Langkau ke kandungan utama

Ya, Aku Kaki Wayang

Cuti lagi. Aku lebih prefer di pejabat sebenarnya. Bukan aku jenis workaholic. Cuma di pejabat ada air-con dan kerusi yang selesa untuk aku duduk sambil menaip atau buat kerja. Rumah aku takde kerusi yang sesuai untuk di buat tempat bekerja atau menaip. Jadi aku terpaksa meniarap. Ada meja tulis tetapi aku tak lagi sempat-sempat (takde duit sebenarnya) untuk membeli kerusi baru.

Takpe, sekurang-kurangnya ada Star Movie yang sedang menayangkan The Chronicle of Narnia depan mata. Oh, aku suka adegan pertemuan dengan beaver. Kelakar. Bayangkan kalau tetiba sedang korang asyik menghulurkan kacang goreng ke monyet, monyet itu berkata,

"Kacang je? Pizza takde ke?"

Satu sebab kenapa industri perfileman sekarang semakin berkembang dan mendapat sambutan adalah kerana teknologi animasi dan kemampuan untuk ianya blend dengan realiti akan sentiasa mengagumkan para penonton. Filem pertama yang berjaya menggunakan CGI untuk mempengaruhi minat aku adalah The Lost World. Bagaimana Steven Spielberg berjaya 'menghidupkan' semula dinosaur-dinosaur menjadi seperti begitu real. Star Wars 1 - 3 pula adalah definitif (apa perkataan melayu yang sesuai?) teknologi CGI dalam perfileman. Walaupun jalan ceritanya tidak sehebat Star Wars 4 - 6, namun ianya telah berjaya membawa peminat kepada dunia Star Wars yang sebenarnya, yang sepatutnya wujud ketika George Lucas pertama kali menghasilkan Star Wars 30 tahun lalu.

Malah penonton sekarang sentiasa dalam keadaan keliru untuk menentukan dimana berakhirnya realiti dan bermulanya CGI atau sebaliknya dalam satu-satu babak filem.

Namun timbul pula bicara di kalangan penggiat seni di mana kata mereka CGI telah membunuh kebolehan lakonan seseorang pelakon. Bagi aku, CGI adalah keperluan dalam menghasilkan filem seperti Narnia kerana tanpanya, tidak mungkin babak-babak utama dalamnya dapat dihasilkan dengan berkesan. Malah pada pendapat aku, Lord of The Rings tidak mungkin dapat dihasilkan dengan penuh berkesan tanpa CGI. Begitu juga Star Wars. Tetapi yang menghidupkan cerita adalah pelakon-pelakon biasa yang sekarang ini pastinya lebih sukar untuk berlakon hanya dengan gambaran di hadapan skrin hijau/biru tanpa prop yang sebenarnya. Imaginasi pelakon perlu lebih tinggi dan lebih pelbagai. Kalau filem dahulu lebih bersifat teatrikal untuk menghidupkan cerita dengan kata-kata dan pergerakan mereka. Pelakon masa kini pula perlu melakonkan babak dengan berimaginasi tentang apa sebenarnya yang berlaku di hadapan atau di belakangnya. Ah, tiada siapa yang mahu menonton The Matrix kalau ceritanya penuh dengan kata-kata seperti Gone With The Wind atau Kramer vs. Kramer.

Ini cuma apa yang terfikir di benak kepala aku. Tidak lebih cuma sebagai pendapat aku sahaja. Cuma aku kesal dengan sesetengah pendapat pengkritik filem yang menulis mengenai filem yang mereka tonton di wayang. Pengkritik filem di Malaysia ini bagi aku terlebih bersifat teknikal tanpa memahami emosional filem-filem yang mereka tonton. Malah ada sesetengah dari mereka tidak faham, tidak tahu sejarah dan tidak tahu latar belakang filem yang mereka tonton. Maka ulasan mereka menjadi tawar dan lebih bersifat tangkap muat. Setakat mereka tonton di wayang dan membuat ulasan.

Sudah aku tersasar jauh pula...

Ulasan

  1. Cik Idan,

    Ada dua movie ni menarik untuk ditonton. The Last King of Scotland dan Blood Diamond. Bukanlah baru sangat, filem tahun lepas tapi memang hebat.

    Tentang blog cool tak cool tu, abaikan saja la apa diorang nak kata. Be yourself. Yang penting jujur daripada berlagak tahu.

    Assalamualaikum. Selamat tahun baru!

