Langkau ke kandungan utama

Ketuhar Gelombang Mikro Dan Bantal Peluk

Kononnya keluar mencari ketuhar gelombang mikro. Rasanya sudah lebih 5 tahun aku mengidam untuk membeli sebuah ketuhar gelombang mikro. Lama tu. Jadi, tadi aku bersiar-siar di Jusco Cheras Selatan. Aku sebenarnya mencari model Samsung yang aku lihat di Jusco Equine Park tempohari. Aku sepatutnya sudah beli namun stok pula kehabisan. Model tersebut ada di Cheras Selatan. Kemudian aku berfikir balik.

Kenapa aku perlu beli sedang dalam sebulan, sekali pun susah untuk aku masak di rumah? Lagi pun, kalau aku beli, sudah pasti aku akan guna untuk panaskan makanan, waktu malam. Aku sudah bertekad takkan makan selepas jam 9.00 malam. 8.59 malam masih boleh (apa yang boleh kita makan dalam masa 1 minit?). Jadi aku tangguhkan dulu hasrat aku. Bukan aku berkira dengan duit, tapi aku berkira dengan nafsu.

Bila sudah ada ketuhar, aku akan beli pizza sejuk beku yang selalu aku belek di Jusco. Aku akan masak dan akan makan sehingga puas. Begitu juga dengan banyak makanan sejuk beku (beku sejuk?) lain.

Ish, bukanlah ekstrem sangat diet aku. Sekali sekala aku akan makan nasi. Cuma, lebih jarang berbanding dulu. Aku masih makan fast food, cuma aku tak makan burger dan ayam goreng. Aku makan nugget. Kecuali di Carl's Jr. atau Burger King (nasib baik kedua-dua restoran tersebut tiada di Equine Park). Aku sebenarnya hanya kurangkan kuantiti makanan yang aku ambil. Itu saja. Kalau lapar sangat tengah malam, aku samada minum air kosong, minum sup cendawan Campbell's atau tidur. Jadi berat aku sebenarnya tidak turun mendadak. Untuk turun setengah kilo mungkin mengambil masa lebih seminggu. Kalau bulan puasa dulu, aku boleh lakukannya dalam masa 2 - 3 hari saja. Tapi, sekarang bukan bulan puasa dan hasutan makan itu adalah banyak.

Aku rasa aku banyak juga menyinggung perasaan orang dengan tabiat aku kurang makan ini. Apabila berkunjung ke majlis rumah terbuka, aku tidak menjamah nasi. Masalahnya kebanyakkan dari mereka menghidangkan nasi ayam. Sudahlah aku memang kurang makan nasi, aku juga tidak berapa suka nasi ayam. Jadi, bertambah pasif aku dengan undangan untuk makan nasi. Akhirnya aku cuma makan kuih dan minum saja. Kecuali bila rumah terbuka tersebut ada laksa atau mee. Itu aku makan. Jadi aku minta maaf atas sikap aku (aku rasa tak berbaloi mohon maaf sini kerana pastinya mereka tidak baca blog ini). 

Berbalik dengan ketuhar tadi. Rasanya aku akan beli juga. Tapi jenama yang lebih murah, mungkin. Aku tidak kisah kerana aku jarang guna dan aku agak cermat dengan barang elektrik yang ada. Aku cuma risaukan rakan rumah lain yang mungkin tidak secermat aku bila menggunakannya. Itu yang merisaukan aku.

Akhirnya tadi aku beli sebuah bantal peluk (juga benda yang sudah lama aku hendak beli). Aku mencari beg laptop. Tapi masih belum bertemu dengan yang berkenan di hati. Haritu tengok jenama Golla (ini si Melur punya pasal). Cantik tapi rasanya kurang sesuai untuk orang lelaki. Nantilah, tapi aku mesti beli sebelum hujung minggu ini. Jumaat (atau Khamis? Aku sudah lupa) nanti aku perlu guna untuk pergi ke Port Dickson. Ada bengkel di sana hingga hujung minggu. Mungkin di Regency Tanjung Tuan. Aku suka suasana di situ terutama sewaktu menjelang senja. Gambar ucapan hari raya online aku tempohari hari di ambil dari beranda hotel tersebut awal tahun ini. Jadi kali ini aku ada peluang lagi untuk mengambil gambar sunset. InsyaAllah.

