Aku tak perlukan orang beritahu aku betapa bahagianya dia dengan orang yang tersayang. Aku tak perlukan orang beritahu aku yang aku belum mengalaminya dan masih masih belum faham. Aku tak perlu semua itu. Belum buat masa ini. Dimasa aku masih cuba sedaya upaya nak lupakan segalanya melukakan dan segala yang menyakitkan. Aku minta maaf, harap engkau mengerti.
Aku habiskan masa-masa aku sebagaimana yang pernah aku lakukan dahulu; sebelum ada engkau. Kalau hendak mengetahui isi hidup ini, baca disini saja. Tak perlu ceritakan bahagia engkau. Ceritalah apa saja selain daripada itu. Aku takkan boleh menerimanya buat masa sekarang. Bukan masa yang sesuai. Maaf.
====
Kita selalu fikir, kalau seseorang bersedih, kita minta dia bersabar dan terimalah kenyataan dengan hati yang redha. Kalau begitu senang dilakukan, tiada yang membunuh diri, tiada yang menderita dan tiada yang kecewa dan berduka. Mereka akan kembali tersenyum sekelip mata. Dan kita memberikan sebuah bayangan kehidupan yang lebih baik untuk mereka dimasa hadapan setelah habis kesedihan mereka. Sedang kita sendiri tidak pasti apa yang ada dihadapan kita. Bagaimana senang hendak kita katakan bahawa dia akan bergembira dimasa depannya nanti? Kita berdoa? Mungkin. Kita memujuk? Mungkin. Hakikatnya, dimulut kita lebih senang berkata-kata begitu dari hati mereka untuk menerimanya.
Kita hendak bersimpati? Bersimpatilah dengan cara yang lain lebih-lebih lagi kalau kita adalah orang yang melukai hatinya. Kata-kata kita bahagia kepada dia akan menyebabkan dia lebih merana dan kecewa. Itu sebenarnya dan tanyalah kepada sesiapa pun, mereka akan akuinya juga. Kita mohonlah maaf kerana itu yang mereka mahukan. Kalau sekalipun tiada salah kita terhadap mereka, tapi mohonlah maaf.
Aku belajar dari arwah Kak Nor. Sedang dia sedar ada orang yang menganiaya dia, dia tetap terasa bersalah dihatinya. Dia rasa bersalah kerana menyebabkan orang itu menganiaya dia. Kalau tidak dia lakukan sesuatu, sudah pasti orang itu tidak menganiaya dia. Itu katanya pada aku. Aku sedar dan ada benarnya. Kalau kita tidak buat sesuatu, orang takkan marah dan benci dan apa saja pada kita. Kita kadang-kadang tak tahu dan tak sedar.
Orang yang curi handset aku. Aku cakap direct pada kawan-kawan mereka (kalau betullah), aku cuma mahu handset aku balik. Aku takkan buat tindakan apa-apa. Malah aku akan belanja dia teh di kafetaria kalau dia serahkan balik handset tersebut. Dan aku akan minta maaf padanya kerana kalau tidak disebabkan handset aku diletakkan dimeja aku, dia pasti takkan mencurinya (pelik ke?). Ye lah, dah kalau takde handset aku situ, takde la dia mencuri. Takdelah dia dapat dosa. Ah, korang tak faham, sudahlah.
Manusia selalu fikir, aku, aku, aku. Jarang fikir, aku, engkau dan kita. Aku pun kadang-kadang begitu. Tapi orang selalu kata pada aku, engkau ni berkisah sangat pada orang lain sampai menyusahkan diri sendiri. Ada benarnya. Tapi apa yang aku nak buat kalau itu sifat aku?
Sayangi diri sendiri sebelum sayangi orang lain? Huh. Ye lah (mengeluh)...

Doa memohon keteguhan hati : (Al Imran : 8)
BalasPadam"Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberian-Nya."
Laailahaila anta subhanakainni kuntuminazalimin...
"Tiada Tuhan yang sebenar-benarnya melainkan Engkau jua. Maha Suci Engkau sesungguhnya aku adalah dari golongan orang yang menzalimi diri sendiri...
Derita yang awak tanggung mungkin satu petunjuk dari Allah SWT. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang terhadap kita hambanya.. Sesuatu yang terbaik buat awak mungkin bukan apa yang awak impikan.. sesungguhnya Dia Maha Mengetahui.