Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2014

Aku dan Sesuatu

Bila memandu, ada waktunya aku lebih sukakan jalan berliku laluannya dihiasi pepohon yang menghamparkan bayang-bayang di sepanjang jalan. Ketika itu, disulami irama yang mendamaikan aku dapat rasakan sebuah ketenangan. Waktu bujang dulu, itulah perkara yang paling kerap aku lakukan. Kerana aku tidak pernah ada sahabat karib atau teman rapat. Malah aku sebenarnya tidak ada sahabat untuk berhujung minggu bersama-sama seperti orang lain. Hidup di penghujung hari selepas kerja atau di hujung minggu adalah sendiri. Ke mana-mana sendiri. Hingga pernah bercuti seorang diri di Langkawi. Itulah pertama kali aku ke Langkawi. Seorang diri. Maka aku lebih banyak berdiam diri dari bercakap. Aku jadi pendiam kerana keadaan. Banyak waktu-waktu bisu ini aku penuhi dengan fotografi dan membaca. Pantai Klanang Kini aku terkesan dengan keadaan ini. Ketika ini Qaseh semakin membesar dan semakin betah berbicara. Ada waktunya aku dan Zura langsung tidak faham apa yang diluahkan oleh Qaseh. Ada waktunya dia ...

21 Tahun Lalu; Sebuah Lagu & Walkman

Tiba-tiba aku teringat sebuah lagu lama, Waktu itu tahun 1993, ketika aku bekerja sementara di sebuah syarikat jual broker saham di Kuala Lumpur selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia. Kerja sementara yang sangat mewah. Walaupun gaji hanya sekitar RM500 saja ketika itu tetapi ianya sudah cukup banyak, ditambah lagi dengan klaim kerja lebih masa yang boleh dikatakan hampir setiap hari aku perlu lakukan. Dapat duit gaji, antara perkara pertama yang aku buat adalah membeli sebuah 'walkman'. Aku membeli sebuah 'walkman' jenama Aiwa berharga hampir RM400. Kalau ikut nilai sekarang, mungkin lebih RM1200. Hanya untuk sebuah 'walkman'. Aku lupa model mana satu dan ingat-ingat lupa bagaimana bentuknya tetapi aku ingat ianya nipis dan ada pek bateri luaran yang ketika itu merupakan sesuatu yang canggih. Salah satu kaset yang aku beli ketika itu adalah album Jon Secada, penyanyi Amerika Latin yang berasal dari Cuba. Ia merupakan album Bahasa Inggeris pertama beliau. Dari m...

Sijil, Cahaya Senja dan Menanti Petang

Satu lagi hari. Satu lagi majlis. Satu lagi sijil yang diberikan. Mungkin harga hasil kerja ini cuma sekadar sekeping sijil. Untuk apa sijil ini, aku tidak tahu. Kalau timbunan sijil yang diterima sejak 10 tahun ini dapat membeli sesuatu, mahu saja aku jualkan semuanya. Sudah tidak ada ruang dalam fail sampul sijil untuk disimpan sekeping lagi. Kerja yang aku buat sebenarnya memang menyeronokkan. Ada kala ianya sangat mencabar dengan karenah pengurusan yang mahukan sesuatu yang tidak masuk akal. Ada waktu ianya membosankan kerana dirasakan terlampu mudah dan tidak memberi cabaran yang sebenar. Tapi dalam masa lain, aku sentiasa harapkan apa yang aku buat ini dapat memberi pulangan yang setimpal. Namun begitu apa yang sering aku terima adalah sekeping sijil. Itu saja. Seorang staf yang aku latih untuk membuat kerja-kerja reka bentuk majalah kelmarin mengeluh. Katanya kerja menghasilkan majalah bukanlah kerja yang mudah dan sangat meletihkan akal fikiran. Hakikatnya be...

Dugaan Seminggu

Seminggu aku berulang alik ke hospital kerana Zura diserang demam denggi. Hospital hanya sepelaung dari rumah. Itu memudahkan sedikit perjalanan namun dalam keadaan begitu, aku masih terasa keletihan ke sana sini mencari penawar alternatif untuk Zura. Aku cari air pucuk daun betik kerana terdapat kajian yang membuktikan air pucuk daun betik mampu meredakan panas akibat demam denggi dan meningkatkan platlet darah. Sekarang air pucuk daun betik ada dijual secara komersial. Lihat sini, http://juspucukbetik.blogspot.com/ Harga agak berpatutan, RM12 (aku dapat harga RM10) sebotol dan kena habiskan sekurang-kurangnya sebotol sehari. Pengedar sarankan aku beli empat botol sekaligus. Namun begitu aku beritahu aku ingin mencuba dua botol terlebih dahulu. Tidak lama selepas beli, sepupu Zura mengirim mesej mengatakan suaminya sudah sediakan jus daun betik yang dipetik dari laman rumah. Pati daun betik yang dicampur madu. Cukup untuk beberapa hari.  Aku cuba juga cari sup ketam untuk Zura. Zu...