Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2005

Lily

26/9 ni birthday Lily, adik angkat aku yang paling lama setakat ni. Dari tahun berapa ye? Rasanya tahun 1999. Lama tu. Mula kenal macam IRC dulu, aku ingat dia tua dah atau terlampau garang nak mampos. Ye la nampak berlagak je. Kalau dia tak tegur aku, jangan harap aku nak tegur dia. Rupanya tak jauh dari kampung aku. Sampai sekarang aku masih rapat dengan budak Lily ni walaupun jarang sangat dah jumpa. Tapi baik macam tu jugak. Sekarang dia dah jadi cikgu matematik di Kamunting, Perak. Mula dulu punya la bertegas taknak jadi cikgu. Habis dah takde kerja, terpaksa la apply. Sekarang dah dekat 2 tahun jadi cikgu. Bagus la. Dapat sekolah pun dekat kampung sendiri. Dia dah mintak hadiah, apa hadiah aku nak bagi ni?

Uhhhhh... Aaaaa.... Cantiknya!

Aku tengah sibuk menghias pejabat. Ikutkan kerja orang perempuan yang 3/4 jumlahnya tapi seorang pun tak buat. Pemalas betul. Atau memang mereka mengaku tak kreatif. Ye la, takat nak buat solekan gaya perkahwinan mungkin terer la. Tapi nak buat interior design untuk opis, beku otak kot. Kemudian ada seorang brader yang diakui memang pandai melukis ditugaskan untuk decorate opis. Ini sebab orang gomen takde kerja la ni. Ye la tu. Sibuk gile dengan kerja tau tak. Ini pun curi-curi masa buat hiasan sebab ada pertandingan keceriaan pejabat. Pelik. Patut la orang awam kata orang gomen takde kerja. Sebab menyibuk ditempat lain. Jadi brader tadi ajak la aku tolong buat dengan dia decorate opis. Mungkin sebab dia tahu aku mahir guna komputer. Senang tugas dia. Dia design artwork, aku buat guna komputer. Mulanya bos besar (dia ni jenis pilih bulu) memang tak berminat nak ambil tahu atau memang tak minat sebab orang yang buat kerja bukan orang-orang dia. Tapi bila hari semalam dia datang, dia te...

Yang Membuatkan Aku Tak Tidur Malam

Sambung pasal PC baru aku. Heh. Aku guna AMD Sempron 2500+ 64Bit Soket 754 dengan motherboard Asrock (cikai gila) yang boleh di upgrade kepada soket 939 untuk akan datang. RAM aku guna Apacer DDR400 512MB . Grafik pula aku cuma guna ATI Radeon 9550 256MB , DVD-ROM Drive Samsung, dan casing Tsunami Pisces Ps-47 Series kaler hitam. Sound card masih guna yang lama, Creative Sound Blaster! Live. Monitor masih pakai Philips 704S 17" Flat Screen. Kalau nak tengok apa benda yang aku beli, klik saja link yang aku sediakan tu. Setakat ni PC aku masih beroperasi dalam keadaan normal. Observasi setakat ini; Grand Theft Auto San Andreas, gameplay okay dengan screen resolution aku set pada 800x600 dengan setting lain aku set pada medium dan high. Tapi kalau sengaja buat banyak letupan (baling bom tangan sebanyak mungkin), gambar jerking sikit tapi masih boleh main. Unreal Tournament 2004, gameplay okay dengan setting resolution pada 800x600 dan setting lain aku set pada high. Seperti biasa ...

Techno Geek

At last aku beli juga laptop walau bukan milik aku. Tapi puas hati la sebab dapat buat laptop macam harta sendiri. Jenis Acer Travelmate 2419NCLi. Cosnya RM3000 tepat. Aku upgrade RAM 512MB DDR 533Mhz. Itu je yang penting. Nak upgrade hard disk, katanya nanti warantty void. Jadi kansel. Screen 15" dan combo drive. Okay la tu. Nak beli yang lain, aku rasa tak berbaloi. Kalau pandai jaga, tahan lama. Kalau tak pandai jaga, beli IBM ke, Apple ke, Fujitsu ke pun akan rosak juga. Kemudian aku upgrade PC aku sendiri. Tukar kepada AMD 64 bit yang aku idam-idamkan sejak sekian lama. Baru sekarang dapat. Cuma dapat soket 754 buat masa sekarang tapi motherboard boleh support soket 939 dengan cuma tambah extension card. RAM 512 MB dulu buat masa sekarang. Grafik cuma ATI Radeon 9550 saja. Takpe la buat sementara waktu. Casing tukar kepada Tsunami warna hitam berkilat dengan 4 biji lampu biru yang berkelip-kelip bila hard disk beroperasi. Cool. Nanti aku cerita lagi.

Laptop on The Way

Nak kemana harini? Agaknya aku kena tawaf Low Yat Plaza lagi sebab nak check harga terbaru Laptop yang bakal dibeli minggu depan. Dua choice yang aku short listed masa mula-mula buat survey, Toshiba dan Acer. Harga bawah RM3000 sebab itu saja yang aku mampu. Toshiba dengan prosesor Celeron, 256 DDR Ram, 40GB HDD, ATi Intergrated graphics dengan 64MB shared memory, Surround sound system dan 15" CVS screen. Acer pula dengan Pentium M, 256MB DDR2 Ram, 40GB HDD, 128MB Intel Extreme II graphics (shared memory), sound system dan 15" XGA screen. Aku pernah guna Toshiba suatu masa dulu. Memang hebat dan memang dasyat. Pernah suatu masa dibiarkan laptop to on 24 jam tanpa apa-apa masalah. Suatu masa dulu dizaman laptop seberat batu-bata, Toshiba berada di tangga nombor 1 dunia sebagai pengeluar laptop. Sekarang sudah jadi milik DELL. Aku pun pernah guna Acer. Takde apa masalah tetapi memang dari segi built quality boleh dipersoalkan. Dan aku tak yakin ianya mampu bertahan macam Toshib...