Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2004

MRSM Balik Pulau

Baru lepas surf www.ansarabp.com . Website xMRSM Balik Pulau. Ye, aku budak MRSM. 12 tahun lalu aku tamat belajar disana. 16 tahun lalu aku masuk belajar form 2 di sana. Patutnya aku masuk MRSM Gerik masa form 1 tapi MRSM tu tak siap sampai 1996, jadi kami batch asal seramai 126 orang ditendang ke MRSM Balik Pulau, Pulau Pinang. Masa tu aku kecik je. Jadi memang sah senang-senang jadi mangsa buli. Lepas tu kiranya aku taraf budak baik sebab merokok pun tak, apa pun tidak. Tapi takat lompat pagar (actually pagar tu boleh tolak tepi) keluar maktab tu perkara biasa. Bila form 4 aku masuk kelab lumba basikal. Asal petang je keluar sekolah naik basikal lumba. Bukan training pun. Saja pegi town, Pekan Kongsi. Nak cerita pasal kenangan di MRSM BP memang banyak. Tapi yang paling jelas korang boleh baca komik STUDENT LIFE karya SIREH@Anoy. Itu memang merujuk MRSM Balik Pulau sebab budak Anoy tu pun ex-student sana. Kalau yang pernah baca, cikgu disiplin garang nak mampos tu ialah cikgu Hamid. d...

Duit Bonus Tak Boleh Beli Ubat Rabun Warna

"Engkau nak beli apa bila dapat duit bonus nanti?" "Tak tau lagi." "Tak beli baju raya ke?" "Baju melayu tahun lepas dah ada sepasang dan masih okay. Ada dua helai lagi baju melayu yang masih elok. Paling penting, kasut kulit untuk kerja. Rasanya dah cukup." "Jadi tahun ni takde baju baru la ye?" "Ada, baju dan seluar pergi kerja. Aku dah gemuk, semuanya dah tak muat." "Lagi apa nak beli?" "Meja TV. Sekarang ni aku letak atas polisterin je. Kemudian kalau ada duit lebih nak beli almari baju baru. Yang lama dah sarat." "Itu je?" "Ntah. Tak tahu apa nak fikir lagi." ==== Kalau orang lain, mungkin dah lama ada perancangan untuk menyambut hari raya. Aku masih tak tahu apa nak buat. Cuma yang aku rasa paling nak buat ialah cari sehelai samping dan butang baju melayu. Itu je. Aku rasa baju melayu yang ada sekarang masih elok. Jarang sangat aku pakai. Seminggu lebih kurang sekali je aku selang ...

Membuang Keliru

Aku pelik melihat manusia yang ada diantara mereka begitu keras hati dan sentiasa ingin rasa betul dalam semua keadaan sedang hakikatnya orang tidak mempersoalkan betul atau tidak. Kenapa dalam hidup ini mesti sentiasa ada betul atau tidak? Kenapa kalau diwujudkan persoalan jawapannya nanti adalah dalam bentuk terbuka tanpa mempersoalkan siapa yang betul siapa yang tidak? Ada orang yang sepanjang hidupnya melihat apa yang dilakukannya adalah betul dan setiap tindakan beliau sepatutnya menjadi contoh kepada orang lain. Dan apabila bersahabat dengan mereka, mereka timbulkan pelbagai ugutan kononnya mereka akan bosan dan meluat dengan kita kalau kita tidak mengikut haluan tuju atau mempersoalkan tindakan mereka. Aku, cuba sedaya upaya untuk menjaga hati orang ini tetapi setiap kali aku dilayan seperti bukan yang aku harapkan. Tapi aku tak harap dilayan sebegitu baik. Cuma aku mahu dihormati sebagai seorang kawan. Bukan digunakan jika perlu dan dibiar jika mereka ada hal lain. Setiap soala...

