Entah kenapa aku terlalu sibuk. Hingga di saat lewat malam begini aku masih menyiapkan kerja-kerja pejabat. Ramai yang tidak faham bagaimana kerja-kerja grafik dan reka letak dilakukan. Selalunya mereka sangka kerja ini sangat mudah dan boleh disiapkan dengan cepat. Yeah, right. Kerja sebegini sungguh memenatkan. Otak perlu diperah sentiasa untuk mencari hasil kerja yang terbaik. Tambah menyusahkan apabila orang di atas sana sentiasa mahukan sesuatu dalam tergesa-gesa. Sentiasa mahu yang bagus dan itu memerlukan masa. Masa aku di rumah setelah pulang dari kerja adalah bersama keluarga. Bermain dan melayan karenah Qaseh sehinggalah dia tertidur. Selepas itu aku ada sejam dua di lewat malam untuk membuat kerja sedaya mampu. Begitu rutin kini. Pulangan dari kerja ini langsung tidak seberapa. Kadang-kadang tidak berbaloi dengan hasil kerja yang aku persembahkan. Kadang-kadang puas juga aku menolak permintaan dan arahan orang di atas untuk hasilkan beberapa bahan. Aku kepenatan secara menta...