Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2013

38 Tahun, 2 Hari

Kelmarin hari lahir aku yang ke-38. Kalau ikut tradisi tahun-tahun sebelumnya, pasti aku akan menulis di sini sehari dua sebelum atau pada hari tersebut. Ikut tradisinya juga, pada hari lahir aku, aku akan ke mana-mana restoran makanan segera, makan sambil membaca buku atau majalah atau novel. Biasanya restoran tersebut mestilah jauh dari tempat kebiasaan aku pergi. Aku pernah sambut hari lahir aku di KFC Sungai Pelek. Ya, sejauh itu. Rasanya semua itu akan hanya tinggal kenangan. Hari lahir aku kelmarin disambut bersama dua insan; Zura isteriku dan Qaseh, anakku.Ianya suatu pengalaman yang tidak dapat dicairkan dengan tulisan di sini. Kami tidak pergi ke restoran mewah atau membeli sebuah kek besar untuk diletak lilin di atasnya.  Kami cuma ke Restoran Strawberry di Petaling Jaya, restoran kegemaran kami. Kami pesan semangkuk tomyam seafood, telur dadar bersama daging ayam dan kailan ikan masin, jus tembikai untuk Zura dan air coklat untuk aku. Aku memesan sepotong kek tiramisu se...

Telefon

Aku membelek-belek telefon di tangan. Samsung Galaxy SIII yang baru beberapa bulan dibeli. Sebelum ini aku menggunakan Samsung Galaxy SII yang sekarang sudah menjadi milik Zura. Padahal Zura memang sudah ada telefon pintar, Sony Xperia Neo. Malangnya, Xperia hanya boleh buat panggilan video melalui software internet. Zura sering buat panggilan video dengan ibu dan adik beradiknya. Jadi tanpa fungsi panggilan video secara langsung macam yang ada di Samsung Galaxy SII/III, memang susah kerana tidak semua orang suka guna Skype. Aku sudah lupa SIII ini telefon yang ke berapa. Biar aku senaraikan telefon bimbit yang pernah aku guna sekadar yang aku ingat; Samsung Galaxy SIII Samsung Galaxy SII Nokia E66 Samsung L700 Motorola SLVR L7 Nokia 3310 Nokia 3250 Nokia 1100 Alcatel One Touch Pocket Motorola C350 Motorola CD928 SonyEricsson K700i Blackberry 8250 Itu yang aku ingat. Mungkin ada lagi. Banyak juga rupa-rupanya. Nokia E66 masih ada di rumah tetapi sudah rosak akibat termasuk air. Mungkin...

Untuk Sepuluh Tahun Lagi Dan Seterusnya

Aku sebenarnya bukan tiada masa untuk menulis di sini. Banyak masa dan banyak perkara yang boleh ditulis. Kehendak itu saja tiada. Suatu masa dulu aku menulis kerana jiwa ini kosong. Hidup ini juga kosong. Ketika itu. Sekarang hidup ini dipenuhi dengan insan tersayang; Zura dan Qaseh. Kalau boleh setiap detik bersama mereka hendak aku lakarkan di sini. Tetapi cuma setakat itu; hanya hasrat. Bila tiba masa hendak menulis, aku tidak melakukannya. Aku fikir apa yang aku tulis sekarang adalah sebagai legasi untuk Qaseh dan mungkin adik-adiknya nanti. Atau mungkin hingga ke cucu cicit mereka. Seperti sebuah kapsul masa. Sama seperti ketika aku membaca nota-nota tulisan arwah Tok Ismail. Aku cemburu dengan mereka yang menulis diari. Mereka yang tekun dan berdedikasi mencatat perjalanan hidup mereka sehari-hari. Orang seperti aku tidak mungkin akan menerbitkan sebuah buku biografi peribadi yang menjadi bacaan ramai orang. Namun begitu sekurang-kurangnya anak cucu aku nanti mungkin dapat menik...