Langkau ke kandungan utama

Cerita Sebalik Cerita

"Rajin-rajin tulis cerita & perkembangan diri dalam website, saya akan baca/balas bila saya senang.."

Kalau boleh hendak saja aku menulis segalanya disini agar semua yang membacanya tahu dan faham apa yang telah berlaku dan sedang berlaku dalam hidup ini. Kalau boleh aku mahu ceritakan satu persatu keadaan yang sebenar. Tapi bolehkah korang yang membaca menerimanya dengan hati yang terbuka dan tidak terus menerjah dan menegur tentang apa yang telah aku lakukan? Bolehkah korang faham perasaan ini dan bagaimana sukarnya aku memjalani hari-hari yang mendatang. Dan janganlah korang menilai dia. Aku sendiri tak pernah salahkan sesiapa.

Selepas dari kecewa aku dulu, aku dan dia masih berhubung walau aku tahu situasi ini akan menimbulkan masalah kelak nanti. Sedang dia sendiri masih tidak menceritakan perihal sebenar kepada suaminya. Lantas kami berhubung seperti biasa. Seperti sebelum dia berkahwin tapi dengan keadaan yang sedar bahawa wujud batas-batasan yang perlu aku patuhi dan hormati.

Tidak berapa lama selepas itu, mungkin antara kami yang sedar apa yang bermain dihati ini adalah lebih dari yang dijangkakan. Malah pada dia sendiri wujud keraguan tentang jalan yang telah dia ambil. Hingga suatu masa, keadaan menjadi begitu berceralu tanpa aku tahu arah mana harus aku tuju.

"Buat macam biasa"
"Macam biasa? Apa yang biasa?"
"Kita kawan macam biasa. Dari dulu saya nak awak jadi abang saya"
"Okay saya jadi abang awak... Tapi awak mesti kena terima hakikat apa yang akan berlaku kemudian hari nanti. Kalau saya jumpa seseorang, awak kena faham dan terima"
"Baiklah"

Maka berlalu suatu masa yang amat singkat dan berlaku suatu kisah yang agak menarik yang pernah aku ceritakan dahulu disini mengenai seseorang yang sering melihat aku. Kemudian,

"Apa cerita yang menarik?"
"Takde apa-apa yang menarik. Kecuali saya berkenalan dengan seseorang"

SMS Menyusul selepas daripada itu.

"Cepatnya awak berubah"
"Ala, baru berkenalan saja. Tidak ada apa-apa yang berlaku"

Tanpa aku faham apa sebabnya, dia menjelaskan bahawa dia masih tidak dapat melepaskan aku. Lepaskan aku dari apa? Bukankah setelah dia berkahwin, dia sepatutnya lepaskan apa saja yang bukan dari suaminya sendiri? Kemudian dia jelaskan.

"Saya masih perlukan awak. Sekurang-kurangnya tunggu sampai saya habis belajar. Saya perlukan bantuan awak masa saya buat assignment, masa exam"
"Baiklah, saya tunggu hingga waktu itu."

"Tapi selepas daripada itu, apa akan berlaku? Adakah awak akan berlalu pergi begitu saja?"
"Buat macam biasa. Cepat-cepat cari girlfrien. Cepat-cepat kahwin. Tapi jangan bagitau saya"
"Siapalah yang nak saya ni?"

Aku masih tak faham apa yang dimaksudkan macam biasa tersebut. Apa maksudnya? Jadi demi menghormati permintaan (yang aku fikirkan permintaan terakhir dari dia yang mahu saja aku anggap sahabat mulai saat ini). Aku tunggu.

