Langkau ke kandungan utama

Membuang 83 Gram Sehari

Agak rumit untuk menggunakan WordPress kiranya aku tidak dapat menggunakan web address sendiri dan di rumah aku tidak boleh mengaksesnya. Amat rumit untuk aku tinggal setelah sekian tahun. Jadi aku kembali kesini buat sementara waktu (sementara masalah Streamyx di rumah dapat diselesaikan) sehingga WordPress benar-benar selesa untuk digunakan. Aku tukar serba sedikit paparan blog ini bersesuaian dengan tahun yang baru ini. Warna hanya sedikit dan tiada iklan seperti yang dahulu. Aku akan tukar lagi sekiranya aku fikir perlu. Buat masa sekarang, blog ini akan jadi begini, simple.

Entah apa yang aku cari sebenarnya. Aku fikir aku akan temuinya tidak lama lagi namun tidak lama itu mungkin lebih lama dari yang aku sangkakan. Kemudian semakin hari aku semakin mengalami halangan mental untuk menulis dan menceritakan sesuatu di sini.


Aku mahu kurus. Itu sebenarnya mungkin. Kerana aku sudah bosan dengan gemuk dan bersusuk tidak menarik untuk aku sendiri pandang. Namun semangat untuk menguruskan badan tidak ada langsung dalam benak otak ini. Sebaliknya aku mahukan ianya kurus begitu saja tanpa aku perlu lakukan apa-apa. Mana mungkin. Aku mahu ke gimnasium dan bersenam. Alasan aku, untuk kesihatan. Itu cuma alasan kepada orang yang bertanya. Aku mahu kurus sebenarnya. Aku mahu buang 15 kilogram dari badan aku supaya aku cuma seberat 70 kilo saja. 15 kilo itu bolehkan dilakukan dalam masa 6 bulan? 5 kilo dalam masa 2 bulan atau 2 setengah kilo sebulan? atau erm... 83 gram sehari. 83 gram. Nampak dan bunyi macam sedikit. Hampir sama berat dengan sekampit Meggi atau sebungkus cip kentang. Sedang aku makan nasi, ikan, ayam, daging, sayur dan lain-lain setiap hari.


Mungkin kenapa sewaktu di MRSM Balik Pulau dahulu aku sentiasa kurus kerana makanan di Dewan Selera (DS) tidak pernah sedap dan aku aktif bersukan. Siapa yang sanggup makan ikan jaket dan cucur kodok pisang keras macam batu? Siapa sanggup makan nasi kawah setiap hari? Ayam yang di potong kecil hingga aku fikir mungkin mereka selama ini beri aku makan anak-anak ayam saja. Roti canai sejuk yang boleh dibuat piring terbang. Pengalaman makan di dewan makan sekolah berasrama penuh. Kamu yang tidak pernah alaminya memang rugi.

Setiap hari sabtu menunggu Pak Ya dengan nasi lemaknya yang semua orang pasti dia letak ganja di dalamnya agar sentiasa sedap dan laku. Kalau kamu tidak berduit ketika itu, kamu sanggup pinjam semata-mata untuk makan nasi lemak Pak Ya. Atau mungkin kalau kamu
mewah sikit, boleh kamu berbelanja di kafetaria kecil, makan apa saja yang biasanya cuma cikgu-cikgu yang makan. Atau mungkin kamu terlebih kaya ketika itu, makan di gerai tepi balai Polis di pekan Balik Pulau atau mahu lebih hebat, McDonald's dan KFC di Komtar, Georgetown.

Ah, hujung minggu aku sebelum aku berpacaran dengan Renny akan pasti penuh dengan makanan-makanan yang diberi percuma samada dari secret admirer atau kakak-kakak angkat (walau aku cuma ada seorang saja ketika itu). Pernah suatu hari aku terima 2 bungkus Big Mac dalam satu masa. Cuma sebungkus Big Mac sudah kosong dimakan oleh member dorm. Biarkan. Aku masih ada lagi satu. Selepas berpacaran dengan Renny, habis semuanya hilang. Kira rugilah sikit tetapi aku tidak merungut. Aku masih kurus ketika itu, cuma 63 kilo dan makan apa saja, tidak akan menyebabkan aku gemuk.


