Kenapa, dalam sebuah negara pelbagai kaum seperti Malaysia ini perlu ada sekolah pelbagai aliran? Kenapa perlu ada sekolah kebangsaan, sekolah aliran cina dan sekolah aliran tamil serta sekolah aliran agama (berpaksikan Arab)? Apabila kita mempersoalkan kenapa wujud masalah integrasi kaum, kita tidak boleh lepas dari melihat kewujudan pelbagai aliran sekolah sebagai salah satu punca utama.
Pendapat aku, sekolah sepatutnya ada satu aliran sahaja iaitu sekolah kebangsaan yang memberi keutamaan kepada bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama. Bahasa lain diajar sebagai bahasa pilihan, bukan sebagai bahasa pengajian. Pengajian agama pula dilakukan sebagai pengajian elektif atau boleh diwujudkan sekolah agama (baik apa agama sekalipun) sebagai tempat khusus untuk belajar agama mengikut agama masing-masing.
Bukan tujuan aku untuk mengasingkan agama dari pendidikan utama. Ianya kerana agama di Malaysia masih bersifat peribadi dan pilihan masing-masing. Agama Islam adalah agama rasmi tapi orang masih boleh menganut agama lain tanpa sekatan. Maka atas sebab itu, tidak perlu pengajian agama diajar di sekolah kebangsaan yang mempunyai pelbagai bangsa dan agama kerana ianya boleh mendatang syak wasangka di kalangan penganut agama lain. Sebaliknya wujudkan sekolah agama yang boleh dihadiri oleh pengikut agama masing-masing selepas dari waktu persekolahan utama. Dari satu sudut, ianya lebih berkesan kerana sekolah agama dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada aspek pengajian agama.
Biarkan sekolah kebangsaan bersifat liberal dan terbuka. Doa boleh dilakukan orang individu. Sebaliknya sekolah kebangsaan lebih sesuai menumpukan kepada pendidikan ilmu duniawi yang lain. Aku faham Islam sebenarnya meliputi semua aspek kehidupan termasuk pendidikan. Tapi apabila sukatan pendidikan kita menjerumus kepada penumpuan kepada aspek Islam (dari segi sejarah, hubungkait dan isi kandungan), bukankah kita sebenar mendiskriminasi orang yang menganut agama lain? Kita memaksa mereka belajar sukatan pendidikan berteraskan Islam sedang mereka sendiri bukan Islam. Ini dilihat sebagai memaksa orang bukan Islam menerima Islam secara paksaan dan itu bukan cara Islam.
Itu satu. Aku pasti ramai akan bantah dengan pelbagai alasan. Tapi fikir dulu sebelum menulis komen. Keduanya, mengenai penggunaan bahasa pengantar pembelajaran. Sebagai bahasa rasmi dalam perlembagaan, maka sepatutnya Bahasa Malaysia saja yang digunakan sebagai bahasa pengantar kecuali untuk kelas bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain. Tidak perlu menggunakan bahasa Cina dan bahasa Tamil. Sebenarnya inilah punca besar masalah integrasi kaum di Malaysia. Aku tidak fikir Thailand membenarkan bangsa lain menggunakan bahasa pengantar selain daripada bahasa Thai di sekolah. Sama seperti Jepun dan Korea. Sama seperti Amerika Syarikat.
Kenapa perlu ada sekolah aliran Cina dan Tamil di Malaysia? Itu yang menjadi persoalan besar. Kerana selagi ada sekolah aliran berbeza, selagi itu orang Cina dan India akan terus ke sekolah-sekolah ini yang secara jelas menjadikan bahasa Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantar sedangkan kedua-dua bahasa ini bukan bahasa Kebangsaan.
Sekolah Kebangsaan juga perlu mengubah konsep kemelayuan mereka. Apabila kita hapuskan sekolah aliran Cina dan Tamil, kita kena pastikan bahawa sekolah aliran Kebangsaan tidak dipengaruhi oleh idea-idea dan pemikiran Melayu 100%. Bukan kita mewujudkan sekularisme, kita sepatutnya membentu keseragaman dan kesaksamaan hak. Apabila ini wujud, barulah kita boleh memperkatakan mengenai hasrat mewujudkan BANGSA MALAYSIA.
Kalau selagi kita masih terpisah sejak kecil dengan aliran pendidikan dan pemikiran yang berbeza, selagi itu Bangsa Malaysia hanya wujud sebagai mitos atau angan-angan. Kaum Cina dan India perlu sedar bahawa mereka tidak boleh salahkan kaum Melayu/bumiputra terhadap hak dan keistimewaan orang Melayu/bumiputra sedang mereka masih enggan melepaskan diri mereka dari hak-hak bangsa mereka sendiri. Tradisi dan budaya masih boleh dikekalkan walau tiada sekolah aliran Cina dan Tamil. Ianya boleh dijadikan satu bentuk pendidikan di sekolah kebangsaan dengan penglibatan semua kaum. Budaya, tradisi dan bahasa boleh dijadikan sukatan pendidikan di sekolah kebangsaan dan pembelajaran bahasa Cina dan Tamil juga boleh dijadikan sebahagian daripadanya.
