Langkau ke kandungan utama

Mengambil Gambar Di Otak

"Sedih ke"
"Tak la, biasa saja"
"Cakap betul-betul, sedih tak?"
"Mana ada sedih. Nak buat apa sedih?"
"Hipokrit betul la dia ni"
"Suka hati la"
"Takkan takde rasa apa-apa?"
"Nak rasa apa? Yang dah jadi tu biar la"
"Takkan la tak sedih, tipu betul"
"Malas nak sedih-sedih. Bukan boleh ubah apa-apa pun"

====

Masalahnya aku ni ada ciri-ciri orang yang mempunyai "photographic memory". Kadang tu aku boleh bayangkan dengan jelas di mata ni keadaan disesuatu tempat. Sebab itu kalau aku kemana-mana, aku cepat hafal jalan. Tapi itu bukan masalah, tapi bertuah.

Cuma yang tak bertuahnya kalau kenangan-kenangan lama masih jelas terbayang didepan mata walau sehebat mana sekalipun aku cuba melupakannya. Setiap bibit-bibit kisah lama dan setiap memek muka watak-watak dalamnya masih jelas dapat aku lihat satu persatu. Maka apa masalahnya? Macam-macam. Kadang-kadang ianya amat menyakitkan hati, kadang-kadang ianya membuat aku bersedih. Tapi selalunya kenangan ini memeritkan aku. Aku buat kerja dengan tangan mata dan otak, dengar lagu dan berzikir sekaligus pun tak dapat membuang ingatan yang tiba-tiba terpacul dibenak otak. Jadi bagaimana aku nak menghadapi hari-hari kalau semua kenangan itu menghantui aku?

Orang mudah kata, suruh aku lupakan saja. Tapi itu masalah aku. Kalau ianya menjadi kenangan yang istimewa di benak otak ini, ianya tidak mampu aku lupakan. Kadang-kadang dengan secara tiba-tiba ianya boleh timbul tanpa sebab. Mungkin mengikut mood aku waktu itu.

Lalu semua ini membuatkan kenangan aku dengan Zura begitu sukar untuk aku lupakan walau berkali-kali aku cuba lakukannya. Malah dalam doa aku memohon agar aku diberi ketenangan dan tidak lagi memikirkan masa-masa yang lalu. Tapi hingga saat aku menulis ini, bayangan tersebut masih tidak mahu pudar. Malah seperti mengejek-ngejek aku. Memperlekehkan usaha aku. Letih...

Aku letih sangat dengan semua ini. Rasanya kalau boleh tidur, aku mahu tidur yang amat lama seperti kisah dulu-dulu. Biar aku ditidurkan seratus tahun agar bila aku bangun kelak, semuanya akan hilang dari pandangan mata. Tapi aku yakin, ingatan aku tetap akan kukuh tersimpan dalam benak otak.

Sebenarnya aku rindukan tidur. Sudah lama aku tidak tidur dengan sempurna. Pagi tadi aku hanya tidur beberapa ketika. Susah nak lelapkan mata dengan semuanya yang sedang bermain di benak otak ini. Tengahari tadi dapat aku lelapkan mata di pejabat ketika masa rehat. Selepas aku terjaga, aku dapat rasakan sedikit ringan beban di kepala. Sekurang-kurangnya dalam tidur aku tidak perlu memikirkan semua ini. Sekurang-kurangnya dalam tidur aku boleh warnakan yang indah-indah dalam mimpi aku. Cuma aku amat bencikan realiti sekarang.

====

Apa perlu aku fikirkan semua ini? Aku penat tapi aku masih fikirkannya. Aku amat-amat bersedih tapi aku masih fikirkannya. Aku sakit hati tapi aku masih fikirkannya. Rasanya aku perlukan seorang psychiatrist untuk mendengar masalah aku. Tapi apa yang hendak aku ceritakan?

====

Hari ini aku memulakan TIMELINE. Susur galur masa hidup aku dari kecil hingga sekarang. Setiap kali aku menulis, aku akan selit timeline mengenai kisah aku yang aku masih ingat.

22/2/1975
Aku dilahirkan di Hospital Besar Ipoh waktu tengahari setelah emak dikejarkan dari hospital Gerik malam semalamnya sebab aku degil tak mahu keluar. Agaknya. Itu agaknya aku bersifat keras kepala. Mungkin juga tarikh lahir aku adalalah sepatutnya pada 21/2/1975. Tapi dapat 22/2. Ok la tu. Nombor yang menarik.

Aku lahir cukup sifat dan sempurna kecuali pada waktu itu aku tidak tahu yang aku seorang 'color blind' dan bakal pakai cermin mata dan gemuk. Aku comel waktu kecil hinggakan orang suka nak dukung. Mungkin sebab itu aku sekarang suka berjalan sebab dulu aku tak berkesempatan untuk berbuat demikian. Ayah pada masa itu bekerja sebagai pelukis pelan di JKR Gerik. Rumah aku dan pejabat cuma beberapa ratus meter jauhnya. Tapi ayah guna basikal untuk ke pejabat.

