Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2006

Draf Perasaan: Sila Semak!

Harini entah kenapa, badan masih rasa letih. Mungkin penat seminggu lepas masih belum habis sepenuhnya. Ingatkan nak balik kerja awal dan rehat. Tapi petang tadi tiba-tiba bos datang minta aku siapkan draf untuk laporan tahunan. Ahhh... Letihla. Tapi kena buat juga. Ikutkan memang dah siap. Cuma yang payah nak masuk ialah gambar-gambar saja. Ikutkan prosedur laporan tahunan, kurang gambar dan lebih banyak data serta statistik. Tapi mungkin sebab bekas pengarah bahagian aku dulu suka dengan gambar, jadi dia nak tengok ada banyak gambar. Rasanya tak perlu sangat. Aku tak kisah dengan gambar sebenarnya. Asal betul format dan cara penghantaran kepada aku. Senang buat kerja kalau dapat gambar yang raw atau asli yang bukan telah di insert dalam Word, PowerPoint atau yang sewaktu dengannya. Agaknya ramai staf kerajaan hanya tahu guna cara itu untuk transfer gambar. Masa aku bagi taklimat tentang prosedur penghantaran gambar dan format gambar kepada liason JPN seluruh Malaysia haritu, 99% dari...

You And Me

What day is it And in what month This clock never seemed so alive I can't keep up And I can't back down I've been losing so much time Cause it's you and me and all of the people With nothing to do Nothing to lose And it's you and me and all of the people And I don't know why I can't keep my eyes off of you All of the things that I want to say Just aren't coming out right I'm tripping inwards You got my head spinning I don't know where to go from here Cause it's you and me and all of the people With nothing to do Nothing to prove And it's you and me and all of the people And I don't know why I can't keep my eyes off of you There's something about you now I can't quite figure out Everything she does is beautiful Everything she does is right You and me and all of the people With nothing to do Nothing to lose And it's you and me and all of the people And I don't know why I can't keep my eyes off of you You and me a...

Diaryland - I Was There

Macam tak percaya je bila tengok tarikh template yang aku buat untuk blog ni. Mei 2004. Dah hampir err, 3 tahun lamanya dan langsung tidak berubah. Aku rasa si Bayah punya blog dah berpuluh kali tukar template, aku masih sama. Orang tua la katakan, malas nak tukar-tukar dah. Itu sebab orang tua pakai lampin ke? Website aku ni memang dah lama. Website original yang aku buat guna Geocities template rasanya bermula pada awal 1999. Ye, sebelum Y2K. Entah hilang kemana dah website tu. Kemudian aku pakai Netscape Composer, agaknya. Aku pun dah lupa nama editing tool yang Netscape buat tu. Kira waktu tu, memang mudah sangat nak pakai. Tapi website pun nampak mudah la, bodoh semacam je. Lebih kurang kalau tengok website yang budak sekolah rendah sekarang buat. Macamtu la website aku dulu. Kemudian aku beranikan diri guna Microsoft FrontPage 3.0. Awal 2000 kalau tak salah aku. Menjadi juga sebab itulah first time aku buat grafik sendiri dan lain-lain termasuk button dan splash page. Masih ada, ...

Betul Ke Aku Kerja JPN Ni?

Nak tulis something tapi malas nak mampos. Tambah pula ngantuk dah ni. Tengah malam buta rajin pula ngadap pc ni tak tentu pasal. Ada benda yang nak cakap. Banyak, banyak sangat tapi biarkanlah dulu. Esok-esok pun boleh cakap juga. Lagipun aku tak fikir masih ada orang yang nak baca. Lama sangat dah aku tak menulis dengan kerap. Setakat dua bulan ni baru dua kali aku update. Entah kenapa aku diamkan sangat diri ini, aku sendiri tak faham. Mungkin aku dah bosan untuk menulis atau mungkin aku terlalu sibuk untuk menulis. Sibuk dengan apa? Kerja. Tapi kerja aku tak tentu arah sekarang ni. Sebenarnya timbul persoalan dalam diri ini, kenapa aku senang-senang sangat tukar bahagian dan berhadapan dengan beban kerja yang banyak sangat-sangat. Kalau ada orang tolong, tak mengapa. Tapi selain daripada Ahmad Sharidan, siapa lagi yang boleh guna Adobe InDesign CS2 untuk buat majalah dan laporan tahunan di JPN? Kalau ada, tolong bagitau aku. Apasal? Sebab Pencetakan Nasional Malaysia Berhad tak ter...