Tapi kenapa aku perlu tunggu? Kerana semua yang berlaku dari dia mula memohon masuk menjadi seorang guru hingga kesaat ini, ada aku disitu. Aku tolong dapatkan borang, tolong tengokkan keputusan temuduga, tolong tunjukkan tempat temuduga, beritahu ayahnya dan dia kejayaan dia menjadi seorang guru, menghantarnya ke KLIA sebelum berangkat ke Miri (sedang ayah dan bakal suaminya ketika itu tiada disitu), tolong belikan komputer, tolong belikan laptop (hmmm.., isu sensitif) dan banyak lagi. Aku tahu. Disini korang akan kata aku dah dipergunakan. Allah. Bukannya aku bodoh buat sesuatu membuta tuli. Jadi aku tunggu demi menyelesaikan sesuatu yang aku mulakan dulu. Bila habis nanti, kalau dia nak kenang, dia kenang. Kalau dia nak lupakan, aku tak kisah.

Jadi semakin lama (aku rasa sebulan lebih saja), kami kembali rapat seperti dulu. Malah sampai suatu masa,

"Saya akan cari awak kalau apa-apa yang berlaku nanti"
"Saya akan tunggu. Datanglah dalam keadaan apa sekalipun"

Malah kata-kata itu aku pernah cakap pada setiap ex- aku. Dua je pun. Aku kata dengan ikhlas. Datanglah dalam keadaan apa sekalipun. Aku pasti akan terima dengan hati yang terbuka. Aku tak pandang semua yang indah semata-mata. Suatu masa nanti indah itu akan hilang dan pudar, yang tinggal adalah sinar yang sentiasa akan menjadi kenangan dan semangat untuk kita.

Ye betul. Aku masih sayangkan dia. Engkau tak habiskan masa 4 tahun dengan seseorang untuk engkau lupa dalam masa 4 hari, 4 minggu atau 4 bulan.

Korang tahu bila kali terakhir aku betul-betul bercinta dengan orang yang takde orang lain selain aku? Tahun 1998. Itu kali terakhir. Dengan Yuslina yang aku berkawan selama 4 tahun juga. Selepas dari 1998 sehingga sekarang, aku sebenarnya single. Dan sepanjang waktu aku, aku ada mengharapkan dari beberapa orang, tapi biasalah. Siapa nak pada orang macam aku.

Berbalik pada dia. Maka bila semakin lama semakin rapat, aku rasa dia sendiri hilang pertimbangan mengenai hakikat hidup dia. Sedang aku semakin lama semakin keliru. Apa yang perlu aku lakukan. Mahu saja aku minta dia tinggalkan suami dia. Tapi aku bukan orang yang sebegitu jahil. Setiap masa dalam doa, aku harapkan agar mereka dapat hidup dalam aman dan damai dan agar aku dapat menemui seseorang yang dapat memadam kenangan lalu. Sukar, teramat-amat sukar.

Jadi bila aku tahu yang suaminya akan ke Miri untuk menemui dia, aku jadi cemburu. Tapi aku terima hakikat yang aku sendiri takkan boleh halang semua itu. Maka dia jadi seperti dia diawal perkahwinan dulu.

"Buat macam biasa. Cepat-cepat cari girfriend. Cepat-cepat kahwin. Tapi jangan bagitau saya"
"Siapa la yang nak pada saya ni?"

Apa yang biasa? Aku masih tak faham. Baiklah. Aku buat macam biasa. Sedang aku mencari cara untuk memadamkan perasaan aku dan sekurang-kurang dapat mencari seseorang sebagai pengganti. Maka aku berikan coklat kepada dia yang selalu memandang aku tempohari. Bukan umpan. Itu yang aku selalu lakukan. Sebagai penghargaan kerana sudi berkawan dengan aku. Itu yang paling koman aku boleh buat. Tanya ASyikien, tanya Rina (tak lama lagi dia nak kahwin, aku kena pergi), tanya Lily. Mereka tahu.

"Apa yang menarik?"
"Tiada apa-apa. Oh ya. Haritu saya bagi coklat pada budak yang selalu tengok saya tu"

Tidak lama kemudian SMS menyusul.

