Inilah satu-satunya foto aku bersama Yus, ex-girlfriend aku semasa di universiti dahulu. Selama 4 tahun aku belajar di sana, selama itu juga aku bercinta dengannya. Lepas habis belajar, tidak lama kemudian putus. Sebahagiannya salah aku dan selebihnya salah dia. Tetapi tidak perlu menyalahkan antara satu sama lain.
Sebelum foto ini, dia tidak bertudung. Rambut lurus hitam dipotong layered gaya orang cina. Kalau sekali tengok pun macam orang cina juga. Masa awal dulu, tidak terlintas untuk aku bersama dia. Mungkin kerana memikirkan ianya masih awal belajar dan banyak perkara lain perlu aku lakukan. Malah mungkin, dia bukan dalam pandangan aku walaupun secara jujur, banyak-banyak perempuan dalam kelas, dia yang paling menarik.
Pada malam qiamulail untuk majlis apa pun aku dah lupa, kami sedang mendengar ceramah agama. Dalam masjid, aku duduk dibelakang dalam kelompok orang lelaki bersama seorang kawan. Manakala orang pempuan duduk tidak berapa jauh dibelakang kami. Sedang kusyuk (konon) mendengar ceramah, aku berpaling melihat suasana sekeliling. Mungkin aku bosan ketika itu. Pada waktu itu aku nampak Yus bertelekung. Manis. Lalu aku berbisik pada kawan aku,
"Yus tu kalau pakai tudung, lawa kan?"
"A ah. Boleh tahan juga" jawab kawan aku.
Esoknya semasa sebelum masuk bilik kuliah, aku dan kawan-kawan sedang berbual-bual di luar bilik kuliah. Kemudian Yus datang... Aku terpaku. Kalau ikutkan bukan aku seorang saja yang terpaku. Semua lelaki lain yang ada di situ pun terpaku. Maka semua memujinya. Ada yang bersinar-sinar mata, entah apa yang mereka nampak. Aku pun tidak semena-mena jadi sinikal.
"Yus, kalau dah pakai tudung, jangan buka balik. Nanati ada orang yang kutuk"
Duh! Ada patut aku sound macamtu pada dia sedang itulah hari pertama dia bertudung ke kuliah. Mungkin niat aku baik tapi salah timing/ayat. Dia cuma tersenyum. Tudung tu sedikit besar dan labuh dan pemakaiannya ada sedikit kurang sempurna. Masih baru.
Kelas batal. Maka ramai yang mula bergerak samada pulang ke kolej atau pergi sarapan pagi. Aku minta diri.
"Idan nak kemana?" Tiba-tiba Yus menyapa.
"Ke library, nak baca buku" Jawab aku. Geek? Taklah. Aku suka membaca. Peduli apa aku dengan korang yang suka termenung.
"Boleh Yus ikut?"
"Huh?" Aku terpinga-pinga. Apa tak faham apa yang sedang terjadi. "Boleh, kalau sudi." Jawapan yang amat ringkas. Mungkin hanya untuk kali ini, aku fikir.
Seterusnya hari demi hari begitu hingga akhirnya mengaku suka antara satu sama lain... Aku akan ceritakan kemudiaan.
Mungkin aku patut tulis novel.
Ulasan
Catat Ulasan