Langkau ke kandungan utama

Ya, Ini Untuk Kamu!

Kamu dapat rasakan sesuatu yang berbeza apabila seseorang cuba mengelak dari kamu. Perlakuan dan sifatnya berbeza. Kata-katanya juga berbeza. Apa saja yang dibuat lebih senyap dari yang sepatutnya. Kamu sedar apa yang mereka lakukan itu terhadap kamu namun kamu seperti di awangan; tidak pasti apa yang sebenarnya sedang berlaku, apa akibatnya.

Ya, kamu yang cuba menjauhkan diri; orang sedar akan perbuatan kamu itu. Aku sedar. Jadi tidak perlu berselindung di sebalik cliche kehidupan. Kamu tidak perlu berselindung. Sebaiknya kamu beritahu saja yang kamu ingin menjauhkan diri dari orang yang kamu ingin jauhi. Tidak perlu manis dengan kata-kata. Kerana aku tahu apa yang kamu cuba lakukan. Kamu tidak mahu dipersalahkan kemudian hari nanti. Kamu tidak mahu menjadi orang yang berlabel pemutus persahabatan atau apa jua hubungan. Kamu mahu jadi dewa/dewi yang tidak bersalah dan sebaliknya meletakkan salah itu di pihak lain.

Tidakkah kamu berasa kejam? Tidakkah kamu merasa orang yang kamu mahu jauhi itu berhak tahu apa puncanya? Kamu tidak perlu berselindung di sebalik apa jua tabir. Tidak perlu hipokrit. Katakan saja,

"Ya, aku ingin menjauhi diri dari kamu. Jangan kamu dekati aku lagi kerana aku sudah <masukkan ayat-ayat yang sesuai> dengan kamu. Selamat tinggal. Terima Kasih."

Aku sebenarnya tahu kenapa. Kenapa kamu tidak mahu berterus terang. Aku tahu di kemudian hari di waktu kamu sunyi dan sepi tanpa arah tujuan, kamu masih ada orang yang sanggup menerima dan mendengar suara hati kamu. Itu yang kamu mahu, ada pondok untuk kamu berlari dan berselindung di bawahnya di waktu hujan. Kamu tidak boleh melupuskan orang lain begitu saja melainkan kamu amat-amat membenci mereka.

Aku tahu kamu cuba hendak terbang tinggi dan kamu takut apabila terjatuh nanti, tidak ada dahan yang hendak kamu hinggap. Jadi kamu biarkan mereka-mereka yang kamu jauhi ini menjadi dahan-dahan sebagai pelindung kamu di waktu susah nanti.

Kamu juga tidak perlu bersusah-payah untuk memujuk kerana 'bukan' kamu yang meretakkan hubungan. Sebalik 'perkara-perkara' lain yang menghalang.

Kamu tahu siapa yang selalu menjadi mangsa keadaan begini? Lihat sekeliling...
  1. Lelaki/Perempuan gemuk peramah.
  2. Lelaki/Perempuan pemurah tapi tak hensem/cantik.
  3. Nerd/Geek/Budak Kampung tak pernah tengok dunia/Budak Bandar tak pernah tengok dunia.
  4. Kawan baik kamu.
  5. Lelaki/Perempuan tak hensem/tak lawa yang menaruh hati kepada kamu. Namun disebabkan kamu merasakan diri kamu hensem/cantik, maka mereka itu kamu jadikan alat diwaktu sunyi kamu.
  6. Soul-mate kamu (yang kamu tidak sedar selama ini dialah soul-mate kamu).
  7. Sesiapa saja yang begitu baik terhadap kamu selama hidup kamu itu namun di hati kamu mereka itu tidak lebih dari sahabat. Itu saja. Sahabat.
  8. Teman lelaki/wanita kamu (Tak sedar ke?).
Cukup. Aku malas hendak list lagi. Kamu takkan sedar.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 2

Sambungan koleksi gambar MRSM Balik Pulau, circa 2003. Ini bas maktab suatu ketika dulu. Aku sudah tengok bas baru. Tapi bas lama ini sungguh manis kenangannya. Kami menyanyi gembira setelah muncul johan bolasepak under-15 dan under-18. Pergi berkelah di Batu Feringgi atau melawat Botanical Garden. Pergi trip ke MRSM Berseri dengan ditemani bumbung bas yang bocor. Ianya suatu kebanggaan dapat naik bas ini suatu ketika dahulu. Masa itu tidak semua sekolah ada bas sendiri. Jadi kira hebat la. Baru sekarang aku terperasan, bas tersebut ada iras-iras Penang Yellow Bus. Hmm... Padang. Kalau masa aku pergi tahun 2003 dahulu ada sign board tertulis, "Home of The Cougars", merujuk kepada pasukan ragbi maktab. Mungkin pada ketika itu ianya amat kuat. Memang ragbi masa zaman aku pun kuat juga, tapi tidak sehebat team bolasepak yang dibentuk sejak kami form 2. Sepanjang itu hingga ke form 5, kami tidak pernah tewas satu game pun (betul tak Carrie?). Jadi johan Under-15 dan Under-18 nege...

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 1

Malas pula hendak bercerita mengenai Homeroom. Baik aku tunjukkan koleksi gambar yang diambil pada tahun 2003 semasa reunion MRSM Balik Pulau ketika itu. Ada lagi gambar yang akan diupload kemudian nanti. Banyak. Aku fikir ada baik aku kembali kesana suatu hari nanti untuk aku ambil gambar yang lebih baik. Ini pun guna kamera digital Kodak 3.2 megapixel. Model di atas adalah Meor. Ini sebenarnya pada zaman aku dulu merupakan kaunter untuk segala pembayaran yang berkaitan dengan yuran pembelajaran maktab. Kalau tak salah aku ianya adalah sebanyak RM30 setiap bulan. Disini juga kami akan terima wang saku daripada MARA berjumlah RM25 bagi sesiapa yang layak. Segala keputusan, slip periksa dan apa saja urusan dengan pejabat, semuanya disini. Kaunter segera tepi tingkap. Ini sebenarnya pentas dalam dewan besar maktab. Aku masih ingat semasa menjadi 'sound engineer' untuk drama arahan Amron Roni. si Amron ni pernah jadi produser untuk rancangan sembang-sembang Chef Wan di TV9 tidak l...

Apple Mac - Cerita Aku 1

Aku pakai komputer jenama Apple di rumah dan di pejabat. Laptop MacBook Pro aku beli menggantikan laptop Acer Aspire (sudah dijual) dengan tujuan sebenar untuk kerja sampingan sebagai video editor dengan sebuah studio perkahwinan ( DinaWedding ). Aku sudah menggunakan Apple iMac di pejabat sejak penghujung 2006 lagi. Secara umumnya, banyak kerja aku melibatkan senireka grafik menyebabkan komputer Apple menjadi pilihan paling sesuai. Aku pernah dan sering ditanya serta aku yakin di luar sana ramai juga yang ingin mengetahui kebaikan dan keburukan menggunakan komputer jenama Apple. Jadi aku fikir lebih baik aku kongsi pengalaman aku. Komputer jenama Apple secara umumnya adalah komputer peribadi/workstation/server yang dibina dan dijual sendiri oleh syarikat Apple Inc. dan menggunakan sistem operasi (Operating System) jenama Mac OS. Suatu ketika dulu ada syarikat pengeluar komputer yang mengeluarkan komputer dengan menggunakan sistem operasi Mac OS namun begitu semenjak Steve Jobs (CEO d...