Sebenarnya aku tidak suka berpolitik. Kalau boleh aku mahu membenci politik. Namun tidak pula aku seorang anarki. Politik adalah ciptaan manusia untuk membeza-bezakan pendapat dan fahaman dan mewujudkan dogma dalam hidup mereka. Politik sebenarnya cuba mewujudkan pengaruh, dan cuba mempengaruhi.
Tidak kira apa jua fahaman; sosialis, demokrasi, kapitalis, fasict, liberal. Apa saja dan ianya mempunyai suatu niat yang antara sedar dan tidak, mempengaruhi corak hidup atau mungkin secara jelas fahaman itu dipengaruhi oleh corak hidup individu itu sendiri. Kenapa dan mengapa dia memilih fahaman tersebut adalah kerana faktor-faktor hidup yang dilaluinya. Tidak ada manusia yang mahu menyusahkan dirinya sendiri atau secara sedar menyusahkan diri sendiri. Manusia mahu senang. Susah payah yang dihadapinya jua adalah untuk mencapai kesenangan. Perit jerih hidupnya juga adalah untuk mencapai kesenangan. Ada ke manusia yang membina satu jalan yang akhir tujuannya untuk mencapai kesusahan dalam hidup? Kecuali orang itu mahu membunuh diri, mungkin. Tapi kalau difikirkan balik, bagi yang membunuh diri itu, kematian itu adalah 'kesenangan' hidupnya.
Maka politik dan apa jua faham dalam diri manusia adalah suatu cara atau tools untuk mencapai sesuatu dalam hidup mereka. Aku tidak bercakap mengenai fahaman agama. Itu cerita lain. Melalui dunia web ini aku dapati ramai orang Malaysia malah dari kaum Melayu sendiri yang berfahaman sosialis. Kalau suatu masa dahulu disekolah, fahaman ini disama ertikan dengan fahaman komunis. Ianya menuntut kesamaan hak dan kalau dalam bentuk yang jujur, lebih bersifat perkongsian komuniti untuk mencapai kesamaan hidup antara satu sama lain. Dalam situasi Malaysia, aku tidak nampak bagaimana ianya boleh berfungsi dengan baik. Ada sesetengah kaum yang memang terkenal dengan kaedah hidup amalan kapitalis mereka sejak azali. Untuk mengubah cara kehidupan sebegitu, amat-amatlah susah.
Pada suatu kaum yang lain, komuniti terbina atas dasar wujud satu ketua yang berkuasa dan mereka secara gigih mempertahan institusi ketua ini. Merujuk kepada Malaysia, ianya lebih bersifat partriach kerana mungkin terselit faktor agama. Bagaimana hendak mewujud kesamaan hak (walau secara teori, kaum ini lebih mudah menerima sosialisme kerana sifat-sifatnya) sedang kaum ini masih memartabatkan pemimpin agung? Mungkin sosialisme boleh wujud di Malaysia, tetapi aku yakin ianya takkan berjaya sebagai sebuah fahaman di Malaysia bukan kerana faktor kaum, tetapi sebab utama kegagalannya kerana resam asal fahaman ini yang dikaitkan dengan komunisme. Sedang di Malaysia ini komunisme itu dilihat sejak wujudnya dahulu sebagai sebuah pergerakan bersifat perkauman. Dalam otak orang-orang Malaysia ini, apa bila disebut komunis, hanya ada satu kaum sahaja yang terpampang diruang minda mereka.
Malah sejak dahulu pun manusia di Malaysia ni sebenarnya terpisah baik dari faktor geografi, kaum dan ideologi. Orang asli tinggal dihulu sungai, orang laut dan pendatang lain tinggal di pesisir pantai. Malah kalau difikirkan balik, semasa zaman Melaka, Bukit Cina yang diwujudkan adalah kerana bertindak untuk pengasingan bangsa. Malah pada zaman British lebih jelas pengasingan kaum yang wujud bukan saja secara umum, namun secara sekecil-kecilnya seperti jalan-jalan diwujudkan berkaitan dengan kaum yang mendudukinya.
Maka sekarang orang bising dengan kegagalan integrasi kaum di Malaysia sebagai suatu punca Malaysia masih gagal mencapai kecemerlangan baik dari segi sosial mahupun ekonomi. Masing-masing cuba mengeluarkan teori dan cara masing-masing bagaimana ianya boleh dipulihkan atau diperbaiki. Aku mahu bertanya, apa yang hendak dibaiki dan apa yang hendak dipulihkan?
Dari mata aku, kaum-kaum di Malaysia ini tidak ada masalah untuk hidup bersama antara satu sama lain. Aku sebenarnya tidak faham apa jenis integrasi kaum yang cuba dicapai oleh orang-orang politik dan pemikir agung di Malaysia. Aku lihat pelbagai kaum di Malaysia boleh hidup dan berjalan ditempat yang sama, duduk didalam tempat yang sama, membeli-belah, tidur dan buat apa saja dalam tempat yang sama tanpa prejudis. Aku tidak ada prejudis untuk masuk kekedai milik orang bukan melayu. Aku tidak ada prejudis untuk berselisih dengan orang bukan melayu. Aku tidak punya prejudis untuk berbual dengan orang bukan melayu. Malah orang lain juga begitu. Sesiapa saja disekeliling kita bila kita lihat, mereka tidak punya prejudis dengan kaum bukan bangsa mereka. Yang mewujudkan prejudis ini adalah orang yang dari kalangan pemikir, ahli politik, pejuang sosialis dan para manusia yang mengaku mahu penyatuan kaum. Mereka yang sebenarnya mewujudkan kemelut perbezaan kaum dengan mengutarakan pendapat dan kritikan mereka terhadap corak hidup masyarakat di Malaysia.
Oh, mungkin mereka hanya melihatnya di bandar-bandar besar tempat mereka berdiri. Orang-orang kecil di pekan kecil dan kampung nampak lebih ikhlas dengan penyatuan bangsa.
Itu pendapat aku. Aku berkaca mata, maka mungkin aku kabur dengan keadaan sebenar.

Ulasan
Catat Ulasan