Semalam aku tak ke pejabat. Aku bercuti kerana sakit. Sakit perut. Seperti biasa yang orang semua tahu, sakit perut bukan sakit yang berpanjangan. Jadi menjelang tengahari perut sudah okay. Cuma aku tak perlu ke pejabat.
Jadi aku ke Kuala Lumpur. Lebih jelas lagi ke KLCC. Lebih jelas lagi aku bertemu Asyikin. Cukup sukar untuk bertemu dengannya namun apabila bertemu, ianya suatu yang menenangkan fikiran. Sesuatu yang damai dengan hanya melihat wajah cerianya. Bila waktu cerianya, seluruh alam jadi terang dan tenang. Seperti mendengar lagu Michelle nyanyian The Beatles atau Hey There Delilah nyanyian Plain White T's.
Jadi aku cuma perlu diam dan dengar kata-katanya. Seperti menikmati suara merdu sambil menikmati makanan di Secret Recipe. Itu saja. Kerana paling utamanya dia amat-amat menghargai apa yang kita berikan padanya biarpun sekecil perkara. Aku bukan peminat Secret Recipe namun untuk tenang dan damai sambil berbual dengan orang yang aku amat hargai, Secret Recipe sudah cukup merahsiakan...
Jadi petang semalam aku gembira. :-)
Ulasan
Catat Ulasan