Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2007

Naik Bas Boleh?

Tak dapat juga nak balik hujung minggu ni. Terpaksa mengharungi kerja yang menimbun. Kalau difikirkan, apalah sangat kerja dengan balik kampung kan? Tapi masalahnya kalau aku seorang saja yang tahu melakukannya, ia adalah satu masalah. Bukan tiada yang tahu melakukannya tapi buat masa ini, hanya aku seorang yang betul-betul faham dengan karenah mesin dan keadaan dan juga kerja yang terpaksa dilakukan. Tak apa, bos kata minggu depan aku baliklah ke kampung.

Arrrr...

Sakit kepala. Tapi leganya sebab buku annual report dah pun siap. Cuma tinggal hantar percetakan dan cetak. 2 minggu beberapa hari untuk aku siapkan berbanding hampir 6 bulan untuk mamat sekor tu untuk siapkan draf. Sekarang dia sedang seronok ber'cuti' di Port Dickson sedang aku bakal menyambung tugas seterusnya yang mungkin akan membuat aku sibuk sehingga awal September nanti. Nampaknya setakat ini hanya aku seorang saja yang mahir menggunakan iMac di pejabat ni. Sedang orang dari bahagian IT sendiri terpinga-pinga mencari kotak CPU yang sebenarnya terbina di belakang skrin LCD 20". Susah sangat ke iMac? Susah sangat ke Apple? Kalau aku, memang tak susah. Lagi susah rasanya kalau nak operate Linux atau OS/2. Malah aku rasa lebih mudah dari WinXP. Tell you what, beli satu, guna. Aku rasa dalam masa sebulan, korang akan lebih suka Apple dari yang lain. Itu hakikatnya. Tapi kalau susahati juga, buat dual boot dan pasang Windows XP. Jadi boleh guna dua OS dalam satu PC. Isk....

Patriotik 101 : Warisan, The Song

Dua lagu yang berbeza maksud dan ceritanya... WARISAN Anak Kecil Main Api Terbakar Hatinya Yang Sepi Airmata Darah Bercampur Keringat Bumi Dipijak Milik Orang Nenek Moyang Kaya Raya Tergadai Seluruh Harta Benda Akibat Sengketa Sesamalah Kita Cinta Lenyap Di Arus Zaman Indahnya Bumi Kita Ini Warisan Berkurun Lamanya Hasil Mengalir Ke Tangan Yang Lain Pribumi Merintih Sendiri Masa Depan Sungguh Kelam Kan Lenyap Peristiwa Semalam Tertutuplah Hati Terkunci Mati Maruah Peribadi Dah Hilang Kini Kita Cuma Tinggal Kuasa Yang Akan Menentukan Bangsa Bersatulah Hati Bersama Berbakti Pulih Kembali Harga Diri Kita Sudah Tiada Masa Majulah Dengan Gagah Perkasa Jangan Lalai Teruskan Usaha Melayu Kan Gagah Di Nusantara ==== Ne Me Quitte Pas Ne me quitte pas Il faut oublier Tout peut soublier Qui senfuit dj Oublier le temps Des malentendus Et le temps perdu A savoir comment Oublier ces heures Qui tuaient parfois A coups de pourquoi Le coeur du bonheur Ne me quitte pas Ne me quitte pas Ne me quitte pas ...

Indian Spices, Indonesian err.. Dangdut.

Ada naik bas awam tak kebelakangan ni? Terutama kalau dari Mines ke Putrajaya waktu awal pagi orang sibuk nak masuk kerja. Ramai betul pendatang asing. Dari pekerja tapak projek binaan sampai makcik cleaner. Semuanya pendatang asing. Indonesia paling ramai. Pakistan, Nepal, Myanmar... Kenapa ye? Tak tak cukup ke orang Malaysia nak kerja di Malaysia? Aku tak kisah kalau mereka nak datang kerja sini. Kerja. Tapi aku letih menghadapi karenah budaya mereka. What is wrong with Indonesian male workers? Perasan tak ramai antara mereka yang berkuku panjang. Aku ingatkan orang perempuan saja yang suka berkuku panjang walau hakikatnya sekarang aku jarang nampak senario begitu. Mesti first impression bila kita nampak lelaki indo yang berkuku panjang, sure fikir; nak gaduh, nak pertahan diri... Begitu kan? Dan orang Pakistan, India... semua yang dari Asia Selatan. Kemaruk perempuan ke mereka ni? Mereka tengok perempuan macam nampak emas berbungkal-bungkal. Sengih sepanjang masa. Kalau boleh nak be...

Seize The Day

Carpe Diem Dulu aku selalu anggap segala yang berlaku dalam hidup adalah takdir. Segala yang aku hadapi, aku kena terima. Maka bila aku alami 'kekalahan' dalam hidup, ianya adalah sebuah kekalahan. Bila aku kecewa dalam hidup, ianya adalah kecewa. Dan bila aku putus asa dalam hidup, ianya adalah putus asa. Sedang aku lupa sebenarnya apa yang berlaku adalah sebahagian dari hidup aku. Kalau niat aku untuk gagal, maka aku gagal. Kalau niat aku untuk berjaya, insyaAllah akan pasti berjaya. Maka Carpe Diem dengan hidup ini. Seperti yang aku ceritakan sebelum ini, aku tidak tahu sesuatu perkara, bukan bermakna aku tidak tahu selama-lamanya. Cuba dulu, baru tahu. Segalanya mungkin, kan? Hehe. Kenapa menulis pendek sehari dua ni? Erm... Aaa... Tiada alasan.

Iklan Hari Ini

Tidak perlu kecewa. Bersabarlah. Hidup ini tidak selalunya indah. Hidup ini juga tidak selalunya diatas laluan lurus. Bersabarlah. Kerana ini adalah satu perjalanan. Suatu masa nanti kita akan sampai juga kemana yang hendak kita tujui. Kalaulah semudah begitu ayat yang boleh diluahkan untuk mendamaikan hati sesiapa saja, pasti manusia akan tenang dan bahagia sepanjang masa... Harapnya begitu.

Ugutan...

Kenapa manusia ni kadang-kadang buat sesuatu tindakan yang amat-amat bodoh. Well, tindakan bodoh tu rasa macam dah biasa buat. Tapi yang amat-amat bodoh tu pasti akan kita buat juga nanti, tanpa kita sedari mungkin. Contohnya mengugut orang lain. Bodoh sangat-sangat. Ini bukan zaman polis duduk di balai polis 30 batu dari rumah. Ini zaman polis ada dimana-mana. Dan zaman orang pandai guna polis. Dulu mungkin kita kata tak payah la report pada polis kalau orang ugut kita walau ugut tu rasanya macam main-main je. Tapi sekarang, sedikit ugut saja, pasti ianya boleh jadi serius. Adik aku Asyikin kena ugut dengan bekas teman lelakinya. Dari apa yang aku dengar buat masa ini, ianya serius. Aku sendiri yang suruh Asyikin lapor saja pada pihak polis. Tambah pula ada bukti berupa SMS. Aku cakap kalau boleh rakam saja ugutan kalau dia call. Tapi dah ada SMS pun rasanya sudah cukup. Memang lelaki tu buat tindakan yang amat bodoh. Mungkin fikirnya, ugutan dia tidak akan dibalas apa-apa. Tapi bagi ...