Langkau ke kandungan utama

Cabut Gigi Tak Sesakit Kena Cabut Nyawa

Semalam cabut gigi yang dah pecah. Sakit la sebab doktor tak bius cukup-cukup. First bius, dia lepak kejap tunggu bius efek. Lepas tu suruh aku tahan sikit (memang akan sakit juga). Dia ambil playar cabut gigi terus pulas-pulas nak cabut gigi aku. Aku ni tahan sakit ya amat sampai meleleh air mata. Doktor siap suruh tahan. Kemudian baru dia tersedar yang dia tak bagi cukup ubat bius.

"Tak cukup bius ni. Tolong ambilkan yang panjang tu (merujuk kepada picagari dengan jarum yang panjang gila)"

Baru la lepas dia bius kali kedua, sakit kurang. Itu pun sakit juga lagi. Hilang satu gigi aku. Itu la pasal tak jaga gigi. Entah la. Jaga juga tapi kalau dah nak rosak, aku bukan tahu. Minggu depan ada appointment lagi. Dia nak tengok agaknya.

Lain kali suruh doktor bius cukup-cukup. Aku teringat cerita Mr. Bean jumpa doktor gigi dan bila dia kena bius, bibir dia jadi numb (kebas). Itu yang aku rasa masa first time kena bius. Aku sengih sorang-sorang sebab aku pun sama usik-usik bibir aku yang takde rasa apa-apa dah time tu. Lama juga kebas tu nak hilang. Aku cabut jam 11 pagi, jam 3 petang baru hilang bius. Punya la banyak dia letak.

Siapa kata klinik kerajaan tak bagus? Aku rasa yang selalu kata tak bagus ni sebab mereka dah terbiasa dengan klinik swasta. Bayangkan dengan bayar RM2 korang dapat cabut gigi. Cari klinik swasta yang minta RM2 untuk cabut gigi. Cari klinik swasta yang minta RM1 untuk GP dan ubat. Takkan ada. Semuanya mahal sebab apa? Sebab dia nak bagi service terbaik dengan harga sebegitu. Sebab itu mata pencarian dia. Sebab korang yang datang situ adalah pelanggan bukan pesakit. Ye pelanggan. Kenapa pelanggan? Ada ke dia nak check kalau korang tak bayar? Ustaz Haron Din mungkin tapi doktor Ali, doktor Aminah, doktor Maniam, doktor Menachi, doktor Ah Chong, doktor Ah Moy yang buka klinik sendiri takkan bagi free. Harga je yang lain-lain.

Jadi pergi ke klinik kerajaan kalau rasa tak mampu. Kalau rasa mampu dan tak nak sakit bila time cabut gigi, pergi klinik pakar pergigian. Mungkin bayar puluhan atau ratusan ringgit untuk cabut sebatang gigi tanpa rasa apa-apa sakit. Aku lebih rela habiskan duit sebanyak itu untuk makan dan minum.

Begitu juga MyKad yang korang asyik komplen tu (sebab aku kerja dengan JPN la ni ye). Kalau dah dapat free, atau kena bayar pun mungkin nanti RM20 saja, janganlah harap kualitinya sama macam kereta Rolls Royce. Gambar makwe/pakwe korang dalam wallet yang harganya mungkin RM1 sanggup jaga sampai nak gila, tapi MyKad yang penting sesangat tu boleh hilangkan sesedap rasa. Pelik juga aku dengan mentaliti masyarakat Malaysia. Komplen tak sudah. Alamat salah, jantina salah, agama salah, cap jari salah... jari salah. Kenapa tak periksa? Alamat tu tengok betul-betul bila keluar resit. Boleh tukar selagi dia tak confirm. Jantina pun sama. Orang kaunter takkan tukar sesedap rasa melainkan dia mengalami masalah mental atau dia dapat tahu yang kucing dia lari dari rumah.

Bayar RM20 pun orang dah komplen. Kos sekeping MyKad lebih dari RM30. Bayar RM1000 untuk handphone semata-mata nak berbalas sms boleh pula ye. Itu saja yang boleh membuktikan korang rakyat Malaysia on the spot. Nak buktikan dengan cara apa lagi? Takkan nak cakap dengan polis

"Rumah saya di kampung Boyan tu Tok. Kalau tak percaya pegi tanya depa. Mesti kenai saya Ahmad. Semua orang kampung saya kenai saya Tok!"

Simpan elok-elok MyKad. Orang luar berusaha bayar puluhan ribu ringgit nak dapatkan MyKad secara haram. Mereka nak sangat jadi warganegara Malaysia sebab nilainya amat tinggi. Cari negara mana dalam dunia yang tak terima rakyat Malaysia? Israel pun kalau boleh nak terima tapi Malaysia yang tak iktiraf Israel. Jumpa jadi rakyat USA, ada pasport USA, cuba masuk North Korea, Iran atau mana saja negara yang USA tuduh jahat. Susah. Jadi rakyat Malaysia senang. Semua orang tak kisah kita nak kemana. Sebab itu ada orang yang sanggup bayar RM30,000 semata-mata nak dapat MyKad Permaustatin Tetap (kad merah). Itu pun dah cukup. Orang sanggup tipu surat beranak supaya anak mereka dapat jadi warganegara Malaysia. Itu ini boleh dapat. Belajar free, ubat free, makan kalau ikutkan free.

