Langkau ke kandungan utama

15 Hari Pertama 2006

Sudah lama tak menulis. Nak kata sibuk, boleh la. Sekarang dah tukar unit lain. Dulu boleh tidur dalam buat kerja sebab report tak banyak kena buat. Kemudian unit dulu tu sepatutnya cuma dua orang staf tapi diletak tiga orang. Jadi aku dengan sukarela menawar diri untuk keluar dari unit tersebut dan masuk unit lain yang ditinggalkan oleh staf yang berpindah ke bahagian lain. Jangan tanya. Dalam jabatan kerajaan banyak unit dan bahagian. Letih aku nak explain.

Banyak benda aku tak buat lagi tahun ni. Tapi dah separuh bulan habis. Cepat betul masa berlalu. Sedar-sedar nanti dah nak habis bulan Januari. Sedar-sedar nanti 22.2.2006, dah 31 tahun aku ni. Tua dah ye. Muda lagi dalam hati ni. Dok asyik dengan kartun lagi, dok sibuk dengan games lagi. Usia dah tua, hati tetap nak muda lagi. Huh!

Ye, ada ramai dah tanya bila nak kahwin. Aku rasa lagi senang kawinkan pokok getah dari nak cari calon sendiri. Sekarang pun masih takde lagi. Nak kena bagi alasan kenapa? Isnin - Jumaat kerja dari jam 8.00 pagi sampai 9.00 malam. Sabtu dan Ahad overtime dari jam 8.00 pagi sampai 4.00 petang. Dah tiga tahun kena buat sebab nak siapkan juga MyKad yang berlambak belum disiapkan lagi ni. Jadi aku salahkan korang sebab menyusahkan aku! Hehe. Takde la. Gurau je. Takde masa nak bersosial. Nak bersosial pun dengan orang pejabat ni je. Ramai juga bebudak perempuan dalam bahagian aku ni tapi korang sendiri faham. Bukan senang nak sangkut dengan rakan pejabat sendiri. Susah. Banyak karenah dan banyak cabaran. Lagi baik jangan. Tapi kalau nak melekat juga, Alhamdulillah. Senang kerja. Tapi sini ramai bujang-bujang lagi hensem dan macho. Susah la sikit untuk aku yang pendiam dan gemuk ni. Heh. Ha ah, aku tahu orang perempuan tak pilih hensem dan macho. Ye la tu. Sedikit sebanyak ada. Tapi mereka juga suka yang kelakar, senang bergurau dan err.. ntah. Tak tahu.

Entah la. Kalau ada pun, aku sendiri masih belum ready. Masih terhoyong hayang nak bergantung. Nanti susah pula nanti. Baik sabar dulu. Itu la pasal. Dulu ada dan couple sampai 4 tahun tapi tak reti nak jaga. Orang tu dah ada anak 2 dah pun. Aku sendiri yang terkial-kial lagi. Agaknya kalau dia tengok aku sekarang, mesti dia rasa lega dalam hati sebab tak terus ikut aku. Kalau tak, naya dia.

Bila nak mula bisnes ni? Modal, modal, modal... Mana nak cari. Rasanya tak banyak tapi teruk juga nak cari.

Motor pun aku nak cari juga ni. Cari tu.. Beli. Kenapa? Tak sanggup bayar duit minyak RM20 untuk 3 hari dan tol RM3.20 setiap hari untuk kereta aku sekarang. Parah aku dibuatnya. Aku nak beli motor nak jimatkan kos. Minyak pergi balik baru RM2.50 lebih kurang sehari. Tol tak payah. Hujan, lepak bawah teduh. Sejuk, pakai baju tebal. Aku dah biasa bawa motor dulu. Honda EX5 Class 1 kaler biru. Sana sini aku bawa. Sekarang ada di kampung, ayah guna. Sekarang aku nak beli baru. Mulanya nak beli Yamaha Nouvo S kaler hitam. Menarik tu. Tapi harga mahal sangat. bulan-bulan sama banyak dengan duit minyak kereta aku je. Jadi aku rasa aku akan ambil Honda Wave 125. Power sikit untuk jalan jauh KL-Putrajaya-KL tiap-tiap hari. Nak maintain pun senang sikit. Tapi haritu nampak Suzuki Shogun 125, menarik. Cuma yang tak menarik, second-hand value takde kemudian, takde keyakinan nak beli. Lain baik ambil Honda yang dah terkenal. Hujung bulan ni aku bawa motor ke opis la kot. Hujung minggu baru bawa kereta. Jimat sikit. Kalau nanti adik aku nak guna kereta tu pun okay. Boleh aku beli kereta baru pulak. Hehe... Banyak angan-angan nampak.

Aku dah semakin kurus sebenarnya. Tapi member aku pun cakap aku dah kurus sikit. Ye la, duit dah takde nak makan. Kebulur memanjang la ni. Ada duit tapi menghala ke tempat lain... Malang betul.

