Langkau ke kandungan utama

Ada Lagi Yang Perlu Diselesaikan

Selesai persembahan KMK. Penat. Kira okay walau cuma mendapat pujian dari segi persembahan saja. Memang lain dari pasukan lain, itu sudah pasti. Sedang PC yang kami guna juga adalah berbeza berbanding dengan kumpulan lain.

Satu selesai, satu lagi sedang dalam proses. Aku kena siapkan citation untuk Majlis Hari Kualiti, Jumaat malam nanti. Itu jauh lebih susah. Lebih memenatkan. Selepas dari itu, baru aku akan berasa sedikit lega.

Aku perlu berehat...

Ulasan

  1. Anonymous9:24 PG

    Mana tak penat Bro..guna fizikal dan mental tahap Gaban......bak kata Labu dalam filem Labu Labi "sebelum tutup mata, kerja!..kerja!..kerja!"

    BalasPadam
  2. Membuatnya tidak penat. Tetapi mendapatkan bahannya amat-amat memenatkan. Ada juga orang yang terlalu degil dan terasa tidak penting untuk memberi kerjasama. Mungkin kerana mereka rasa pangkat mereka terlalu besar untuk melayan aku yang remeh ini. :D

    BalasPadam
  3. Anonymous2:14 PTG

    relax Bro...ini ujian..moga lulus ujian dengan cemerlang

    BalasPadam
  4. Anonymous4:57 PTG

    Pasti ke lega dan dapat berehat lepas minggu kualiti tu? Mesti ada task baru nanti...-ayp-

    BalasPadam
  5. Tidak juga rehat. Ada tugas luar pula selepas ini. Awal bulan dan hujung bulan. Mungkin di tengah-tengah bulan ada yang kena buat.

    Takpe, kerja ini memang saya suka buat. Jadi tak jadi masalah sangat. Cuma penat saja.

    BalasPadam
  6. pergi bekerja a.k.a bercuti ...

    erm .. Cameron Highlands n Terengganu ...


    klu i pun nak join ... kekeke

    tp bila dipikirkan org yang terlibat ...

    tak pelah .. lain kali jerk ...
    tak der arahan suruh pergi so, duk umah jerk ...

    BalasPadam
  7. Anonymous12:02 PTG

    kerja..rehat..kerja..rehat..kerja..rehat..itu biasa..tapi kalau kerja tak rehat-rehat, itu luar biasa Bro..

    Barang diingat..'tidur itu adalah mati sementara..mati itu pulak adalah tidur selama-lamanya', Bro...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 2

Sambungan koleksi gambar MRSM Balik Pulau, circa 2003. Ini bas maktab suatu ketika dulu. Aku sudah tengok bas baru. Tapi bas lama ini sungguh manis kenangannya. Kami menyanyi gembira setelah muncul johan bolasepak under-15 dan under-18. Pergi berkelah di Batu Feringgi atau melawat Botanical Garden. Pergi trip ke MRSM Berseri dengan ditemani bumbung bas yang bocor. Ianya suatu kebanggaan dapat naik bas ini suatu ketika dahulu. Masa itu tidak semua sekolah ada bas sendiri. Jadi kira hebat la. Baru sekarang aku terperasan, bas tersebut ada iras-iras Penang Yellow Bus. Hmm... Padang. Kalau masa aku pergi tahun 2003 dahulu ada sign board tertulis, "Home of The Cougars", merujuk kepada pasukan ragbi maktab. Mungkin pada ketika itu ianya amat kuat. Memang ragbi masa zaman aku pun kuat juga, tapi tidak sehebat team bolasepak yang dibentuk sejak kami form 2. Sepanjang itu hingga ke form 5, kami tidak pernah tewas satu game pun (betul tak Carrie?). Jadi johan Under-15 dan Under-18 nege...

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 1

Malas pula hendak bercerita mengenai Homeroom. Baik aku tunjukkan koleksi gambar yang diambil pada tahun 2003 semasa reunion MRSM Balik Pulau ketika itu. Ada lagi gambar yang akan diupload kemudian nanti. Banyak. Aku fikir ada baik aku kembali kesana suatu hari nanti untuk aku ambil gambar yang lebih baik. Ini pun guna kamera digital Kodak 3.2 megapixel. Model di atas adalah Meor. Ini sebenarnya pada zaman aku dulu merupakan kaunter untuk segala pembayaran yang berkaitan dengan yuran pembelajaran maktab. Kalau tak salah aku ianya adalah sebanyak RM30 setiap bulan. Disini juga kami akan terima wang saku daripada MARA berjumlah RM25 bagi sesiapa yang layak. Segala keputusan, slip periksa dan apa saja urusan dengan pejabat, semuanya disini. Kaunter segera tepi tingkap. Ini sebenarnya pentas dalam dewan besar maktab. Aku masih ingat semasa menjadi 'sound engineer' untuk drama arahan Amron Roni. si Amron ni pernah jadi produser untuk rancangan sembang-sembang Chef Wan di TV9 tidak l...

Lagu Jahat!

Bahasa Cinta Tiada kata secantik bahasa Untuk ku puji adinda Tiada gambar secantik lukisan Nak kutunjuk perasaan O dinda puspa gemala Mengharum jiwa Hemm... Hemm Dinda puspa gemala Mestika kanda Namun musim berubah Suasana bertukar Tapi ikatan mesra Sikit pun takkan longgar Tiada kata secantik bahasa Untuk kupuji adinda P.Ramlee - Anakku Sazali ==== Simple tapi begitu indah bahasanya. Ada satu lagi. ==== Berkorban Apa Saja Berkorban apa saja Harta atau pun nyawa Itulah kasih mesra Sejati dan mulia Kepentingan sendiri Tidak diingini Bahagia kekasih Saja yang diharapi Berkorban apa saja Harta atau pun nyawa Itulah kasih mesra Sejati dan mulia hmm... hmm... hmm... Untuk menjadi bukti Kasih yang sejati Itulah tandanya Jika mahu diuji Berkorban apa saja Harta atau pun nyawa Itulah kasih mesra Sejati dan mulia P.Ramlee - Hang Tuah ==== Menarik bukan ayat dan bahasa yang digunakan dalam lirik lagu melayu lama. Tidak terlalu over dan tidak terlalu menunjuk. Ianya semudah menyatakan sebuah peng...