Langkau ke kandungan utama

Kad Raya Yang Terlampau...

Wah, sekarang ni ada orang sanggup nak iklan dalam blog guna reply tool yang kita sediakan. Dasyat betul orang nak meniaga. Sampai personal blog pun nak invade. Tapi pedulikanlah. Bukan dari Malaysia pun.

Aku ubah sedikit template, buang links yang mana tak aktif dan tambah iklan sebelah kanan untuk aku cari duit sikit. Abis orang lain pun buat! Bukan senang nak dapat untung pun. So berkurun la kalau nak capai $50 Dollar, baru boleh dapat cek sekeping.

Semenjak kebelakangan ni letih betul rasanya. Bersengkang mata buat E-Card raya guna SwishMAX. Menarik dan puas hati sebab buat sendiri. Kalau beli kad raya rasanya tak pernah puas hati. Cover cantik tapi isi tak cantik. Isi cantik tapi cover macam bodoh je. Last buat sendiri. Siap buat digital lagi. Guna Flash-based SwishMAX kemudian burn ke CD, lepas tu hantar. Nak suruh download dari internet, besar sangat saiznya. Tapi tak la sebesar kad raya yang aku jumpa di kedai.

Apa halnya dengan kad raya saiz papan tanda jalan ni? Besar betul. Rasanya lebih besar dari saiz kertas A3. Ye memang, selalunya kad raya yang jiwang je yang ada saiz macam tu. Kenapa ye? Agaknya pakwe/makwe mereka rabun, jadi kenalah beli kad raya yang besar supaya boleh nampak jelas. Ataupun mungkin sengaja yang timbulkan kejelesan jiran sebelah sebab dapat kad raya besar. Ye, betul la korang kata itu nak tunjukkan korang sayang dengan teman korang. Tapi dengan saiz kad raya yang boleh dikatakan melampau tu, itu tanda sayang korang? Menarik ye. Aku bukan nak kata tak boleh, tapi rasanya pelik sangat. Agaknya orang pejabat pos pun pening.

Aku rasa lagi baik, beli kertas, beli kaler, buat sendiri siap dengan ayat sendiri. Lebih menarik, lebih romantik (agaknya) dan lebih istimewa. Buruk macamana pun tetap akan lawa di mata teman korang. Kalau tak, nampak sangat dia mata kumpuan. Huh?

====

Sudah berapa hari aku tak makan nasi? 2 hari. Kenapa? Semalam buka puasa di Palm Garden Resort Putrajaya. Buffet kompeni belanja. Buat apa makan nasi kalau time buffet. Buat kenyang tak tentu pasal je. Tadi makan KFC di Alamanda pun orang belanja. Ye betul, KFC takde nasi. Jadi dah dua hari. Dan kalau ikutkan 3 dari 4 hari kebelakangan ni aku tak makan nasi pun. Hari ahad lepas aku belanja diri sendiri berbuka di Hartz Chicken Buffet di Berjaya Times Square. Puas makan ayam. Aku dah muak dengan ayam. Aku nak makan nasi. Esok mesti kena beli nasi.

Ulasan

  1. hehehehe teman setuju bebeno.. :P

    BalasPadam
  2. Hai, saya suka membaca blog untuk menambah ilmu dan maklumat. Setiap hari sekurang-kurangnya saya lawat 20 blog. Blog anda adalah antara yang paling menarik untuk hari ni. Keep up the good work!

    Terlanjur saya di sini, tahukah anda tips cara malas jadi kaya. Sistem Menjana Wang Secara Automatik. RM200,000 dalam masa 35 hari dengan modal hanya RM10! Ini baru REAL!. Peluang dan tips cara malas jadi kaya di sini.

    BalasPadam
  3. Hai, Di antara banyak blog yang saya lawati hari ini, blog anda antara yang hebat. Saya akan bookmark blog anda!

    Saya ada tips cara mudah jadi kaya. Peluang dan tips cara mudah jadi kaya di sini.

    Lawatilah bila ada masa lapang :-)

    BalasPadam
  4. Hai, saya suka membaca blog untuk menambah ilmu dan maklumat. Setiap hari sekurang-kurangnya saya lawat 20 blog. Blog anda adalah antara yang paling menarik untuk hari ni. Keep up the good work!

    Terlanjur saya di sini, tahukah anda tips usaha jadi kaya. Sistem Menjana Wang Secara Automatik. RM200,000 dalam masa 35 hari dengan modal hanya RM10! Ini baru REAL!. Peluang dan tips usaha jadi kaya di sini.

    BalasPadam
  5. Hai, saya suka membaca blog untuk menambah ilmu dan maklumat. Setiap hari sekurang-kurangnya saya lawat 20 blog. Blog anda adalah antara yang paling menarik untuk hari ni. Keep up the good work!