"Sampai hati awak buat macamtu!"
"Apasal pula ni? Awak tak tahu ke suami awak nak datang sana, kenapa nak berkira lagi dengan saya?"
"Itu barang yang saya suka. Kenapa awak bagi pada orang lain?"
"Aik? Salah ke? Saya nak bagi orang dengan harapan saya dapat kurangkan tekanan saya ini"
"Tapi itu barang kesukaan saya. Awak tak boleh bagi pada orang lain!"
"Awak ni nak apa sebenarnya? Awak dah ada suami. Awak tahu berapa sakitnya hati saya pasal tu? Kenapa awak nak halang saya buat apa yang saya buat?"

Aku sampai ketika itu amat-amat keliru hingga mahu saja aku cabut kepala ini dan campak jauh-jauh. Aku pening. Kenapa?

"Awak pun tahu saya masih tak boleh nak lepaskan awak"
"Ish. Susah la saya macam ni. Sampai bila?"
"Tunggulah dulu"
"Baiklah. Saya janji saya akan tunggu dan ini buat kali yang terakhir. Saya takkan cari sesiapa dan harapkan pada sesiapa pun. Saya tunggu sampai habis awak belajar dan sampai awak boleh lepaskan saya nanti"

Tak payahlah kata aku bodoh. Aku sendiri tahu.

"Tapi awak sendiri tahu perasaan saya. Dengan suami awak akan kesana nanti. Awak tahu apa yang saya rasa kan?"
"Awak jangan risau. Takde apa yang akan berlaku"

Err.. Aku tahu takde apa yang akan berlaku.

Isnin, petang.

"Masalah. Dia dah tahu"
"Tahu? Macamana dia tahu?"
"Dia baca draft mesej saya"
"Kenapa awak tak padam?"
"Saya nak selesaikan dengan suami saya. Dia dah marah saya habis-habisan. Dia dah merajuk pergi ke Airport"
"Pergilah, saya doakan korang dapat selesaikan dengan baik"

Hati ini amat-amat sedih. Aku sebenarnya sedar aku merosakkan rumahtangga orang lain. Dalam solat, aku berdoa agar mereka dapat selesaikan masalah ini dengan baik. Aku doakan agar mereka dapat hidup aman damai. Aku pasrah. Aku sedar tiada apa yang boleh aku lakukan lagi melainkan begitu. Maka nekad aku, aku mahu lepaskan semua ini dan aku juga mahu dia lepaskan aku. Tak guna dia suruh aku tunggu kalau ianya nanti bakal merosakkan sesuatu yang baik.

"Apa cerita"
"Saya dah terangkan semua dan dia faham. Dia letak syarat"
"Syarat?"
"Boleh berkawan sekadar berkawan. Untuk bantu belajar dan semuanya yang berkaitan. Jangan itu dan ini."
"Takpelah. Tak payah semua tu. Saya takkan ganggu awak lagi"
"Sepatutnya dari dulu saya kenalkan awak dengan suami saya"
"Takpelah, tak payah semua tu. Saya tahu hati orang lelaki. Cakap dimulut lain, dihati lain"
"Nanti kalau senang saya akan call awak. Kalau saya ada masalah dengan study saya, saya akan call"
"Tak payahlah. Saya taknak ganggu rumahtangga awak lagi"
"Saya juga nak awak jadi abang saya macam yang saya mahu dulu"
"Baiklah. Kalau itu yang awak nak. Sekarang kira dah oklah ye?"
"Dah ok. Dia jaga saya dengan baik"
"Ye lah. Korang bahagia, saya bersedih"

Kemudian dari itu hingga kehari ini, aku amat-amat bersedih dan amat kecewa dengan apa yang berlaku. Aku bersedih kerana orang mengecap bahagia dengan membiarkan aku bersedih. Aku kecewa kerana orang meletakkan syarat dalam hidup ini sedang mereka adalah orang-orang yang tidak pernah mahu memperdulikan dia suatu masa dulu. Sekarang aku diletakkan syarat untuk berkawan pula? Tak payahlah. Engkau ambil saja dia sepenuhnya. Itu hak engkau. Aku tak mahu lagi. Aku tak mahu kerana aku kecewa dengan sikap engkau.

