Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2005

Panduan Membeli PC Secara Rawak (Sila Bookmark Kalau Berminat)

Sepatutnya dalam minggu lepas aku dah beli sebuah komputer baru. Maksud aku, pasang sebuah komputer baru. Tapi nampaknya kewangan tidak mengizinkan. Jadi terpaksa tangguh dulu. Ikutkan, tak banyak yang aku perlukan. Prosesor AMD Athlon XP/AMD Sempron, DDR Ram dan SATA Hard Disk. Itu sudah cukup. Yang lain termasuk motherboard dah ada. Monitor pun dah ada. Aku cari Athlon XP (Barton Core) tapi susah betul nak jumpa. Jangan harap boleh jumpa di area KL ni melainkan orang jual second-hand. Ralat juga nak beli yang orang dah pakai. Kita tak tahu apa yang dia dah buat. Jadi aku cari Sempron saja. Aku pernah pakai Sempron 2200+ (1.13GHz), okay saja. Cuma tak cukup berkuasa. Jadi aku fikir baik aku beli Sempron 2600+, takat nak pakai beberapa bulan. Tak sampai RM300 pun. Kemudian RAM. Mulanya aku nak beli 1GHz sebab harga RAM sekarang murah gile. Dua keping 512MB DDR400 (Kingston Value Ram) baru RM330. Kalau nak yang elok tapi masih dalam kategori value RAM, aku boleh pilih Corsair Value Sele...

Sejenak Mengeluh

Sepanjang masa bermasalah. Tiada satu saat dalam ketenangan. Aku lari dari pelbagai perkara. Aku bersembunyi dari ramai orang yang bukan musuh. Tiap ketika aku diburu rasa bersalah. Aku mengendap-ngendap dari balik jendela memerhatikan sesuatu. Aku mimpikan segala kepahitan.