Oh, sekarang aku sudah ada koleksi gambar dari kamera telefon. Mungkin aku akan upload di sini juga. Tunggulah ye.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 2

Sambungan koleksi gambar MRSM Balik Pulau, circa 2003. Ini bas maktab suatu ketika dulu. Aku sudah tengok bas baru. Tapi bas lama ini sungguh manis kenangannya. Kami menyanyi gembira setelah muncul johan bolasepak under-15 dan under-18. Pergi berkelah di Batu Feringgi atau melawat Botanical Garden. Pergi trip ke MRSM Berseri dengan ditemani bumbung bas yang bocor. Ianya suatu kebanggaan dapat naik bas ini suatu ketika dahulu. Masa itu tidak semua sekolah ada bas sendiri. Jadi kira hebat la. Baru sekarang aku terperasan, bas tersebut ada iras-iras Penang Yellow Bus. Hmm... Padang. Kalau masa aku pergi tahun 2003 dahulu ada sign board tertulis, "Home of The Cougars", merujuk kepada pasukan ragbi maktab. Mungkin pada ketika itu ianya amat kuat. Memang ragbi masa zaman aku pun kuat juga, tapi tidak sehebat team bolasepak yang dibentuk sejak kami form 2. Sepanjang itu hingga ke form 5, kami tidak pernah tewas satu game pun (betul tak Carrie?). Jadi johan Under-15 dan Under-18 nege...

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 1

Malas pula hendak bercerita mengenai Homeroom. Baik aku tunjukkan koleksi gambar yang diambil pada tahun 2003 semasa reunion MRSM Balik Pulau ketika itu. Ada lagi gambar yang akan diupload kemudian nanti. Banyak. Aku fikir ada baik aku kembali kesana suatu hari nanti untuk aku ambil gambar yang lebih baik. Ini pun guna kamera digital Kodak 3.2 megapixel. Model di atas adalah Meor. Ini sebenarnya pada zaman aku dulu merupakan kaunter untuk segala pembayaran yang berkaitan dengan yuran pembelajaran maktab. Kalau tak salah aku ianya adalah sebanyak RM30 setiap bulan. Disini juga kami akan terima wang saku daripada MARA berjumlah RM25 bagi sesiapa yang layak. Segala keputusan, slip periksa dan apa saja urusan dengan pejabat, semuanya disini. Kaunter segera tepi tingkap. Ini sebenarnya pentas dalam dewan besar maktab. Aku masih ingat semasa menjadi 'sound engineer' untuk drama arahan Amron Roni. si Amron ni pernah jadi produser untuk rancangan sembang-sembang Chef Wan di TV9 tidak l...

Lagu Jahat!

Bahasa Cinta Tiada kata secantik bahasa Untuk ku puji adinda Tiada gambar secantik lukisan Nak kutunjuk perasaan O dinda puspa gemala Mengharum jiwa Hemm... Hemm Dinda puspa gemala Mestika kanda Namun musim berubah Suasana bertukar Tapi ikatan mesra Sikit pun takkan longgar Tiada kata secantik bahasa Untuk kupuji adinda P.Ramlee - Anakku Sazali ==== Simple tapi begitu indah bahasanya. Ada satu lagi. ==== Berkorban Apa Saja Berkorban apa saja Harta atau pun nyawa Itulah kasih mesra Sejati dan mulia Kepentingan sendiri Tidak diingini Bahagia kekasih Saja yang diharapi Berkorban apa saja Harta atau pun nyawa Itulah kasih mesra Sejati dan mulia hmm... hmm... hmm... Untuk menjadi bukti Kasih yang sejati Itulah tandanya Jika mahu diuji Berkorban apa saja Harta atau pun nyawa Itulah kasih mesra Sejati dan mulia P.Ramlee - Hang Tuah ==== Menarik bukan ayat dan bahasa yang digunakan dalam lirik lagu melayu lama. Tidak terlalu over dan tidak terlalu menunjuk. Ianya semudah menyatakan sebuah peng...