Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2004

Seminggu..

Susahnya nak merancang kemana-mana sekarang ni. Cuaca langsung tidak menentu. Sekejap boleh panas terik macam di padang pasir, tak lama nanti boleh jadi ribut petir yang amat dasyat. Kalau dulu boleh agak hujan mungkin turun waktu petang dalam jam 5. Tapi sekarang hujang turun sesuka hati tak tentu masa. Sekarang tengah hujan jadi tak boleh balik dari kerja lagi. Semalam hujan malam. Kelmarin hujan petang. Tak menentu langsung. Ingat nak ke pesta buku di PWTC. Tapi aku bukan ada duit nak beli pun. Kalau setakat tengok tu, rasanya di MPH MidValley lagi puas hati. Ingat nak ke Low Yat, cari software nak buat programming. Belajar-belajar lagi la. Website baru ni masih dalam proses pomen lagi. Ada banyak yang aku kena buat dengan CSSnya. Banyak error sana sini. Penat sebab panjang sangat. Walaupun tak penting buat panjang-panjang, tapi aku rasa seronok nak guna CSS sebab tak menyusahkan setting aku. Bila difikirkan balik, dekat 2 tahun aku bekerja dengan JPNM. Tapi masih tak banyak harta y...

Wayang, Futsal dan Kaki Aku Yang Terseliuh Sana Sini

Dari sehari ke sehari aku nak ke cineplex menonton Troy, Shrek 2 dan lain-lain cerita yang aku memang target nak tengok. Tapi payahnya nak dapat hari yang terluang masa. Semalam hujan lebat gila siap banjir kilat dan ribut taufan dan kilat sabung menyabung. Kemudian malam semalam pula ada Friends, jadi berat hati sikit nak tinggalkan rumah. Alasan paling logik, semalam malam Jumaat. Nanti orang kata apa pula ye (KL ni orang tak kata apa-apa pun). Harini, dah nak main Futsal pula jam 8 malam nanti. Harini ada pertandingan, siap kena pakai jersey lagi. Dah berapa lama aku tak pakai jersey hah? Lama betul. Masa aku menang kejohanan bolasepak sekolah-sekolah Pulau Pinang dulu, ingat aku team MRSM Balik Pulau pakai baju oren. Kalau tak salah la. Lepas tu diorang beli baju AC Milan (sebab ada orang sponsor akibat jadi johan negeri). Tahun depannya kalah. Heh. Padan muka sebab percaya sangat senior bangang tu. Harini lawan lagi. Erm.. Kaki aku tak berapa okay, so kena hati-hati.

[Fross]on[Ice] v8.0 BetaTest

THIS IS FINAL BETA TEST Inilah lebih kurang design yang selama ni memeningkan otak aku. Tapi sebenarnya ada masalah itu ini lagi yang aku kena perbaiki. Tapi masa takde. Aku tengah sibuk nak register masuk UiTM ni. Jadi lambat sikit la projek ni habis. Takde la hitam semacam je dah ye. Tak tahu la kalau orang senang dengan kaler yang aku pilih sebab aku color-blind. So jangan la komplen pasal kaler dah ye. Penat aku nak cari kaler yang sesuai. Link ke tempat lain tu, aku tengah buat. Sabar je la. Tag-Board tu tak boleh nak letak atas (aku rasa bawah sangat). Mungkin aku akan ubah setting lain supaya Tag-Board boleh sentiasa ada di atas. Tengok la macamana nanti. Thanks. Komen la lagi ye.

Balik Kampung

Nak balik kampung. Ada la 1/2 tahun tak balik kampung. Pelik juga aku tak rasa begitu lama. Emak pun tak bising tapi ada juga dia tanya kenapa lama tak balik. Balik ni pun bersebab. Bila masa pula aku balik tak bersebab ye. Nak ambil borang UiTM. Ah, sudahlah. Cerita nak balik kampung pun boleh masuk sini!

Hayao Miyazaki Magic

ONCE IN A WHILE, TALK OF THE OLD DAYS Translated by Deborah Goldsmith and Lee Collins, July 27, 1993 Composed and sung by Katou Tokiko / Arrangement by Sugano (???Sugeno) Youko / Piano Arrangement by Ooguchi Junichirou Once in a while, shall we talk about the old days? That familiar shop we used to visit so often Along the road, rows of chestnut trees could be seen from the window One cup of coffee through a whole day Recklessly seeking an unseen tomorrow, Everybody had hopes Blown by the hot wind of that unsettled era, we felt the moment with all our being. That's how it was. Sometimes we all slept by the side of the road None of us had anywhere to go We had no money, yet somehow we lived Poverty brought tommorrow In a small boarding house, we barged in, were rowdy till morning, then slept Like a tempest, every day was aflame We ran till we were out of breath. That's how it was. Look at the one remaining photograph The bearded fellow is you Nowadays, there are many frie...

[Fross]on[Ice] v8.0 Alpha 2 Test

Web ni tengah testing lagi. Aku dah buang banner Ad yang sepatutnya berada di atas header web ni. Ada la guna code yang simple. Nak tau tanya atau kalau rajin, baca je code html ruangan ni. Ye, aku guna blogger. Bila aku dah buang banner ads dia, terasa tak adil sebab dia bagi aku guna program ni free. Jadi aku letakkan button link ke web utama www.blogger.com di atas sebagai tanda penghormatan. Aku tak suka ads sebab takde kena mengena dengan aku. Tak lama lagi Beta version akan di upload. Harap komen di Tag-Board bawah tu ye. Komen apa pun takpe.

Off The Beaten Path

This is a new blog. Well, not actually new because I've been using this since 2002. I left it idle for quite some time. Now I think it would be nice to start it again using the original medium I used when I first wrote an entry. I am going to tweak this blog a lot but for the time being I'm using one of their template. Once I finish tweaking, this blog will be directly link via my website. And the appearence will be seamless with the web. Thats about it.