Selamat Tahun Baru 2015. Tahun ini jika diizinkan Allah, keluarga kecil aku akan bertambah seorang lagi pada Ogos nanti. Tujuh bulan dari sekarang. Masa menunggu kehadiran Qaseh dahulu, kami begitu teruja dan pelbagai persiapan yang kami lakukan. Beli itu ini. Segalanya perlu dicari kerana ianya yang pertama buat kami. Tempohari aku bertanya kepada Zura, apa agaknya yang perlu dibeli untuk kehadiran cahaya mata kedua ini. Hampir semuanya sudah ada. Namun kalau anak lelaki, kami perlu siapkan pakaian untuk lelaki pula. Itu sahaja yang perlu dilakukan. Qaseh pun seperti sudah mengerti bahawa tidak lama lagi dia bakal mempunyai adik, peneman masa mainnya. Jika adiknya lahir kelak, beza umur antara mereka adalah tiga tahun empat bulan. Jadi aku fikir Qaseh sudah tentu semakin bijak untuk tidak menimbulkan karenah kelak. InshaAllah. Itu perkara istimewa yang bakal berlaku pada tahun ini. InshaAllah. Tahun 2014 berlalu dengan penuh suka duka. Zura diserang demam denggi pada awal Novemb...