Dan aku bersimpati dengan dia. Korang yang membaca ini juga patut bersimpati. Dulu, aku lihat seorang manusia yang gembira, ceria dan amat-amat terbuka fikiran dan perasaannya. Sekarang dia dikeliling oleh tembok ciptaan dia dan suami dia sendiri. Wajar kerana dia sudah bersuami? Entahlah. Aku faham hakikat dia bersuami. Tapi aku tak faham kenapa manusia terlalu rakus mempertahankan hak mereka? Hak mereka? Benar suaminya tak menghalang aku terus berkawan dengan dia. Tapi lihat apa yang terjadi pada dia. Dimana hilangnya gembira dan ceria dalam hidupnya? Walau jauh, aku tahu. Aku dapat rasakan.

Tolong, janganlah menilai apa yang aku tulis ini. Aku salah, dia salah. Masing-masing sedar dengan kesalahan masing-masing.

Aku mencari-cari jalan agar semua ini berakhir dengan baik. Tapi buat masa ini, aku amat-amat bersedih. Segala kerja aku tak boleh nak buat. Aku kehilangan sesuatu yang amat besar dalam hidup aku.

Sabarlah aku menghadapi semua ini. Terima kasih kerana menemani masa gelap aku. Kepada dia,

Awak hiduplah dengan aman sejahtera dengan suami awak. Saya takkan ganggu lagi. Saya tak mahu saya jadi punca awak berdua berbalah. Dalam doa, saya akan doakan kebahagiaan awak berdua. Tak perlu doakan sesuatu untuk saya. Saya takkan dapat terima kalau ianya datang dari awak kerana ianya akan membuat saya menjadi sedih. Saya tahu apa yang awak rasa dalam hati awak. Saya harap awak dapat cepat-cepat padamkannya dan lupakan semua ini. Saya harap awak jadi yang terbaik dalam hidup awak. Awak orang yang baik, layaknya awak dengan suami awak yang amat-amat baik. Saya ini orang yang datang seketika dalam hidup awak. Sudah sampai masa saya pergi. Maafkan saya. Bak kata Arwah Kak Nor,

"Terima kasih seperti pasir di pantai"...

Aku dah ceritakan secukupnya.

====

Jam sekarang lewat 2.30 pagi, Jumaat. Aku masih tidak dapat melelapkan mata. Semalam aku tidak bekerja. Segala apa yang aku lakukan, aku tak dapat melakukannya. Entah sampai bila aku akan jadi begini. Harapnya tidak lama. Aku amat-amat letih, letih dengan perasaan, letih dengan keadaan.

Mahu saja aku duduk disini dan tidak bangun-bangun lagi. Aku tidak mahu mahu pergi kemana-mana pun. Tak perlu aku wujud diluar sana. Aku mahu menyepi diri disini. Menulis sepanjang mengenai apa saja.

Tapi realitinya tidak begitu. Esok aku kena bekerja. Malah hujung minggu ini pasti akan ada yang hendak dilakukan. Aku mengalami kesempitan wang yang amat sangat. Kereta dah berapa bulan tak bayar. Duit tak pernah nak cukup. Entah kemana duit aku habis. Tak, aku tak minta tolong dari sesiapa. Tak perlu. Aku masih boleh hidup. Terima kasih sajalah.

Menulis novel? Hendak aku ceritakan mengenai apa? Mengenai semua ini? Aku tak berminat. Kerana akhirnya menyedihkan. Baik korang tengok movie Braveheart kalau nak sad ending.

Aku sedang menyiapkan sesuatu untuk seseorang. Dia tak minta tapi dia kata apa yang pernah aku bagi dulu menarik dan kalau dapat lagi, mesti dia amat sukakannya nanti. Aku sedang buat. Untuk, my Angel. You know who you are.

Err... Jangan tanya.

Ulasan

  1. Anonymous9:45 PG

    Maaf mengganggu... sebenarnya awak tahu apa yang harus awak buat tapi awak masih mengulangi perkara yang sama... Jalan untuk menyelesaikan kekusutan ini telah jelas dan terang tetapi awak tetap memilih jalan yang gelap... hanya semata-mata bersandarkan kepada kenangan di saat manis dan pahit...

