Semalam aku ceritakan perihal rabun warna, bukan aku mencari simpati. Aku sudah beberapa kali menceritakan perihal aku rabun warna dan apa akibatnya terhadap kehidupan seharian aku.
Tadi ada seorang rakan pejabat sms dan berkata beliau sedih dan terusik jiwa kerana keadaan aku yang rabun warna. Aku cakap tidak perlu kerana ianya sudah biasa dengan aku. Tujuan sebenarnya aku ceritakan mengenai keadaan rabun warna manusia adalah kerana ramai antara kita yang tidak sedar bahawa kita sebenarnya rabun warna. Ini terutamanya benar bagi orang lelaki. Maklumlah kita tahu ego lelaki bagaimana. Takkan mahu lelaki mengaku semudahnya bahawa dia rabun warna.
Aku akui aku rabun warna kerana ada kalanya keadaan sekeliling menjengkelkan aku. Maksudnya, orang seperti menganggap ianya tidak signifikan dan tidak penting. Well, ianya amat penting untuk orang yang rabun warna.
Contoh paling jelas adalah menggunakan lampu hijau dan merah sebagai petunjuk di banyak peralatan elektrik. Seperti pengecas bateri atau telefon. Warna merah/kuning adalah proses sedang mengecas dan warna hijau adalah proses selesai cas. Hakikatnya ramai orang yang rabun warna paling susah hendak bezakan warna merah dan hijau. Jadi, fikirkanlah situasi bila orang bagi informasi begini
"Kamu tunggu lampu tukar dari warna merah jadi hijau. Baru boleh guna."
Kesian ramai orang yang rabun warna. Ada ada beberapa pengeluar produk yang aku puji kerana membantu serba sedikit mengurangkan kekeliruan mengenai warna. Contohnya laptop yang aku guna. Warna biru menggantikan hijau sebagai warna aktif. Maknanya bila Wifi berfungsi, bateri sedang dicas dan apa saja aktiviti, warna biru bernyala. Kalau tiada aktiviti atau Wifi tidak berfungsi, warna merah yang bernyala. Aku perhatikan betul-betul dan dapati pengeluar terpaksa pasang dua lampu yang berbeza pada kedudukan yang sedikit berbeza. Itu yang aku hargai laptop Compaq ini. Mungkin pengeluar secara tidak sedar telah membantu orang rabun warna seperti aku. Mungkin juga mereka sedar dan menjalankan tanggungjawab sosial mereka.
Ada lebih baik sekiranya mahu juga warna digunakan sebagai petunjuk,
- Guna warna yang jauh berbeza seperti Merah dan Biru. Aku cadangkan biru sebagai warna aktif menggantikan hijau kerana biru dalam apa jua keadaan lebih jelas berbanding hijau (pada pandangan aku)
- Gunakan kod warna yang standard. R untuk Merah, B untuk Biru, Y untuk Kuning... Contohnya. Jadi seperti bulatan warna di bas RapidKL, perlu ditambah dengan kod warna sebegitu bagi menyenangkan orang yang rabun warna.
- Begitu juga seperti contoh kod warna jualan di Jusco. Aku selalu keliru untuk membezakan purple dan biru. Peratus diskaun juga berbeza untuk kedua-dua warna tersebut. Ada baiknya kod warna dalam bentuk huruf digunakan dan diletakkan di atas kod warna sebagai membantu orang yang rabun warna.
- Standardkan semua kod warna pada label pakaian dan aku juga cadangkan bahawa setiap label tetap pada pakaian mempunya kod warna yang standard, mungkin boleh dijadikan standard antarabangsa. Jadi tidaklah kita dengar orang rabun warna terpaksa letak sticky note di pakaiannya supaya senang dia hendak match warna baju dengan seluar atau apa saja.
- Menggunakan warna primary sebagai petunjuk (jika berkeras juga mahu guna warna).
Ini bukan proses mencari simpati, tetapi lebih bersifat memberi kesedaran. Rabun warna bukanlah penyakit dan ianya tidak berjangkit. Ianya adalah kecacatan semulajadi sejak dari lahir. Jadi, dari kita memperlekehkan orang-orang yang rabun warna, ada baik kita bantu. Dapat juga pahala. Sebab itu aku berkeras untuk kerja sebagai designer walaupun aku rabun warna. Kenapa? Kerana orang rabun warna seperti aku juga boleh hasilkan sesuatu karya yang baik jika berusaha. Cuma kekurangan aku adalah aku tidak mahir untuk mengenal warna berbanding orang lain. Itu saja.
Jadi bila mahu aku buat sesuatu design, guna kaedah yang betul. Jangan minta seperti ini,
"Idan, saya mahu warna seperti oren padang pasir..." (aku cuma lihat hijau saja...) atau
"Idan, tolong design kad kahwin untuk aku. Tema warna adalah hijau turquoise" (ya, hijau adalah hijau semata-mata bagi aku...) atau
"Idan, kalau guna warna purple pada banner tu cantik kan. Sebab warna tema U kami pun purple" (aku nampak macam merah/pink...) - korang cari la Universiti mana di KL ni guna Purple sebagai warna tema.
Datang, bawa sample dan lebih baik kalau ada softcopy supaya aku boleh pick-up color code dengan tools aku. Macam demanding pula ya... Tapi sudah masalah aku begitu.
Seperti semasa beli baju kemeja dengan seorang rakan tadi,
"Warna apa baju ni?"
"Hijau macam nak biru..."
Entah, aku nampak kelabu je...
Kalau kamu mahu lihat bagaimana penggunaan warna yang sesuai untuk orang yang rabun warna, kamu lihat slide presentation yang aku buat. Aku akan pilih warna yang paling kontra antara warna latar belakang dan warna depan. Kalau kamu sakit mata kerana buruknya warna yang aku guna, kamu perlu sedar bahawa itulah campuran warna terbaik yang sesuai untuk digunakan oleh ramai orang (tidak semua ye sebab ada orang yang rabun warna kronik dan tidak dapat bezakan hampir semua warna).
Jadi, jangan tumpang sedih terhadap aku. Aku tidak rayu simpati. :-)
Assalamualaikum Cik Idan.
BalasPadamTerima kasih di atas ucap selamat hari jadi yang awak berikan tempohari di blog saya. I do really appreciate it and it make me smiles throughout the day.
Salam dari saya dan suami.
-Ain
Ain ni kekasih lama ke??
BalasPadamEh? Bukanlah. Kenalan lama. Masa kenal dia pun dia dah kawin. :-)
BalasPadamSedih mungkin tidak...rasa simpati itu lumrah....tapi ini sebenarnya cabaran kepada saintis untuk kaji puncanya..dan sediakan ubat atau alat khas untuk atasinya...
BalasPadam