    Terlanjur saya di sini, tahukah anda apa yang TERHANGAT DI MALAYSIA. Sistem Menjana Wang Secara Automatik. Cuma bayar RM50 sekali seumur hidup dan lihat wang akan mencurah-curah ke akaun bank anda sampai bila-bila. Peluang cara mudah buat wang di sini.

    BalasPadam
  6. Hai, saya suka membaca blog untuk menambah ilmu dan maklumat. Setiap hari sekurang-kurangnya saya lawat 20 blog. Blog anda adalah antara yang paling menarik untuk hari ni. Keep up the good work!

    Terlanjur saya di sini, tahukah anda apa yang BOLEH MENJADIKAN ANDA KAYA. Sistem Menjana Wang Secara Automatik. Pendaftaran Percuma. Peluang kerja dari rumah di sini.

    BalasPadam
  7. Anonymous11:53 PG

    sangat menarik, terima kasih

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 1

Malas pula hendak bercerita mengenai Homeroom. Baik aku tunjukkan koleksi gambar yang diambil pada tahun 2003 semasa reunion MRSM Balik Pulau ketika itu. Ada lagi gambar yang akan diupload kemudian nanti. Banyak. Aku fikir ada baik aku kembali kesana suatu hari nanti untuk aku ambil gambar yang lebih baik. Ini pun guna kamera digital Kodak 3.2 megapixel. Model di atas adalah Meor. Ini sebenarnya pada zaman aku dulu merupakan kaunter untuk segala pembayaran yang berkaitan dengan yuran pembelajaran maktab. Kalau tak salah aku ianya adalah sebanyak RM30 setiap bulan. Disini juga kami akan terima wang saku daripada MARA berjumlah RM25 bagi sesiapa yang layak. Segala keputusan, slip periksa dan apa saja urusan dengan pejabat, semuanya disini. Kaunter segera tepi tingkap. Ini sebenarnya pentas dalam dewan besar maktab. Aku masih ingat semasa menjadi 'sound engineer' untuk drama arahan Amron Roni. si Amron ni pernah jadi produser untuk rancangan sembang-sembang Chef Wan di TV9 tidak l

Cikgu Zul & SmartLearning

Cikgu Zul Kawan-kawan MRSM Balik Pulau hingga 1991, siapa pernah kenal dengan Cikgu Zulkifli Kassim (Cikgu Zul)? Beliau adalah antara pelopor SmartLearning di Malaysia suatu ketika dahulu dan aku adalah antara pelajar-pelajar yang bertuah dapat mempelajarinya dari pakar SmartLearning sendiri. Ada dua tiga orang lagi tenaga pengajar SmartLearning tapi aku sudah lupa nama mereka. Tapi aku sentiasa ingat Cikgu Zul. Berbadan besar tapi lembut tutur kata. Kali terakhir sebelum dia meletak jawatan sebagai guru di MRSM Balik Pulau, dia guna kereta Mitsubishi Galant besar. Pada masa pelajar lain sibuk dengan kaedah belajar biasa, kami di MRSM Balik Pulau sudah pun dilatih menggunakan kaedah SmartLearning; kaedah peta minda, kaedah study smart dan banyak kaedah-kaedah yang kalau masa sekarang, orang nampak biasa. Ya, aku ingat apabila aku ke UiTM (masa tu ITM) dan melukis awan-awan (peta minda) sebagai nota, member-member nampak pelik. Mereka fikir aku sedang buat ajaran sesat. Sebentar tadi ak

Mahu Beli Kamera DSLR? Baca Sini Dulu

Kebelakangan ini aku ditanya oleh beberapa orang rakan mengenai kamera DSLR (digital single-lense reflex). Seperti kamu sendiri sedia maklum, kamera DSLR adalah gajet terkini yang 'perlu' dimiliki. Orang ramai sudah tidak memandang kepada kamera digital biasa, sebaliknya terus ingin membeli DSLR. Mungkin kerana kamera DSLR yang tergantung di leher adalah cool atau pemilik itu benar-benar minat dengan fotografi, tidak dinafikan kamera DSLR semakin menarik minat ramai orang. Dulu, memang agak sukar untuk temui orang di sana sini memegang atau menggantung di leher sebuah kamera SLR yang besar 'gedabak'. Orang lebih selesa dengan kamera digital biasa yang boleh disimpan di dalam poket atau sarung. Ringan dan mudah. Tetapi mungkin kerana terdapat batasan keupayaan kamera digital biasa, maka DSLR sekarang semakin banyak kelihatan di tangan orang ramai. Satu lagi punca paling jelas, sebuah kamera DSLR sekarang boleh dimiliki dengan harga kurang RM2000. Model asas seperti Canon