Emak pula hanya buat kerja-kerja rumah sepenuh masa. Walaupun dia ada kebolehan menaip dan menjahit (aku masih ingat dia pergi kelas menjahit), tapi dia cuma jadi suri rumah saja. Rumah pertama aku tinggal dulu adalah kuarters kerajaan di Gerik. Rumahnya sederhana besar diperbuat daripada kayu sepenuhnya dengan courtyard yang berdindingkan batu setinggi 3 meter. Ada sebuah master bedroom yang agak besar disebelah kanan rumah. Disebelah master bedroom ada sebuah bilik yang menjadi bilik aku dan adik. Disitu aku masih ingat ada sebuah kotak yang besarnya kira-kira macam sebuah peti TV 21 inci. Dalamnya penuh dengan permainan. Dinding bilik ini pada satu sudut diperbuat daripada jaring. Ini memudahkan emak untuk menghantar makanan melalui sebuah lubang pada jaring tersebut. Disebelah kiri rumah pula adalah ruang tamu dan ruang keluarga. Dibelakangnya ada ruang makan yang agak kecil. Disebelah kanan ruang makan ada pintu ke courtyard.

Belakang sekali ada sebuah dapur yang besar. Setiap kali aku teringatkan dapur tersebut, teringat 'Lagu Tiga Kupang'. Sebabnya emak tengah mengusik aku ada burung hitam dalam kuali.

Diluar kawasan courtyard inilah ada dua bilik kecil, bilik mandi dan bilik buang air. Tapi biasanya aku mandi tepi pintu rumah saja sebab seram. Ayah ada buat reban ayam ditepi dinding courtyard. Banyak juga ayam yang dibelah. entah apa jadi lepas tu...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 2

Sambungan koleksi gambar MRSM Balik Pulau, circa 2003. Ini bas maktab suatu ketika dulu. Aku sudah tengok bas baru. Tapi bas lama ini sungguh manis kenangannya. Kami menyanyi gembira setelah muncul johan bolasepak under-15 dan under-18. Pergi berkelah di Batu Feringgi atau melawat Botanical Garden. Pergi trip ke MRSM Berseri dengan ditemani bumbung bas yang bocor. Ianya suatu kebanggaan dapat naik bas ini suatu ketika dahulu. Masa itu tidak semua sekolah ada bas sendiri. Jadi kira hebat la. Baru sekarang aku terperasan, bas tersebut ada iras-iras Penang Yellow Bus. Hmm... Padang. Kalau masa aku pergi tahun 2003 dahulu ada sign board tertulis, "Home of The Cougars", merujuk kepada pasukan ragbi maktab. Mungkin pada ketika itu ianya amat kuat. Memang ragbi masa zaman aku pun kuat juga, tapi tidak sehebat team bolasepak yang dibentuk sejak kami form 2. Sepanjang itu hingga ke form 5, kami tidak pernah tewas satu game pun (betul tak Carrie?). Jadi johan Under-15 dan Under-18 nege...

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 1

Malas pula hendak bercerita mengenai Homeroom. Baik aku tunjukkan koleksi gambar yang diambil pada tahun 2003 semasa reunion MRSM Balik Pulau ketika itu. Ada lagi gambar yang akan diupload kemudian nanti. Banyak. Aku fikir ada baik aku kembali kesana suatu hari nanti untuk aku ambil gambar yang lebih baik. Ini pun guna kamera digital Kodak 3.2 megapixel. Model di atas adalah Meor. Ini sebenarnya pada zaman aku dulu merupakan kaunter untuk segala pembayaran yang berkaitan dengan yuran pembelajaran maktab. Kalau tak salah aku ianya adalah sebanyak RM30 setiap bulan. Disini juga kami akan terima wang saku daripada MARA berjumlah RM25 bagi sesiapa yang layak. Segala keputusan, slip periksa dan apa saja urusan dengan pejabat, semuanya disini. Kaunter segera tepi tingkap. Ini sebenarnya pentas dalam dewan besar maktab. Aku masih ingat semasa menjadi 'sound engineer' untuk drama arahan Amron Roni. si Amron ni pernah jadi produser untuk rancangan sembang-sembang Chef Wan di TV9 tidak l...

Apple Mac - Cerita Aku 1

Aku pakai komputer jenama Apple di rumah dan di pejabat. Laptop MacBook Pro aku beli menggantikan laptop Acer Aspire (sudah dijual) dengan tujuan sebenar untuk kerja sampingan sebagai video editor dengan sebuah studio perkahwinan ( DinaWedding ). Aku sudah menggunakan Apple iMac di pejabat sejak penghujung 2006 lagi. Secara umumnya, banyak kerja aku melibatkan senireka grafik menyebabkan komputer Apple menjadi pilihan paling sesuai. Aku pernah dan sering ditanya serta aku yakin di luar sana ramai juga yang ingin mengetahui kebaikan dan keburukan menggunakan komputer jenama Apple. Jadi aku fikir lebih baik aku kongsi pengalaman aku. Komputer jenama Apple secara umumnya adalah komputer peribadi/workstation/server yang dibina dan dijual sendiri oleh syarikat Apple Inc. dan menggunakan sistem operasi (Operating System) jenama Mac OS. Suatu ketika dulu ada syarikat pengeluar komputer yang mengeluarkan komputer dengan menggunakan sistem operasi Mac OS namun begitu semenjak Steve Jobs (CEO d...