Langkau ke kandungan utama

Aku Anak Merdeka

== Petikan Dari Komen Yang Diterima Berkaitan Post Yang Sebelum Ini ==

ain kata...
Assalamualaikum;
Berikut adalah petua yg saya dapat dari seorang penceramah, sewaktu mengikuti kursus minggu lalu, untuk dikongsi bersama;

Untuk kurangkan berat badan+ kolestrol:-

1. Kerap minum air limau nipis/kasturi suam setiap kali selepas makan.

2. Selepas makan, jalan selama 10 minit perlahan-lahan.. jgn terus duduk. baring lagi la tak buleh..

3. Amalkan tarik,tahan dan hembus nafas dalam nisbah 1:4:2. Kira la dalam hati contoh 1 saat tarik, 4 saat tahan, 2 saat hembus.

Petua yang no. 3 tu, berjaya mengurangkan sugar level..dia dah try sebab dia ni ada kencing manis.

Selamat mencuba yer!

====

Terima kasih Ain. Siapa kata menulis blog tidak membawa faedah? Tengok. Ada saja orang yang sudi membaca dan kalau mereka ada perkara yang boleh dibantu, mereka akan bantu. Yeah, blogs need not always be about misinformations. Padahal, biarkanlah mereka dengan penulisan kritikal mereka. Dimana lagi hendak kita buka minda dan baca pendapat dan pandangan orang lain selain disini? Dan kenapa perlu halang sekiranya apa yang mereka perkatakan itu menyentuh hati dan naluri (konon) kita, sedang kita sendiri ada jari, tangan, mata, telinga, mulut dan OTAK untuk membalas dengan cara yang lebih produktif daripada menyusuh BAPAK KITA tempeleng orang yang kita tak boleh terima (tiada sesiapa pun yang suruh terima, orang suruh baca saja) pendapat mereka.

Yang utamanya, manusia bebas berkata-kata dan mereka boleh kata apa saja yang mereka mahu. Kalau nak larang orang berkata-kata, ada lebih baik kita jahit saja mulut mereka. Tapi mereka masih boleh menaip/menulis/melakar apa saja yang mereka mahu. Maka ada lebih baik saja kita ikat tangan mereka. Dengan tangan yang terikat dan mulut yang terjahit, mereka masih boleh berkata-kata dengan tubuh badan mereka, memek muka mereka dan alam persekitaran mereka. Maka ada lebih baik saja kita 'lenyap'kan mereka dari muka bumi ini agar tidak lagi mereka memperkatakan apa yang kita tidak suka hendak dengar/lihat/rasa. Begitu? Kejam sungguh manusia sebenarnya. Kolot pun ye. Siapa diantara kita yang tidak pernah melarang seseorang berkata-kata, memarahi orang lain atau apa saja yang dengan niat untuk membataskan tingkah laku mereka? Susah nak jumpa orang yang sebegitu bukan? Kita mahu orang menurut apa yang kita mahukan, itu yang selalu kita buat tanpa kita sedari.

Maka jadilah aku seorang yang kononnya bijak berkata-kata mengenai kebebasan diambang Malaysia yang bakal menyambut Hari Merdekanya yang ke-49. Sedang aku lahir 23 tahun setelah merdeka. Aku generasi pertama keluarga aku yang lahir selepas merdeka. Itu berlaku 23 tahun setelah merdeka. Bayangkan, manusia pun sudah dikira dewasa. Maka aku lahir diwaktu Malaysia sudah dewasa dengan kemerdekaan. Jadi aku tidak tahu apa maknanya dijajah. Aku langsung tidak merasainya. Penjajahan minda seperti muzik, pembacaan, sifat; itu bukanlah penjajahan yang sebenarnya. Itu lebih berkait dengan diri sendiri.

Aku tidak pernah alami apa maksudnya orang lain menindas diri kita untuk kepentingan diri mereka. Aku hidup dalam suasana yang merdeka. Aku bebas kemana sahaja yang aku mahu tanpa ragu dan tanpa perlu takut, kecuali disuatu masa tidak lama dahulu. Aku melihat bagaimana totalitarian cuba menghalang manusia dari berfikir sendiri. Mereka mengarah orang kesana kemari seperti mengarah lembu. Semenjak dari hari itu, aku jadi (tiada perkataan yang sesuai)... curiga mungkin dengan polis. Mereka boleh buat apa saja hanya kerana mereka polis. Aku lihat mereka memukul dan memijak suspek penagih/pengedar dadah. Aku meluat dengan tengkingan/bentak mereka dengan loud-speaker dari atas motosikal/kereta peronda mereka yang menyusuh orang beri laluan dengan cara yang amat kasar sekali semata-mata hendak membiarkan pemimpin yang diPILIH OLEH RAKYAT meluncur laju dengan kereta mereka.

Aku merasai bagaimana dibentak oleh polis untuk tidak melalui jalan yang beribu-ribu orang lalui setiap hari kerana kononnya cuba menghalang kami dari menjadi sebahagian dari penunjuk perasaan (semasa era reformasi); Sedang aku cuma mahu berjalan pulang kerumah. Aku lihat bagaimana mereka pejamkan mata bila kereta-kereta besar bertaraf VVIP buat double. triple parking sedang si kancil, si wira dan si waja disaman sesuka hati. Aku dengar pengakuan seorang polis bagaimana dia sesuka hati menahan orang untuk mendapatkan wang perlindungan, atau memukul suspek didalam lokap.