Ulasan

  1. Assalamualaikum,Cik Idan.
    Memang cepat sangat masa berlalu.. dan sedar-sedar kita makin dewasa.
    Waktu tu baru kita sedar dan mengira, setakat mana achivement kita, ibadah kita and etc.
    Cik Idan ni workoholic ye? :) wah..patut dapat cemerlang nih. Tapi dalam sibuk-sibuk tu..kena la seimbang dengan kehidupan yang lain.
    Kadang tu kita ni lewat kawin sebab sibuk, tapi mungkin juga kita 'menyibukkan diri' so that our life won't feel that empty. :P
    Mengambil contoh saya dan suami. Suami saya ni kalau ikut mata general, memang la tak tergolong dalam kumpulan jejaka hensem. kaya pun tidak. Yang sedang-sedang la :P Kulitnya sitampuk manggis dan susuknya pun chubby (dia dulu atlet angkat beratyang dah pencen so you can imagine). Dulu suami saya ni sibuk gila, sampaikan tido/mandi pun kat opis. Bayangkan lah. Pertama kali jumpa dia memang macam baru keluar dari pertapaan. Tak terurus langsung. Tapi, jodoh kuat. Timbul rasa sayang dan akhirnya kawin dah pun :) So far kami bahagia, harapnya sampai bila-bila la hendaknya.
    So, apa yang saya nak sampaikan iyelah, beauty lies in the eye of the beholder. Bukan semua cari cantik, bukan semua cari kaya. Hal ni kerana kita cepat menaruh syak, pompuan/lelaki sekarang ni mesti nak yang gitu la..gini la..
    The fact is, tak ada yang sempurna di dunia ni.
    And one more thing, saya selalu percaya lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik, begitu juga sebaliknya.
    Kalau dulu masa bujang, duit asyik sikit je.. bila dah kawin walau expenses bertambah tapi ntahlah..ada je jalan rezekinya.
    Pendek kata, kalau kita buat ibadah "mendirikan masjid", adalah bantuan dariNYA.
    Itu je la komen saya..sorry terpanjang lak :)

    Salam persahabatan

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 1

Malas pula hendak bercerita mengenai Homeroom. Baik aku tunjukkan koleksi gambar yang diambil pada tahun 2003 semasa reunion MRSM Balik Pulau ketika itu. Ada lagi gambar yang akan diupload kemudian nanti. Banyak. Aku fikir ada baik aku kembali kesana suatu hari nanti untuk aku ambil gambar yang lebih baik. Ini pun guna kamera digital Kodak 3.2 megapixel. Model di atas adalah Meor. Ini sebenarnya pada zaman aku dulu merupakan kaunter untuk segala pembayaran yang berkaitan dengan yuran pembelajaran maktab. Kalau tak salah aku ianya adalah sebanyak RM30 setiap bulan. Disini juga kami akan terima wang saku daripada MARA berjumlah RM25 bagi sesiapa yang layak. Segala keputusan, slip periksa dan apa saja urusan dengan pejabat, semuanya disini. Kaunter segera tepi tingkap. Ini sebenarnya pentas dalam dewan besar maktab. Aku masih ingat semasa menjadi 'sound engineer' untuk drama arahan Amron Roni. si Amron ni pernah jadi produser untuk rancangan sembang-sembang Chef Wan di TV9 tidak l

Cikgu Zul & SmartLearning

Cikgu Zul Kawan-kawan MRSM Balik Pulau hingga 1991, siapa pernah kenal dengan Cikgu Zulkifli Kassim (Cikgu Zul)? Beliau adalah antara pelopor SmartLearning di Malaysia suatu ketika dahulu dan aku adalah antara pelajar-pelajar yang bertuah dapat mempelajarinya dari pakar SmartLearning sendiri. Ada dua tiga orang lagi tenaga pengajar SmartLearning tapi aku sudah lupa nama mereka. Tapi aku sentiasa ingat Cikgu Zul. Berbadan besar tapi lembut tutur kata. Kali terakhir sebelum dia meletak jawatan sebagai guru di MRSM Balik Pulau, dia guna kereta Mitsubishi Galant besar. Pada masa pelajar lain sibuk dengan kaedah belajar biasa, kami di MRSM Balik Pulau sudah pun dilatih menggunakan kaedah SmartLearning; kaedah peta minda, kaedah study smart dan banyak kaedah-kaedah yang kalau masa sekarang, orang nampak biasa. Ya, aku ingat apabila aku ke UiTM (masa tu ITM) dan melukis awan-awan (peta minda) sebagai nota, member-member nampak pelik. Mereka fikir aku sedang buat ajaran sesat. Sebentar tadi ak

Mahu Beli Kamera DSLR? Baca Sini Dulu

Kebelakangan ini aku ditanya oleh beberapa orang rakan mengenai kamera DSLR (digital single-lense reflex). Seperti kamu sendiri sedia maklum, kamera DSLR adalah gajet terkini yang 'perlu' dimiliki. Orang ramai sudah tidak memandang kepada kamera digital biasa, sebaliknya terus ingin membeli DSLR. Mungkin kerana kamera DSLR yang tergantung di leher adalah cool atau pemilik itu benar-benar minat dengan fotografi, tidak dinafikan kamera DSLR semakin menarik minat ramai orang. Dulu, memang agak sukar untuk temui orang di sana sini memegang atau menggantung di leher sebuah kamera SLR yang besar 'gedabak'. Orang lebih selesa dengan kamera digital biasa yang boleh disimpan di dalam poket atau sarung. Ringan dan mudah. Tetapi mungkin kerana terdapat batasan keupayaan kamera digital biasa, maka DSLR sekarang semakin banyak kelihatan di tangan orang ramai. Satu lagi punca paling jelas, sebuah kamera DSLR sekarang boleh dimiliki dengan harga kurang RM2000. Model asas seperti Canon