Aku membuat keputusan untuk menjual PC lama aku. Sudah amat lama usianya, lebih dari 2 tahun menghampiri 3 tahun. Sebuah mini pc jenama Biostar iDeq (seperti gambar di atas) dengan prosesor AMD Sempron 2200+, 768 DDR RAM, 80GB HDD, DVD Writer, PowerColor ATi Radeon 9550 256MB Graphics Card dan Creative Sound Blaster! Live Sound Card. Ikutkan harga keseluruhan semasa itu mungkin mencecah RM2000, tidak termasuk monitor LCD ViewSonic 15 inci berharga RM600 semasa aku beli dahulu. Mouse wireless A4Tech dan Keyboard Genius. Mungkin kalau dibuat penilaian harga, bakal cecah RM2200. Aku jual kepada seorang sahabat baik dengan harga RM500. Itu nilai realiti sekarang. Aku tak boleh untuk naikkan harga semata-mata mengikut harga pasaran yang aku beli lebih 2 tahun dahulu. Tidak masuk akal.
Itulah realitinya nilai sebuah PC. Murah. Beli mahal, jual balik memang akan jadi amat-amat murah. Malah kalau aku tunggu lagi beberapa tahun, mungki langsung tidak bernilai.
Cuma, PC ini asalnya bukan aku punya. Aku beli sebuah laptop berharga RM3000 dan aku tukarkan dengan seorang kawan lama kerana beliau mahu belajar dan ingin guna laptop. Aku setuju sebagai pertukaran sementara. Akhirnya dia berkahwin dan bila aku minta kembali laptop aku untuk ditukar, dia cuma diam. Jadi daripada aku simpan saja kenangan lama yang menyakitkan hati, baik aku jualkan.
Aku ingin dapatkan sebuah laptop baru. Mulanya aku mahu sebuah MacBook dengan harga hampir RM4000. Tapi aku fikir aku takkan mampu untuk dapatkan duit sebanyak itu dan beli laptop yang berkuasa sederhana saja. Untuk aku buat kerja dengan baik, aku perlukan sekurang-kurangnya MacBook Pro, kalau aku mahu guna Apple. Tapi MacBook Pro paling murah harganya lebih RM7000.
Jadi aku fikir, baik aku dapatkan sebuah laptop biasa WinTel dengan harga RM2000 lebih dan cukup sekadar sederhana untuk digunakan. Aku cuma guna untuk menaip (50%), main games turn-base yang tidak menyeksa graphics card dan mungkin online. Kerja aku lebih perlu menggunakan sebuah Apple. Boleh aku gunakan WinTel tapi akibatnya akan timbul masalah bila aku buka fail yang sama dalam Apple nanti. Aku tunggu opis belikan sebuah MacBook. Senang. Lagipun, kalau opis beli, hanya aku seorang yang akan membelinya.
Jadi apa spesifikasi laptop yang aku ingin beli? Aku tak kisah dengan prosesor. Ianya tidak memberi kesan yang signifikan. Aku bukan nak main game Half-Life atau guna software Maya dengannya. Aku perlukan RAM yang banyak. Sekurang-kurangnya 2GB. Harddisk 120GB sudah cukup buat masa sekarang. Aku boleh guna external HDD apabila diperlukan. Kalau boleh aku mahu dapatkan laptop yang menggunakan kad grafik tidak shared dengan main memory. Kalau boleh la. Window Vista Home sebagai OS. Jangan suruh aku guna Linux, BSD atau apa saja OS yang tidak akan membantu kerja aku secara real life. Come on, seteruk-teruk Windows, ianya masih tidak boleh diganti dengan Linux dan BSD sekiranya masih tidak boleh jalankan program grafik dan games yang menarik. Aku bukan anti Linux/BSD. Aku sentiasa tertarik. Tapi setakat ini, ianya masih tidak sesuai untuk digunakan untuk beberapa perkara.
Buat masa sekarang, aku kena kumpul duit dahulu. RM500 sudah ada, kena tunggu RM2000 lagi. Sigh...
Ulasan
Catat Ulasan