Maaf lama tidak menulis.
Sebenar aku tidak perlu mohon kerana ini blog aku. Tapi biar aku mohon maaf juga kerana aku sedari ada yang menunggu. Aku tidak suka membuat orang menunggu. Seperti aku tidak suka menunggu orang kalau sudah berjanji walau hakikatnya aku tidak peduli sangat.
Bila difikirkan balik, aku agak selalu tepati masa. Malah aku selalu mahu sampai lebih awal. Kalau ke pejabat, aku lebih suka keluar awal dan tiba awal di pejabat. 10 minit lebih awal. Aku takkan senang hati kalau aku bergerak lambat ke destinasi. Melainkan aku sudah set dalam kepala bahawa destinasi aku adalah santai, jadi aku tidak perlu rigid dengan masa.
Aku set 3 masa jam berbunyi di waktu pagi; 6.30 pagi, 6.45 pagi dan 7.00 pagi, setiap hari. Selalunya, 6.25 pagi aku sudah terjaga. Loceng belum berbunyi. Aku cuma akan terlewat bila aku tidur jam 4.00 pagi untuk bangun 6.30 pagi... Biasalah, kerja bodoh.
Kalau berjalan-jalan, setiap dua tiga minit, aku akan lihat waktu di telefon bimbit atau jam tangan. Entah kenapa. Cuma bila dalam kedai buku, aku akan leka tidak mengira masa. Aku habiskan masa yang lama dalam kedai buku.
Aku bukan orang yang berdisiplin. Itu realiti. Aku tidak suka langsung dengan aktiviti badan beruniform, jauh sekali menyertainya. Aku cuma pernah sertai Kadet Udara semasa di MRSM Balik Pulau dulu. Itu pun kerana minat aku kepada jet-jet pejuang. Ketika aku belajar silat, aku selalu ponteng kerana aku tidak suka terikat dengan peraturan dan arahan-arahan yang diberikan oleh guru silat (student juga). Kalau di pejabat, aku lebih suka memakai sandal Crocs sepanjang masa melainkan aku keluar dari pejabat dan ke bahagian lain atau berjumpa bos. Aku akan pakai kasut. Malah kalau di kubikel dan berhampiran dengannya, aku lebih suka berkaki ayam. Memang tidak sesuai semasa bekerja di pejabat tapi itulah aku, memang tidak suka untuk berdisiplin. Aku sebenarnya, tidak suka terikat dengan peraturan.
Jadi, agak pelik bila aku suka tepati masa tetapi tidak berminat untuk terikat dengan peraturan.
Jadi, sekali lagi, mohon maaf kerana sudah lama tidak menulis. Sebab? Agak sibuk dengan kerja dan kepenatan.
Terima kasih kembali menulis. Baru sebentar tadi saya beli komik Archie n friends sbg bahan bacaan gantian. - aku yang pemalu yang juga malas cari bahan bacaan kecuali yang disogok didepan mata...
BalasPadam