Sekiranya blog ini dibaca, aku bakal terima musibah. Tapi sekiranya manusia itu adil, dia boleh menerima bahawa ini adalah pandang, penglihatan dan luahan seorang manusia, seorang daripada 26 juta rakyat Malaysia. Seorang aku tidak akan dapat mengubah dunia. Seorang aku tidak akan dapat mengubah keadaan sekelilingnya sendiri. Seorang aku hanya cuma seorang aku. Tidak lebih daripada itu. Tapi sekiranya manusia itu kejam, aku redha. Kerana kejamnya dia terhadap manusia samalah dia kejam dengan Allah.

Dimalam merdeka ini, aku doakan agar kita sentiasa bebas dari kekejaman manusia, manusia yang bertopengkan apa saja. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-49

Ulasan

  1. jangan benci bilang cinta
    jangan marah bilang sayang
    jangan mendustai hati
    bila engkau memang suka
    jangan kau merasa jauh
    bila kau dekat denganku
    jangan kau menganggap cinta
    mudah datang mudah pergi

    BalasPadam
  2. Hah? Apa kena cik Lily? Tak abis lagi lagu tu.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 1

Malas pula hendak bercerita mengenai Homeroom. Baik aku tunjukkan koleksi gambar yang diambil pada tahun 2003 semasa reunion MRSM Balik Pulau ketika itu. Ada lagi gambar yang akan diupload kemudian nanti. Banyak. Aku fikir ada baik aku kembali kesana suatu hari nanti untuk aku ambil gambar yang lebih baik. Ini pun guna kamera digital Kodak 3.2 megapixel. Model di atas adalah Meor. Ini sebenarnya pada zaman aku dulu merupakan kaunter untuk segala pembayaran yang berkaitan dengan yuran pembelajaran maktab. Kalau tak salah aku ianya adalah sebanyak RM30 setiap bulan. Disini juga kami akan terima wang saku daripada MARA berjumlah RM25 bagi sesiapa yang layak. Segala keputusan, slip periksa dan apa saja urusan dengan pejabat, semuanya disini. Kaunter segera tepi tingkap. Ini sebenarnya pentas dalam dewan besar maktab. Aku masih ingat semasa menjadi 'sound engineer' untuk drama arahan Amron Roni. si Amron ni pernah jadi produser untuk rancangan sembang-sembang Chef Wan di TV9 tidak l

Cikgu Zul & SmartLearning

Cikgu Zul Kawan-kawan MRSM Balik Pulau hingga 1991, siapa pernah kenal dengan Cikgu Zulkifli Kassim (Cikgu Zul)? Beliau adalah antara pelopor SmartLearning di Malaysia suatu ketika dahulu dan aku adalah antara pelajar-pelajar yang bertuah dapat mempelajarinya dari pakar SmartLearning sendiri. Ada dua tiga orang lagi tenaga pengajar SmartLearning tapi aku sudah lupa nama mereka. Tapi aku sentiasa ingat Cikgu Zul. Berbadan besar tapi lembut tutur kata. Kali terakhir sebelum dia meletak jawatan sebagai guru di MRSM Balik Pulau, dia guna kereta Mitsubishi Galant besar. Pada masa pelajar lain sibuk dengan kaedah belajar biasa, kami di MRSM Balik Pulau sudah pun dilatih menggunakan kaedah SmartLearning; kaedah peta minda, kaedah study smart dan banyak kaedah-kaedah yang kalau masa sekarang, orang nampak biasa. Ya, aku ingat apabila aku ke UiTM (masa tu ITM) dan melukis awan-awan (peta minda) sebagai nota, member-member nampak pelik. Mereka fikir aku sedang buat ajaran sesat. Sebentar tadi ak

Mahu Beli Kamera DSLR? Baca Sini Dulu

Kebelakangan ini aku ditanya oleh beberapa orang rakan mengenai kamera DSLR (digital single-lense reflex). Seperti kamu sendiri sedia maklum, kamera DSLR adalah gajet terkini yang 'perlu' dimiliki. Orang ramai sudah tidak memandang kepada kamera digital biasa, sebaliknya terus ingin membeli DSLR. Mungkin kerana kamera DSLR yang tergantung di leher adalah cool atau pemilik itu benar-benar minat dengan fotografi, tidak dinafikan kamera DSLR semakin menarik minat ramai orang. Dulu, memang agak sukar untuk temui orang di sana sini memegang atau menggantung di leher sebuah kamera SLR yang besar 'gedabak'. Orang lebih selesa dengan kamera digital biasa yang boleh disimpan di dalam poket atau sarung. Ringan dan mudah. Tetapi mungkin kerana terdapat batasan keupayaan kamera digital biasa, maka DSLR sekarang semakin banyak kelihatan di tangan orang ramai. Satu lagi punca paling jelas, sebuah kamera DSLR sekarang boleh dimiliki dengan harga kurang RM2000. Model asas seperti Canon