Seminggu aku berada di Hotel Sri Malaysia, Genting Highland. Gambar sebelah adalah gambar Lea, salah seorang peserta kursus induksi yang aku jadi urus setia dan aku semasa minum-minum di kedai makan sebelah hotel malam terakhir tugas aku disana. Geng-geng dia saja yang betul-betul kamcing dengan aku. Hampir setiap hari lepas kelas mereka, mesti pergi minum-minum dengan mereka. Lea ni orang Johor. Aku ingat aku memang tak ramai kawan orang Johor. Boleh kira dengan jari tangan je kot. Dia yang ambil shot ni dengan effect yang sedia ada dalam SonyEricsson Cyber-Shot aku. Aku cukup suka gambar ni. Dan ada satu lagi gambar. Antara bebudak geng diorang ni, si Lea ni la yang paling havoc agaknya. Ada sekali tu aku rasa aku tengah lelap mata, rehat dalam bilik hotel. Tetiba je phone hotel berbunyi. Ingatkan siapa. Rupanya Lea salah call. Entah siapa yang dia nak call sebenarnya tapi yang menariknya ialah cara dia buat ending perbualan. Dia boleh kata, "Thank for the services". Hehe...