Langkau ke kandungan utama

4 Jam Di Kedai Mamak Dengan Ikin

Apa sebenarnya? Takde apa-apa. Takde apa-apa yang menarik lagi untuk diceritakan mengenai seseorang. Bukan tak suka tapi memang dah takde cerita. Jadi diam sajalah.

====

Semalam aku berjaga sampai hampir subuh menolong Ikin buat kertas kerja akhir. Mengantuk tapi dapat tolong kira dah berbaloi. Sekarang aku dok tengah nak faham apa maksud Skop Kerja yang dia kena buat. Jadi aku search la Internet ni. Baru la faham. Tak semua aku tahu.

Kenapa tolong pagi buta? Sebab agaknya itu saja time dia free. Siang tu sibuk dengan kawan dan family. Dia risau aku ngantuk nak tidur. Agaknya memang dia tak tahu aku jenis boleh tahan berjaga malam. Macam la dulu tak pernah berjaga malam dengan si budak sorang ni. Banyak juga yang boleh diselesaikan kalau ada dua otak. Memang betul, kalau kita saja seorang yang fikir, kadang-kadang tak jalan. Tapi bila ada dua, selesai banyak benda.

Aku takat boleh tolong itu saja. Nanti time dia buat presentation, pandai-pandai la. Aku pun kalau ikutkan ntah berapa kali menguap dan korang sendiri tahu, malam-malam buta ni otak dah makin lembab nak berfikir. Jadi slow la sikit nak cari idea. Sempat juga aku dok main-main rambut dia yang panjang berjela tu. Jangan salah faham ha.. Adik saja. Macam korang bermanja dengan adik sendiri. Tak reti ke?

Suka hati. Aku dah kenal dia lama, 6 tahun dah. Sejak dia sekolah dulu. Sampai sekarang baik macam tu juga. First time jumpa dulu, aku belanja dia Pizza dekat Sri Petaling. Ingatan aku untuk bebudak lelaki yang baru jumpa awek, jangan bawak la pegi makan pizza melainkan dia memang hantu pizza. Orang perempuan ni cakap je suka pizza, tapi lebih banyak dari mereka yang tak suka. Heh. Pizza tu banyak untuk dimakan. Ada baik korang belanja McD je. Kalau rasa kaya sangat, pegi je Coffee Beans atau Dome (aku tak pernah dan tak suka pegi).

====

Susah nak berlawan dengan orang yang rasakan diri mereka lebih bagus terutama yang merasa mereka lebih educated. Kalau realitinya betul sekalipun, kita tetap akan kalah. Samada dia akan hentam kita cukup-cukup balik, atau dia buat donno saja sampai kita terpinga-pinga. Diam orang pandai, dia berfikir. Dia orang macam kita, diam dungu tak tahu apa-apa. Itu agaknya.

====

"Sudah makan?"
"Dah"
"Hari ni tak pergi mana-mana ke?"
"Tak"
"Tak buat rancangan mengajar?"
"Tak"
"Takde apa-apa ke nak cakap?"
"Takde"

Menarik tak? Apa korang rasa kalau orang respon macam tu?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 2

Sambungan koleksi gambar MRSM Balik Pulau, circa 2003. Ini bas maktab suatu ketika dulu. Aku sudah tengok bas baru. Tapi bas lama ini sungguh manis kenangannya. Kami menyanyi gembira setelah muncul johan bolasepak under-15 dan under-18. Pergi berkelah di Batu Feringgi atau melawat Botanical Garden. Pergi trip ke MRSM Berseri dengan ditemani bumbung bas yang bocor. Ianya suatu kebanggaan dapat naik bas ini suatu ketika dahulu. Masa itu tidak semua sekolah ada bas sendiri. Jadi kira hebat la. Baru sekarang aku terperasan, bas tersebut ada iras-iras Penang Yellow Bus. Hmm... Padang. Kalau masa aku pergi tahun 2003 dahulu ada sign board tertulis, "Home of The Cougars", merujuk kepada pasukan ragbi maktab. Mungkin pada ketika itu ianya amat kuat. Memang ragbi masa zaman aku pun kuat juga, tapi tidak sehebat team bolasepak yang dibentuk sejak kami form 2. Sepanjang itu hingga ke form 5, kami tidak pernah tewas satu game pun (betul tak Carrie?). Jadi johan Under-15 dan Under-18 nege...

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 1

Malas pula hendak bercerita mengenai Homeroom. Baik aku tunjukkan koleksi gambar yang diambil pada tahun 2003 semasa reunion MRSM Balik Pulau ketika itu. Ada lagi gambar yang akan diupload kemudian nanti. Banyak. Aku fikir ada baik aku kembali kesana suatu hari nanti untuk aku ambil gambar yang lebih baik. Ini pun guna kamera digital Kodak 3.2 megapixel. Model di atas adalah Meor. Ini sebenarnya pada zaman aku dulu merupakan kaunter untuk segala pembayaran yang berkaitan dengan yuran pembelajaran maktab. Kalau tak salah aku ianya adalah sebanyak RM30 setiap bulan. Disini juga kami akan terima wang saku daripada MARA berjumlah RM25 bagi sesiapa yang layak. Segala keputusan, slip periksa dan apa saja urusan dengan pejabat, semuanya disini. Kaunter segera tepi tingkap. Ini sebenarnya pentas dalam dewan besar maktab. Aku masih ingat semasa menjadi 'sound engineer' untuk drama arahan Amron Roni. si Amron ni pernah jadi produser untuk rancangan sembang-sembang Chef Wan di TV9 tidak l...

Lagu Jahat!

Bahasa Cinta Tiada kata secantik bahasa Untuk ku puji adinda Tiada gambar secantik lukisan Nak kutunjuk perasaan O dinda puspa gemala Mengharum jiwa Hemm... Hemm Dinda puspa gemala Mestika kanda Namun musim berubah Suasana bertukar Tapi ikatan mesra Sikit pun takkan longgar Tiada kata secantik bahasa Untuk kupuji adinda P.Ramlee - Anakku Sazali ==== Simple tapi begitu indah bahasanya. Ada satu lagi. ==== Berkorban Apa Saja Berkorban apa saja Harta atau pun nyawa Itulah kasih mesra Sejati dan mulia Kepentingan sendiri Tidak diingini Bahagia kekasih Saja yang diharapi Berkorban apa saja Harta atau pun nyawa Itulah kasih mesra Sejati dan mulia hmm... hmm... hmm... Untuk menjadi bukti Kasih yang sejati Itulah tandanya Jika mahu diuji Berkorban apa saja Harta atau pun nyawa Itulah kasih mesra Sejati dan mulia P.Ramlee - Hang Tuah ==== Menarik bukan ayat dan bahasa yang digunakan dalam lirik lagu melayu lama. Tidak terlalu over dan tidak terlalu menunjuk. Ianya semudah menyatakan sebuah peng...