    BalasPadam
  2. sejujurnya sy menonton wayang dengan tujuan untuk hiburan semata2.hiburan yg ringan lebih bagus.tp sampai bila perlu menghiburkan hati tanpa sebarang mesej yg dikaut dr filem itu sendiri dan disematkan dlm jiwa.

    baru2 ni sy menonton sequel twilight.walaupun sy tak berkesempatan menonton bahagian pertamanya tp yg menarik pd sy pengarahnya atau sape2 je la yg menjadikan babak dimana bella dikecewakan edward sgt2 berkesan dihati sy.mungkin dek kerana pengalaman sendiri yg buat sy lebih terasa emosi babak tu.dan beberapa babak lg terutamanya untuk watak jacob.

    sy bukanla org yg tepat tuk bercerita tntg filem.tp sebagai penonton kita tak mahu membazir duit dgn tgk filem yg tak berkualiti.

    contoh terbaik mukhsin+talentime(sekadar meyebut beberapa filem yg sy tgk dan merasai jiwanya)=)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 2

Sambungan koleksi gambar MRSM Balik Pulau, circa 2003. Ini bas maktab suatu ketika dulu. Aku sudah tengok bas baru. Tapi bas lama ini sungguh manis kenangannya. Kami menyanyi gembira setelah muncul johan bolasepak under-15 dan under-18. Pergi berkelah di Batu Feringgi atau melawat Botanical Garden. Pergi trip ke MRSM Berseri dengan ditemani bumbung bas yang bocor. Ianya suatu kebanggaan dapat naik bas ini suatu ketika dahulu. Masa itu tidak semua sekolah ada bas sendiri. Jadi kira hebat la. Baru sekarang aku terperasan, bas tersebut ada iras-iras Penang Yellow Bus. Hmm... Padang. Kalau masa aku pergi tahun 2003 dahulu ada sign board tertulis, "Home of The Cougars", merujuk kepada pasukan ragbi maktab. Mungkin pada ketika itu ianya amat kuat. Memang ragbi masa zaman aku pun kuat juga, tapi tidak sehebat team bolasepak yang dibentuk sejak kami form 2. Sepanjang itu hingga ke form 5, kami tidak pernah tewas satu game pun (betul tak Carrie?). Jadi johan Under-15 dan Under-18 nege...

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 1

Malas pula hendak bercerita mengenai Homeroom. Baik aku tunjukkan koleksi gambar yang diambil pada tahun 2003 semasa reunion MRSM Balik Pulau ketika itu. Ada lagi gambar yang akan diupload kemudian nanti. Banyak. Aku fikir ada baik aku kembali kesana suatu hari nanti untuk aku ambil gambar yang lebih baik. Ini pun guna kamera digital Kodak 3.2 megapixel. Model di atas adalah Meor. Ini sebenarnya pada zaman aku dulu merupakan kaunter untuk segala pembayaran yang berkaitan dengan yuran pembelajaran maktab. Kalau tak salah aku ianya adalah sebanyak RM30 setiap bulan. Disini juga kami akan terima wang saku daripada MARA berjumlah RM25 bagi sesiapa yang layak. Segala keputusan, slip periksa dan apa saja urusan dengan pejabat, semuanya disini. Kaunter segera tepi tingkap. Ini sebenarnya pentas dalam dewan besar maktab. Aku masih ingat semasa menjadi 'sound engineer' untuk drama arahan Amron Roni. si Amron ni pernah jadi produser untuk rancangan sembang-sembang Chef Wan di TV9 tidak l...

Apple Mac - Cerita Aku 1

Aku pakai komputer jenama Apple di rumah dan di pejabat. Laptop MacBook Pro aku beli menggantikan laptop Acer Aspire (sudah dijual) dengan tujuan sebenar untuk kerja sampingan sebagai video editor dengan sebuah studio perkahwinan ( DinaWedding ). Aku sudah menggunakan Apple iMac di pejabat sejak penghujung 2006 lagi. Secara umumnya, banyak kerja aku melibatkan senireka grafik menyebabkan komputer Apple menjadi pilihan paling sesuai. Aku pernah dan sering ditanya serta aku yakin di luar sana ramai juga yang ingin mengetahui kebaikan dan keburukan menggunakan komputer jenama Apple. Jadi aku fikir lebih baik aku kongsi pengalaman aku. Komputer jenama Apple secara umumnya adalah komputer peribadi/workstation/server yang dibina dan dijual sendiri oleh syarikat Apple Inc. dan menggunakan sistem operasi (Operating System) jenama Mac OS. Suatu ketika dulu ada syarikat pengeluar komputer yang mengeluarkan komputer dengan menggunakan sistem operasi Mac OS namun begitu semenjak Steve Jobs (CEO d...