    Semasa saya belajar di Universiti dulu dan mengambil salah satu matapelajaran elektif, Kekeluargaan... pensyarah pernah berkata, menurut kajian apabila kita putus cinta sepatutnya kita JANGAN LAGI BERHUBUNG DENGAN SI DIA... errr lama juga terfikir... setelah hampir 5 tahun meninggalkan universiti dan pernah mengalami kegagalan bercinta saya sentiasa teringat apa yang dimaksudkan...

    Kita sebenarnya sering ingat kita mampu untuk bersahabat dan berbuat seperti biasa... kalau kita mendampingi orang yang dapat memahami dan menerima hakikat maka maksud SAHABAT / ABANG & ADIK ANGKAT tadi menjadi mudah tetapi jika kita dan dia gagal memahami keadaan, baiklah kita lupakan...

    Semakin kita meletakkan harapan semakin terluka dia, awak dan mungkin suaminya juga.

    Apapun hakikat kita berbalik pada teras agama... Wajarkah kita melebarkan tali persahabatan di waktu ini sedangkan dia telah bersuami? Wajarkah juga dia membuka ruang kepada lelaki lain? jika berkawan tak salah tetapi apabila dia telah meletakkan syarat dan mengambil hati dengan apa yang awak lakukan kepada gadis lain dalam erti kata meletakkan batasan kepada awak maka APAKAH ITU??

    Awak sudah dewasa bukan... awak telah melalui pelbagai peristiwa suka dan duka... Seperti yang saya cakap lebih awal, awak tahu apa yang awak harus buat...

    Saya berani berkata kerana saya juga seorang wanita yang sudah berkahwin... Seperti kata ayah saya apapun kita perlu kembali kepada teras agama... saya bukan orang yang alim tetapi saya tahu dimana harus meletakkan diri apabila sudah berkahwin.. Insya Allah.

    Bila awak sudah berkahwin, awak akan faham apakah maknanya nanti...

    Luka akan sembuh walau 4 hari kalau kita yang mahu... apapun terletak pada awak. Kalau awak mahu apa pun boleh berlaku tetapi yang penting awak kena TABAH...

    Minta maaf mengganggu blog awak... saya selalu membaca dan saya terpanggil untuk memberi komen...
    Haraf maaf....

    BalasPadam
  2. Anonymous10:23 PG

    assalamualaikum,
    maaf juga kerana mengganggu blog saudara. saya juga orang asing bagi saudara seperti mana pemberi komen pertama tu. saya setuju dengan pendapatnya, jauhkan diri dari keadaan yang mengelirukan ini.

    hakikatnya, walau bagaimana asingnya si suami, namun suami tetap suami. dia ada hak terhadap isterinya. yang hak tetap hak. lagipun dirinya dah dimiliki. mungkin hubungan mereka akan makin mesra setelah dikurniakan cahayamata, dan pada waktu itu saudara akan berada dimana?

    Janganlah cuba bermain api, kelak membakar diri sendiri. Saudara mampu untuk mencari pasangan saudara sendiri selain dari terus menanti buah yang tak tentu gugurnya. Haram..saudara kalau saudara sedar isteri orang berniat (dengan sedar atau tidak) untuk menduakan suaminya.Ingatlah.

    Sayangilah diri saudara sebelum menyayangi orang lain.

    BalasPadam
  3. Terima Kasih. Saya tahu macamana pun orang akan pasti beri komen. Takpe, saya terima. Sebenarnya sebelum ini saya pernah ada 2 orang yang lain dan hingga kini masih berhubung dengan baik walaupun mereka sudah berumahtangga. Aku rasa takde salahnya kalau tahu apa yang kita buat. Dan kalau tidak keliru. Aku fikir aku boleh buat yang sama dengan yang ini. Silap perkiraan. Manusia ni lain-lain sikapnya.

    Aku dah terima keadaan. Aku dah jauh sejauh-jauhnya dari mereka. Itu yang terbaik buat mereka. Sekarang aku cuba sibukkan diri dengan perkara-perkara yang boleh buatkan aku lupa semua ini.

