Langkau ke kandungan utama

Aku dan Apple; 18 Tahun Lalu dan Kini



Ini dia. Inilah benda yang membuat aku meminati Apple sejak dahulu lagi. Sebuah komputer yang amat 'mudah' ianya seperti sebuah permainan. Ianya wujud dalam makmal komputer MRSM Balik Pulau dahulu dan hampir setiap pelajar pernah menggunakannya. Tidak perlu bersusah payah. Cuma hafal dan faham beberapa kod dalam bahasa pengaturcaraan Basic, cukup.

Ianya amat hebat. Ketika menteri-menteri pendidikan negara-negara Komanwel melawat maktab, aku ada situ untuk mengendalikan salah sebuah komputer tersebut yang telah disiapkan dengan sebuah perisian asas geografi. Aku mengendalikannya.

Aku cuma perlu masukkan disket liut 5.25 inci dan ON komputer. komputer terus membaca isi kandungan disket lantas memulakan program yang terdapat dalamnya. Cukup. 1 minit ianya selesai dan siap sedia. Monochrome saja warna yang terdapat di skrin komputer. Kawan dapat skrin warna. Tapi aku tidak peduli. Pastinya aku cukup senang hati dapat mempersembahkan kepada menteri-menteri tersebut apa yang telah aku belajar.

Hari ini dan ketika menulis ini, dengan sebuah iMac, tanpa slot disket, hard disk 250GB yang lebih separuh telah digunakan, skrin LCD penuh warna seluas 20 inci, sebuah keyboard dan mighty mouse putih. Ada iSight yang boleh aku guna untuk video conferencing dan photo capture sesuka hati. OSX 10.4.10 yang amat menakjubkan. Pelbagai perisian yang boleh aku hasilkan apa saja yang terlintas di fikiran.

Tetapi Apple 128K yang pertama dahulu tetap menarik perhatian. Ketika itu, ianya seperti sebuah mesin ajaib.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 2

Sambungan koleksi gambar MRSM Balik Pulau, circa 2003. Ini bas maktab suatu ketika dulu. Aku sudah tengok bas baru. Tapi bas lama ini sungguh manis kenangannya. Kami menyanyi gembira setelah muncul johan bolasepak under-15 dan under-18. Pergi berkelah di Batu Feringgi atau melawat Botanical Garden. Pergi trip ke MRSM Berseri dengan ditemani bumbung bas yang bocor. Ianya suatu kebanggaan dapat naik bas ini suatu ketika dahulu. Masa itu tidak semua sekolah ada bas sendiri. Jadi kira hebat la. Baru sekarang aku terperasan, bas tersebut ada iras-iras Penang Yellow Bus. Hmm... Padang. Kalau masa aku pergi tahun 2003 dahulu ada sign board tertulis, "Home of The Cougars", merujuk kepada pasukan ragbi maktab. Mungkin pada ketika itu ianya amat kuat. Memang ragbi masa zaman aku pun kuat juga, tapi tidak sehebat team bolasepak yang dibentuk sejak kami form 2. Sepanjang itu hingga ke form 5, kami tidak pernah tewas satu game pun (betul tak Carrie?). Jadi johan Under-15 dan Under-18 nege...

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 1

Malas pula hendak bercerita mengenai Homeroom. Baik aku tunjukkan koleksi gambar yang diambil pada tahun 2003 semasa reunion MRSM Balik Pulau ketika itu. Ada lagi gambar yang akan diupload kemudian nanti. Banyak. Aku fikir ada baik aku kembali kesana suatu hari nanti untuk aku ambil gambar yang lebih baik. Ini pun guna kamera digital Kodak 3.2 megapixel. Model di atas adalah Meor. Ini sebenarnya pada zaman aku dulu merupakan kaunter untuk segala pembayaran yang berkaitan dengan yuran pembelajaran maktab. Kalau tak salah aku ianya adalah sebanyak RM30 setiap bulan. Disini juga kami akan terima wang saku daripada MARA berjumlah RM25 bagi sesiapa yang layak. Segala keputusan, slip periksa dan apa saja urusan dengan pejabat, semuanya disini. Kaunter segera tepi tingkap. Ini sebenarnya pentas dalam dewan besar maktab. Aku masih ingat semasa menjadi 'sound engineer' untuk drama arahan Amron Roni. si Amron ni pernah jadi produser untuk rancangan sembang-sembang Chef Wan di TV9 tidak l...

Jemputan

Semalam edar kad jemputan ke majlis perkahwinan aku 11 Jun nanti (Ingat tarikh ini ya Pn. Ain dan jemput datang). Setakat ini aku cuma edarkannya di pejabat. Memang agak lewat tetapi tidak boleh dielak. Terima kad dari pencetak pun sudah lewat. Aku sudah sediakan kad secukupnya (aku fikir) untuk orang di pejabat. Rupanya tidak cukup. Setiap kali aku masuk ke ruang pejabat mereka, aku sedari ada lagi orang yang aku perlu jemput secara khusus. Nampaknya sungguh ramai yang mengenali aku. Aku sendiri terkial-kial untuk menulis nama mereka di kad kerana aku tidak tahu nama mereka dan aku tidak kenal mereka. Ada kad yang perlu aku pos. Wah, sudah berapa lama aku tidak menggunakan setem? Berapa harga setem yang aku perlu guna untuk mengirim sekeping kad? Masih 30 sen? Setiap kali orang menerima kad jemputan aku, ayat pertama yang keluar dari mulut mereka mestinya, "Wah Dan... Besarnya kad kau!" Aku cuma tersenyum. Lalu jawapan standard aku adalah, "Kena buat besar-besar. Orang ...