Tadi, Aliah, rakan opis ajak aku berjogging. Katanya aku perlu berjogging setelah aku habiskan RM150 untuk membeli kasut sukan New Balance (lihat bawah). Mungkin ini yang sepatutnya aku lakukan. Ada seorang rakan opis bergurau dengan aku. Katanya untuk aku senang berjogging, perlu ada seorang wanita cantik yang berjogging di hadapan aku. Betul, tapi siapa yang sudi?


New Balance MR560SN

Ulasan

  1. Anonymous4:17 PTG

    bro u ex mrsm bp thn bila? ermmmmmmmm ingat lagi ikan jaket masak merah oiiiii

    BalasPadam
  2. aku_ayu2:38 PTG

    bukan setakat ikan jaket je.. paling tak boleh lupa bila breakfast roti canai & kuah dal, then suddenly semua kelas kosong sbb student sakit perut. yg berebut toilet pun ada.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 2

Sambungan koleksi gambar MRSM Balik Pulau, circa 2003. Ini bas maktab suatu ketika dulu. Aku sudah tengok bas baru. Tapi bas lama ini sungguh manis kenangannya. Kami menyanyi gembira setelah muncul johan bolasepak under-15 dan under-18. Pergi berkelah di Batu Feringgi atau melawat Botanical Garden. Pergi trip ke MRSM Berseri dengan ditemani bumbung bas yang bocor. Ianya suatu kebanggaan dapat naik bas ini suatu ketika dahulu. Masa itu tidak semua sekolah ada bas sendiri. Jadi kira hebat la. Baru sekarang aku terperasan, bas tersebut ada iras-iras Penang Yellow Bus. Hmm... Padang. Kalau masa aku pergi tahun 2003 dahulu ada sign board tertulis, "Home of The Cougars", merujuk kepada pasukan ragbi maktab. Mungkin pada ketika itu ianya amat kuat. Memang ragbi masa zaman aku pun kuat juga, tapi tidak sehebat team bolasepak yang dibentuk sejak kami form 2. Sepanjang itu hingga ke form 5, kami tidak pernah tewas satu game pun (betul tak Carrie?). Jadi johan Under-15 dan Under-18 nege...

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 1

Malas pula hendak bercerita mengenai Homeroom. Baik aku tunjukkan koleksi gambar yang diambil pada tahun 2003 semasa reunion MRSM Balik Pulau ketika itu. Ada lagi gambar yang akan diupload kemudian nanti. Banyak. Aku fikir ada baik aku kembali kesana suatu hari nanti untuk aku ambil gambar yang lebih baik. Ini pun guna kamera digital Kodak 3.2 megapixel. Model di atas adalah Meor. Ini sebenarnya pada zaman aku dulu merupakan kaunter untuk segala pembayaran yang berkaitan dengan yuran pembelajaran maktab. Kalau tak salah aku ianya adalah sebanyak RM30 setiap bulan. Disini juga kami akan terima wang saku daripada MARA berjumlah RM25 bagi sesiapa yang layak. Segala keputusan, slip periksa dan apa saja urusan dengan pejabat, semuanya disini. Kaunter segera tepi tingkap. Ini sebenarnya pentas dalam dewan besar maktab. Aku masih ingat semasa menjadi 'sound engineer' untuk drama arahan Amron Roni. si Amron ni pernah jadi produser untuk rancangan sembang-sembang Chef Wan di TV9 tidak l...

Apple Mac - Cerita Aku 1

Aku pakai komputer jenama Apple di rumah dan di pejabat. Laptop MacBook Pro aku beli menggantikan laptop Acer Aspire (sudah dijual) dengan tujuan sebenar untuk kerja sampingan sebagai video editor dengan sebuah studio perkahwinan ( DinaWedding ). Aku sudah menggunakan Apple iMac di pejabat sejak penghujung 2006 lagi. Secara umumnya, banyak kerja aku melibatkan senireka grafik menyebabkan komputer Apple menjadi pilihan paling sesuai. Aku pernah dan sering ditanya serta aku yakin di luar sana ramai juga yang ingin mengetahui kebaikan dan keburukan menggunakan komputer jenama Apple. Jadi aku fikir lebih baik aku kongsi pengalaman aku. Komputer jenama Apple secara umumnya adalah komputer peribadi/workstation/server yang dibina dan dijual sendiri oleh syarikat Apple Inc. dan menggunakan sistem operasi (Operating System) jenama Mac OS. Suatu ketika dulu ada syarikat pengeluar komputer yang mengeluarkan komputer dengan menggunakan sistem operasi Mac OS namun begitu semenjak Steve Jobs (CEO d...