    Terima kasih banyak-banyak.

    BalasPadam
  4. Anonymous2:50 PTG

    Assalamualaikum. terima acih ye utk segalanya...bye

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 1

Malas pula hendak bercerita mengenai Homeroom. Baik aku tunjukkan koleksi gambar yang diambil pada tahun 2003 semasa reunion MRSM Balik Pulau ketika itu. Ada lagi gambar yang akan diupload kemudian nanti. Banyak. Aku fikir ada baik aku kembali kesana suatu hari nanti untuk aku ambil gambar yang lebih baik. Ini pun guna kamera digital Kodak 3.2 megapixel. Model di atas adalah Meor. Ini sebenarnya pada zaman aku dulu merupakan kaunter untuk segala pembayaran yang berkaitan dengan yuran pembelajaran maktab. Kalau tak salah aku ianya adalah sebanyak RM30 setiap bulan. Disini juga kami akan terima wang saku daripada MARA berjumlah RM25 bagi sesiapa yang layak. Segala keputusan, slip periksa dan apa saja urusan dengan pejabat, semuanya disini. Kaunter segera tepi tingkap. Ini sebenarnya pentas dalam dewan besar maktab. Aku masih ingat semasa menjadi 'sound engineer' untuk drama arahan Amron Roni. si Amron ni pernah jadi produser untuk rancangan sembang-sembang Chef Wan di TV9 tidak l

Cikgu Zul & SmartLearning

Cikgu Zul Kawan-kawan MRSM Balik Pulau hingga 1991, siapa pernah kenal dengan Cikgu Zulkifli Kassim (Cikgu Zul)? Beliau adalah antara pelopor SmartLearning di Malaysia suatu ketika dahulu dan aku adalah antara pelajar-pelajar yang bertuah dapat mempelajarinya dari pakar SmartLearning sendiri. Ada dua tiga orang lagi tenaga pengajar SmartLearning tapi aku sudah lupa nama mereka. Tapi aku sentiasa ingat Cikgu Zul. Berbadan besar tapi lembut tutur kata. Kali terakhir sebelum dia meletak jawatan sebagai guru di MRSM Balik Pulau, dia guna kereta Mitsubishi Galant besar. Pada masa pelajar lain sibuk dengan kaedah belajar biasa, kami di MRSM Balik Pulau sudah pun dilatih menggunakan kaedah SmartLearning; kaedah peta minda, kaedah study smart dan banyak kaedah-kaedah yang kalau masa sekarang, orang nampak biasa. Ya, aku ingat apabila aku ke UiTM (masa tu ITM) dan melukis awan-awan (peta minda) sebagai nota, member-member nampak pelik. Mereka fikir aku sedang buat ajaran sesat. Sebentar tadi ak

Mahu Beli Kamera DSLR? Baca Sini Dulu

Kebelakangan ini aku ditanya oleh beberapa orang rakan mengenai kamera DSLR (digital single-lense reflex). Seperti kamu sendiri sedia maklum, kamera DSLR adalah gajet terkini yang 'perlu' dimiliki. Orang ramai sudah tidak memandang kepada kamera digital biasa, sebaliknya terus ingin membeli DSLR. Mungkin kerana kamera DSLR yang tergantung di leher adalah cool atau pemilik itu benar-benar minat dengan fotografi, tidak dinafikan kamera DSLR semakin menarik minat ramai orang. Dulu, memang agak sukar untuk temui orang di sana sini memegang atau menggantung di leher sebuah kamera SLR yang besar 'gedabak'. Orang lebih selesa dengan kamera digital biasa yang boleh disimpan di dalam poket atau sarung. Ringan dan mudah. Tetapi mungkin kerana terdapat batasan keupayaan kamera digital biasa, maka DSLR sekarang semakin banyak kelihatan di tangan orang ramai. Satu lagi punca paling jelas, sebuah kamera DSLR sekarang boleh dimiliki dengan harga kurang RM2000. Model asas seperti Canon