Manakala orang Melayu/bumiputra pula perlu melepaskan beberapa aspek keistimewaan mereka seperti pendidikan agama, pakaian, tradisi dan budaya dalam aspek sekolah kebangsaan sebagai pra-syarat untuk mewujudkan satu jenis aliran sekolah sahaja. Tidak boleh mana-mana kaum meletakkan agenda/tradisi/budaya mereka sebagai keutamaan dalam sekolah aliran kebangsaan. Sebaliknya sekolah aliran kebangsaan hanya wujud dalam satu bentuk dan dipengaruhi oleh satu bentuk sahaja, kebangsaan.
Aku fikir itulah yang dilakukan oleh Indonesia, Thailand, Jepun dan banyak negara di dunia. Kalau kamu sebagai rakyat Malaysia mahu membicarakan hal integrasi kaum, kamu perlu fikir hal ini terlebih dahulu. Ianya salah satu faktor besar kenapa masalah integrasi kaum masih wujud di Malaysia. Setiap kaum (3 kaum besar di Malaysia) masih berdegil dan mahu terus bergayut dengan pegangan usang yang sudah tidak signikan sekarang.
Ini pendapat aku. Kamu komen apa kamu suka, aku terima tanpa ulasan balas.
Salam.
BalasPadamTajuk yang bagus untuk dibincang dan diketengahkan walau isu ini timbul sejak zaman penjajah ENGGER-RISS, namun hingga kini tak pernah selesai. Sama juga macam isu negara YAHH-UDDEEE.
Isu ini sebenarnya boleh selesai sejak lama dahulu, kalau hendak, macam kita hendak merdeka, mesti dapat. Kita dah merdeka lebih 50 tahunkan?
Sebenarnya ada pihak yang tak hendak perkara ini selesai sebab ia akan jadikan pihak itu PAPA KEDANA SELURUH KETURUNAN!
Zaman Kolenial DASAR PECAH PERINTAH ini memberi laba kepada keturunan QUEEN dan orang-orang besarnya yang dipanggil LORD.
Zaman Pasca Merdeka DASAR PECAH PERINTAH ini diwarisi pemakaiannya oleh orang tempatan yang mendapat acuan ENGGER-RISS dan YAHH-UDDEEE. Tengok saja laba yang mereka kumpulkan TAK HABIS MAKAN SEJUTA KETURUNAN!
## Walau mereka makan tak habis tapi kita yang hidup sederhana ni usahlah heran... sebab LABA YANG MEREKA KUMPULKAN secara salah itu akan menjadi UNGGUN API yang membakar mereka di Akhirat kelak.
## Janganlah kita ralat, dunia ini pinjaman saja. Kenikmatan di dunia ini hanya 1% sahaja, 99% lagi akan dinikmati di akhirat.
Yang penting kita tahu diri kita siapa, asal-usul kejadian kita bagaimana. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada, sesungguhnya itulah yang terbaik bagi kita...
5
Setuju pendapat saudara, malangnya ada kaum yang bercakap tentang bangsa Malaysia, kesamarataan dll tetapi hanya setakat penghapusan NEP, "open contract" sahaja, tetapi bila sampai kepada hapuskan sekolah cina / india, terus bising, tak adil dan macam-macam. Siapa hipokrit, siapa rasis?
BalasPadamalahai..isu mcm tu pun cepat ke nak melatah.
BalasPadamfikir la..malaysia wujud memalui wujudnya tanah melayu...
nak ke melayu hilang didunia. perpaduan antara kaum perlu la dihayati sepenuhnya...
bersatu tidak bermakna lupakan adat dan ketepikan hak istimewa kerana itu adalh hak yang utama..
"andai rumah yang kita diami selama 5 tahun, tiba2 sepupu datang tinggal dalam 1 tahun dan dia menuntut kesamarataan hak milik rumah yang boleh katakan hak milik kita terlebih dahulu?" adakah saudara/ri akan melatah dan bergaduh? penyelesaian mudah ja, pendatang perlu hormati hak pemilik dan jangan wujudkan satu pertikakain yang xpatut. contoh, hidup di amerika, kita perlu hormati hak rakyat amerika sebab kitaxnak di usir dan bergaduh. jadi pegang la pada konsep yang sepatutnya.