Kurang setengah bulan menjelang 2015. 2015 nanti, aku berusia 40 tahun. Orang kata hidup bermula pada usia 40 tahun. Aku tidak faham apa maksudnya. Mungkin berkaitan dengan fasa 'settle down' dan tumpuan kepada keluarga; membina keluarga. Atau mungkin maksudnya kita sudah benar-benar dewasa. Kalau di kalangan umat Islam, usia 40 tahun itu adalah tingkat di mana 2/3 daripada usia ini telah dicapai dan tinggal 1/3 lagi yang harus dilalui. Ini kerana Nabi Muhammad wafat di usia 63 tahun. Jadi bagi umat Islam, usia lebih daripada itu adalah ujian atau anugerah Allah. Sedikit sebanyak aku dapat rasakan kudrat di usia 40 tahun ini tidak lagi sekuat dahulu lagi. Sudah terasa risau dengan segala penyakit yang mungkin melanda. Lebih 20 tahun tidak menjaga diri, inilah akibatnya. Banyak yang belum dicapai dan masih terkapai-kapai mengejar. Hidup ini bukan mudah. Ianya sebuah perjalanan yang penuh dugaan. InshaAllah jika diizinNya, tahun hadapan keluarga kecil kami ada...