Zura Menyibuk.. hehe

Si Zura ada disebelah tengah sibuk perbetulkan permohonan KPLI J-QAF nya. Ala, iklan nak jadi guru tu. Dah berapa kali dia minta KPLI aku tak pasti tapi memang setiap tahun atau setiap kali iklan keluar dia pasti akan pohon. Tapi kali ini aku rasa peluang dia agak baik sebab berkaitan rapat dengan kelulusan dia sebagai graduate linguistik bahasa Arab. Jadi kalau jadi guru bahasa Arab memang sesuai sangat. Kata dia orang Arab di Jordan dulu pun tak sangka dia orang Malaysia sebab cakap Arabnya berabuk. Aku harap dia dapat sebab aku dah kesian tengok dia susah hati bila tak dapat. Hari tu disalahkan kaum lelaki sebab memang KPLI baru-baru ni ramai budak lelaki yang dapat. Aku takde apa nak komen, mungkin betul. Esok puasa, agaknya. Harini kiranya ramai orang yang akan makan bersungguh-sungguh time tengahari sebab esok tengahari dah tak boleh nak makan. Aku pun sama. Tapi tak banyak mana pun makan. Cuma harini aku nak makan aiskrim kalau sempat. Kek dah makan. "Selamat berpuasa, mest...

Suatu Petang Itu

Bila berbicara dengannya, ia dirasakan begitu berat kerana pendapat dan pandangan masing-masing amat kritis dan terbuka. Kadang-kadang selepas berbual jadi begitu penat memerah otak untuk mengutarakan sesuatu yang signifikan dengan kehendak akal dan fikirannya. Itulah yang menarik minat untuk aku terus berbicara dengannya. Dan dia juga akui, berbual dengan aku banyak yang bermanfaat. Berdebat, kritik dan soal-jawap sentiasa dalam keadaan yang 'panas' dan menarik. Terima kasih untuk sebuah petang yang mendamaikan...

Puasa

Ramadhan menjelang tiba. Kali ini ialah Ramadhan yang ketiga aku berpuasa di pejabat ini dan kali terakhir disini. Tahun depan mungkin di Putrajaya. Banyak kenangan berpuasa di sini, tapi tak boleh nak dibandingkan dengan kenangan berbuka puasa di MRSM BP dan juga di UiTM Kolej Perindu dulu. Makan dengan member nasi kawah dan kadang-kadangan dengan ikan jacket dan ayam sebesar ibu jari. Air paling glamer pastilah sirap. Itulah yang kalau boleh orang dewan makan nak sediakan setiap hari. Sekali sekala dapat makan diluar. Dulu masa duduk dengan Bob, member baik UiTM, aku dengan dia selalu ke Bukit Bintang. Bila time nak buka puasa, pergi naik tingkat lima beli nasi bungkus, nasi saja. Turun bawah pegi KFC dan beli ayam dua ketul. Masa tu masih murah lagi. Dua ketul tak sampai RM3. Buka puasa di KFC makan nasi berlauk ayam KFC dan kuah cili sos. Itu je. Memang merepek tapi pengalaman. Kalau buka puasa telan air liur, minum air paip tu dah memang biasa. Sekarang dah mewah sikit. Time buka ...

Dah Habis Exam

Selepas habis exam, apa rasa? Biasa je. Ada subjek yang okay, ada yang KO. Tapi yang pasti next sem aku study lagi. Heh. Cuti la aku untuk beberapa bulan. Mungkin sampai hujung bulan November. Jadi aku rasa nak mulakan balik projek website aku yang amat lama tergendala ni. Tengah cari idea nak buat camana. Aku nak ubah konsep tapi takutnya nanti konsep yang aku pilih tak kena dengan gaya aku pula. Aku rasa dah berapa banyak interface aku buat tapi masih tak puas hati lagi. Ada saja yang tak kena. Tunggulah ye.

EXAM dan Start!

Harini bermula exam final aku. Pagi tadi baru lepas jawab soalan Sains Politik. Semua orang komplen sebab apa yang disoal begitu terbuka sampai pening nak jawab. Takde detail, takde definisi, takde terangkan. Lecturer memang tak ajar agaknya. Tapi kalau ikut soalan semester sebelum pun, memang banyak beza dari segi konsep. Jadi memang susah kalini. Nasiblah. Agaknya semester ni bukan semester aku nak score. Selasa nanti ada exam English, kemudian Rabu exam Financial Accounting. English aku tak risau sangat tapi Financial Acc. memang memeningkan. Dengan buku rujukan pun merepek, lecturer lagi lah merepek. Aku pun memang tak boleh nak catch up. So dari malam karang sampai malam Rabu nanti akan aku sibuk studi Financial Acc. Tapi tengah mengantuk ni. Malam tadi tak cukup tidur walaupun tidur awal. Ada je yang mengganggu tidur. Sejuk tapi tak cukup selesa. Agaknya dah tiba masa aku beli tilam. Selama dua tahun asyik tidur atas comforter jek. Badan pun dah makin protes dengan sikap tak ambi...