Orang Malaysia tak habis-habis komplen. Jalan asyik jam. Jalan berlubang sana sini. Makanan mahal. Buku sekolah mahal. RM20 untuk MyKad mahal. Tol mahal. Minyak mahal. Itu ini tak puas hati. Agaknya nak puas hati kena duduk dalam syurga. Itu pun mungkin dia takkan puas hati juga kot.

Bila rakyat Malaysia nak puas hati? Bila Mawi putus tunang... Huh! (menjerit-jerit awek-awek diluar sana kegembiraan)

Ulasan

  1. Jealous ngan Mawi ke?

    BalasPadam
  2. Betui tu cik Mat. Orang M'sia ni suka sgt komplen. Ada je yang tak kena ngan gov ni. Banjir kilat sebab longkang sumbat pun salahkan gov padehal dema jugak yang duk campak sampah dalam longkang...
    Bila ada je masalah mesti kuar ayat ni "Kerajaan haruslah....".."Kerajaan sepatutnya.."
    Haa.. apa citer opis cik Mat? Teruk kena serbu? Hehehe populer laa JPN ujung2 taun ni. Biasa la, org kita sumua buat keje last minute.

    BalasPadam
  3. Anonymous12:20 PG

    saya setuju dengan encik, rakyat malaysia memang kaki komplen... tak pernah puas hati.. lebih2 lagi orang putrajaya..huhu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 2

Sambungan koleksi gambar MRSM Balik Pulau, circa 2003. Ini bas maktab suatu ketika dulu. Aku sudah tengok bas baru. Tapi bas lama ini sungguh manis kenangannya. Kami menyanyi gembira setelah muncul johan bolasepak under-15 dan under-18. Pergi berkelah di Batu Feringgi atau melawat Botanical Garden. Pergi trip ke MRSM Berseri dengan ditemani bumbung bas yang bocor. Ianya suatu kebanggaan dapat naik bas ini suatu ketika dahulu. Masa itu tidak semua sekolah ada bas sendiri. Jadi kira hebat la. Baru sekarang aku terperasan, bas tersebut ada iras-iras Penang Yellow Bus. Hmm... Padang. Kalau masa aku pergi tahun 2003 dahulu ada sign board tertulis, "Home of The Cougars", merujuk kepada pasukan ragbi maktab. Mungkin pada ketika itu ianya amat kuat. Memang ragbi masa zaman aku pun kuat juga, tapi tidak sehebat team bolasepak yang dibentuk sejak kami form 2. Sepanjang itu hingga ke form 5, kami tidak pernah tewas satu game pun (betul tak Carrie?). Jadi johan Under-15 dan Under-18 nege...

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 1

Malas pula hendak bercerita mengenai Homeroom. Baik aku tunjukkan koleksi gambar yang diambil pada tahun 2003 semasa reunion MRSM Balik Pulau ketika itu. Ada lagi gambar yang akan diupload kemudian nanti. Banyak. Aku fikir ada baik aku kembali kesana suatu hari nanti untuk aku ambil gambar yang lebih baik. Ini pun guna kamera digital Kodak 3.2 megapixel. Model di atas adalah Meor. Ini sebenarnya pada zaman aku dulu merupakan kaunter untuk segala pembayaran yang berkaitan dengan yuran pembelajaran maktab. Kalau tak salah aku ianya adalah sebanyak RM30 setiap bulan. Disini juga kami akan terima wang saku daripada MARA berjumlah RM25 bagi sesiapa yang layak. Segala keputusan, slip periksa dan apa saja urusan dengan pejabat, semuanya disini. Kaunter segera tepi tingkap. Ini sebenarnya pentas dalam dewan besar maktab. Aku masih ingat semasa menjadi 'sound engineer' untuk drama arahan Amron Roni. si Amron ni pernah jadi produser untuk rancangan sembang-sembang Chef Wan di TV9 tidak l...

Apple Mac - Cerita Aku 1

Aku pakai komputer jenama Apple di rumah dan di pejabat. Laptop MacBook Pro aku beli menggantikan laptop Acer Aspire (sudah dijual) dengan tujuan sebenar untuk kerja sampingan sebagai video editor dengan sebuah studio perkahwinan ( DinaWedding ). Aku sudah menggunakan Apple iMac di pejabat sejak penghujung 2006 lagi. Secara umumnya, banyak kerja aku melibatkan senireka grafik menyebabkan komputer Apple menjadi pilihan paling sesuai. Aku pernah dan sering ditanya serta aku yakin di luar sana ramai juga yang ingin mengetahui kebaikan dan keburukan menggunakan komputer jenama Apple. Jadi aku fikir lebih baik aku kongsi pengalaman aku. Komputer jenama Apple secara umumnya adalah komputer peribadi/workstation/server yang dibina dan dijual sendiri oleh syarikat Apple Inc. dan menggunakan sistem operasi (Operating System) jenama Mac OS. Suatu ketika dulu ada syarikat pengeluar komputer yang mengeluarkan komputer dengan menggunakan sistem operasi Mac OS namun begitu semenjak Steve Jobs (CEO d...