sendiri? Sebab takde orang yang nak ikut aku bila aku pelawa. Kalau ada yang ikut pun, mereka akan turun balik tepi jalan kemudian tahan orang lain. Agaknya aku tak pandai bawa mereka. Takpelah, aku boleh pergi sorang...

Tak Workaholic Dan Tak Suka Horlick (Agaknya)

Belum, aku masih belum dapat khidmat cemerlang. Patut dapat? Ntah, itu bos punya hak nak tentukan. Dan tidak, aku bukan workaholic. Walaupun aku kerja 8 pagi sampai 9 malam setiap hari dan hari minggu juga, aku bukan hantu kerja. Cuma sekarang ni dah jadi tanggungjawab nak siapkan kerja sebelum orang komplen panjang berjela dalam surat-surat khabar kata MyKad lambat dapat. Takde siapa paksa kerja lebih masa tapi selagi tak siap ratusan ribu MyKad yang masih belum siap, selagi itu tak senang duduk. Sebab setiap kali orang komplen dalam paper, MyKad cepat rosak, lambat dapat dan lain-lain lagi, yang direct kena, unit aku la. Cuma, kadang-kadang tu terasa juga, kenapa nak peduli? Dan hakikatnya kakitangan kerajaan zaman sekarang sudah berubah. Dulu boleh duduk kedai kopi sejam borak tak tentu pasal. Boleh tangguh buat kerja selama mungkin. Tapi sekarang (merujuk kepada unit aku), kerja boleh dikatakan profesional. Kena buat sebaik mungkin. Aku tahu orang takkan percaya. Tapi kena fikir be...

15 Hari Pertama 2006

Sudah lama tak menulis. Nak kata sibuk, boleh la. Sekarang dah tukar unit lain. Dulu boleh tidur dalam buat kerja sebab report tak banyak kena buat. Kemudian unit dulu tu sepatutnya cuma dua orang staf tapi diletak tiga orang. Jadi aku dengan sukarela menawar diri untuk keluar dari unit tersebut dan masuk unit lain yang ditinggalkan oleh staf yang berpindah ke bahagian lain. Jangan tanya. Dalam jabatan kerajaan banyak unit dan bahagian. Letih aku nak explain. Banyak benda aku tak buat lagi tahun ni. Tapi dah separuh bulan habis. Cepat betul masa berlalu. Sedar-sedar nanti dah nak habis bulan Januari. Sedar-sedar nanti 22.2.2006, dah 31 tahun aku ni. Tua dah ye. Muda lagi dalam hati ni. Dok asyik dengan kartun lagi, dok sibuk dengan games lagi. Usia dah tua, hati tetap nak muda lagi. Huh! Ye, ada ramai dah tanya bila nak kahwin. Aku rasa lagi senang kawinkan pokok getah dari nak cari calon sendiri. Sekarang pun masih takde lagi. Nak kena bagi alasan kenapa? Isnin - Jumaat kerja dari jam...

You'll Never Walk Alone

When you walk through a storm, Hold your head up high, And don't be afraid of the dark. At the end of a storm, There's a golden sky, And the sweet silver song of a lark. Walk on through the wind, Walk on through the rain, Though your dreams be tossed and blown. Walk on, walk on, with hope in your heart, And you'll never walk alone… Walk on, walk on, with hope in your heart, And you'll never walk alone… You'll never walk alone. You'll Never Walk Alone - Liverpool F.C. Anthem ==== Jadi, aku penyokong Liverpool. Aku rasa ramai yang dah tahu. Sejak 1982. Sudah lama. Sejak zaman Daglish, Molby, Rush, Barnes hingga sekarang. ==== Selamat Tahun Baru 2006. Aku bakal 31 tahun. Bakal 4 tahun di JPN. Yang lain-lain belum lagi... ==== Jaga diri korang baik-baik. Semoga ceria dan damai sepanjang masa.