Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2005

Kad Raya Yang Terlampau...

Wah, sekarang ni ada orang sanggup nak iklan dalam blog guna reply tool yang kita sediakan. Dasyat betul orang nak meniaga. Sampai personal blog pun nak invade. Tapi pedulikanlah. Bukan dari Malaysia pun. Aku ubah sedikit template, buang links yang mana tak aktif dan tambah iklan sebelah kanan untuk aku cari duit sikit. Abis orang lain pun buat! Bukan senang nak dapat untung pun. So berkurun la kalau nak capai $50 Dollar, baru boleh dapat cek sekeping. Semenjak kebelakangan ni letih betul rasanya. Bersengkang mata buat E-Card raya guna SwishMAX. Menarik dan puas hati sebab buat sendiri. Kalau beli kad raya rasanya tak pernah puas hati. Cover cantik tapi isi tak cantik. Isi cantik tapi cover macam bodoh je. Last buat sendiri. Siap buat digital lagi. Guna Flash-based SwishMAX kemudian burn ke CD, lepas tu hantar. Nak suruh download dari internet, besar sangat saiznya. Tapi tak la sebesar kad raya yang aku jumpa di kedai. Apa halnya dengan kad raya saiz papan tanda jalan ni? Besar betul. ...

Proton dan Keluarga Mereka

Cari old generation Civic dan tengok apa problem dia. Orang dulu kata, kereta karat sebab cepat sangat karat. Tengok Hyundai Sonata lama dan tengok betapa hodoh designnya sampai tak laku langsung. Jepun baru menyerlahkan kualiti kereta (sebab itu harga kereta Jepun semakin mahal), Korea ikut sama. Berapa lama mereka dalam industri automobil? Mitsubishi dulu siap pernah buat Zero (kapal terbang perang dunia ke2). Jadi tak payah banding dengan Proton sebab memang jauh. Tapi silapnya Proton awal-awal lagi takde partnership dengan big company. Dengan Mitsubishi pun takat rebadging. Kata seorang analisis dahulu, tujuan kerjasama dengan Mitsubishi sebab Mitsubishi Heavy Industries ada buat kapal terbang, jadi alang-alang kongsi teknologi, baik kongsi yang lain-lain sama. Proton sebenarnya kena cari partner secepat mungkin. Dan pada pendapat aku, partner dari european country atau US lebih baik sebab mereka lebih terbuka dengan teknologi berbanding partner Jepun. Tengok Skoda, Audi, Volvo, Sa...

Sehari Hujan

Datin Seri Endon Mahmood, isteri Pak Lah telah meninggal dunia pada jam 7.50 pagi, 20 Oktober 2005 di Putrajaya. Al-Fatihah. ==== Kenapa aku letak komik Calvin And Hobbes? Kalau korang perati dan fahami betul-betul ianya sungguh ironi. Realitinya manusia dikuasai oleh media hiburan yang begitu banyak dikawal oleh peti TV. Calvin, si budak berusia 6 tahun mengerti dan memahami kekuasaan TV. Adakah anak-anak zaman moden ini dimomok dengan TV sepanjang masa menyebabkan mereka bebal dengan realiti dunia?

Laptop Bukan Ikan Bakar Cicah Air Asam...

Berkaitan dengan pertanyaan Miza mengenai laptop NEC. Sebenarnya apa saja laptop atau barangan elektrik yang kita beli atau guna, kalau tahu cara guna, ok la dia. Kalau tak tau guna, beli barangan RM sejuta pun akan rosak. Mengenai NEC, ianya sebuah kompeni Jepun yang terkenal dalam bidang elektronik. PC dan laptop NEC amat popular di Jepun. Jadi kalau aku dah kata Jepun tu, orang mesti fikir, kualiti mesti bagus. Boleh kata memang bagus. Tapi tak sebagus Toshiba. Suatu masa dulu, Toshiba adalah pengeluar Laptop terbesar didunia. Dan sampai sekarang orang masih akui laptop Toshiba memang bagus. NEC lebih kurang macam tu la auranya. Tak sehebat Toshiba tapi memang boleh dipercayai. Apa-apa pun, yang penting sebelum beli laptop, kena fikir beberapa perkara ini: 1. Buat apa aku nak beli laptop? Untuk mengada-ngada depan member atau untuk buat kerja (kira baik la ni ye?) 2. Berapa banyak kerja/games/aplikasi yang nak aku jalankan di laptop tersebut? Kalau nak buat bom, beli second hand pu...

Calvin And Hobbes

Ramdhan dan MyVi

Selamat menyambut Ramadhan. Rasanya baru saja puasa dulu. Kejap betul masa berlalu. Di Putrajaya, mereka buat pasar Ramadhan besar di Presint 2 (depan kompleks Kementerian Kewangan). Kira besar la bagi sebuah bandar sebesar Putrajaya. Aku ingat tak ramai yang nak datang, tapi silap. Ramai betul macam ada pesta. Jam sana sini dah Putrajaya tu. Semalam aku tengok berderet kereta kena saman sebab parking kereta tengah-tengah jalan. Harini takde. Agaknya polis dah insaf, orang nak beli makanan buka puasa takkan nak saman juga kot. Menariknya ada satu gerai pak Arab dan anak-anaknya menjual Kebab. Ye la, selalu orang Melayu jual kebab, tapi kali ini dah ada orang Arab yang jual kebab original. Memang mahal (RM4) satu tapi puas hati makan sebab besar. Kalau orang Melayu kita jual kebab harga RM2.50 (rata-ratanya), roti pita siap belah dua, ini roti pita bulat besar dengan isi macam tak cukup tempat nak letak. Yang lain ada la jual macam-macam. Tapi memang ramai, mungkin bebudak MMU pun datan...

Kalau Tak Update, Orang Kata Malas...

Web ni betul-betul semak. Bukan senang nak cari sesuatu yang betul-betul kita mahu. Kalau setahun dua dulu mungkin agak senang, tapi sekarang semakin susah. Malah disebabkan spam, muka pertama search engine, resultnya mungkin tak berkaitan langsung dengan apa yang kita cari. Kadang-kadang kita buang masa semata-mata nak dapat result yang kita nak yang cuma mungkin sebaris dua atau sekeping gambar. Letih. ==== Aku mencari koleksi kereta tahun 70an. Bagi aku secara peribadi, dekad 70an adalah dekad yang paling aku blur. Langsung tak nampak apa-apa. Padahal aku dilahirkan dalam dekad tersebut. Aku lebih tahu mengenai dekad 60an, 80an dan 90an berbanding 70an. Kenapa ye? Mungkin tahun 70an, filem-filem melayu makin suram dan jarang sangat dapat dilihat di televisyen. Apa yang aku ingat mengenai dekad 70an? Bell-bottom, rambut menggerbang, baju ketat, kereta semuanya pelik, banyak gambar slow-motion (tengok la acara sukan, semua slow-motion, kenapa ye?). Aku dah jumpa website yang buat kro...