Langkau ke kandungan utama

Mengenai Laman Web MRSM Balik Pulau

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430.

Selesai aku menonton Remember The Titans tadi, aku terfikirkan sesuatu. Pada tahun 1990 dan 1992, MRSM Balik Pulau pernah menjadi johan pertandingan bola sepak antara sekolah di Pulau Pinang untuk peringkat umur bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun. Begitu hebat pasukan bola sepak MRSM BP ketika itu hingga amat disegani di Pulau Pinang. Seingat aku, sepanjang musim pertandingan bawah umur 15 tahun pada tahun 1990, MRSM BP menang semua perlawanan hingga ke perlawanan akhir. Itu mungkin suatu rekod, aku tidak pasti. Kemudian pasukan yang sama mengulangi kehebatan mereka pada peringkat umur bawah 18 tahun, dua tahun kemudian. Memang hebat.

Cuma, bila aku pergi mengunjungi laman web MRSM Balik Pulau, tiada semua maklumat itu. Agaknya maklumat sebegitu tidak penting seperti maklumat akademik; keputusan peperiksaan, jadual peperiksaan dan segalanya yang mengenai akademik. Jadi, apa motif diadakan pertandingan sukan antara sekolah dan dihantar pasukan untuk bertanding? Sekarang memenuhi syarat? Atau sekadar memberi ruang untuk pelajar bersukan?

T.C.Williams High School yang digambarkan dalam filem Remember The Titans begitu bangga dengan kehebatan pasukan American Football mereka pada tahun 1971 sehingga nama Gerry Bertier, ketua pasukan diabadikan sebagai nama dewan sukan di sekolah tersebut. Cuba beritahu aku, berapa banyak nama dewan sekolah di Malaysia ini diberikan sempena nama bekas ahli sukan yang pernah mengharumkan nama sekolah mereka? Kalau ada bekas pelajar yang diabadikan nama di sekolah mereka, kemungkinan besar kerana pengaruh politik mereka. Itu saja. Politik akan memberi nama ke atas apa saja. Sukan? Jangan harap.

Jadi, jangan haraplah kamu hendak dengar Dewan Besar MRSM BP itu ditukar nama kepada Dewan Jamal Khir atau Dewan Hadzrie Khan atau Dewan Hizaruddin Hassan. Hehehe... Jangan harap. Melainkan kamu jadi ahli politik yang hebat, sekurang-kurangnya taraf menteri. Kerana itu realitinya di Malaysia ini. Sedang rakyat Malaysia ini umumnya sukakan hiburan dan sukan, ahli politik sajalah yang sebenarnya mendapat nama dalam bidang sukan. Agak pelik. 

Berbalik kepada laman web MRSM BP. Bagi aku ianya adalah laman web yang mengecewakan. Tiada momento untuk pelajar lama disitu. Jangan harap. Sedang dalam perpustakaan aku pasti banyak rekod-rekod mengenai peristiwa lama di maktab tersimpan, tetapi tiada usaha untuk dipaparkan di laman web berkenaan. Ianya terlalu akademik hingga membosankan. Perkara pertama yang terpapar di laman web berkenaan adalah jadual persekolahan, jadual pendaftaran pelajar baru dan juga jadual serta keputusan peperiksaan. Akademik semata-mata. Aku juga tidak faham apa motif meletakkan gambar sekumpulan ahli kadet laut sebagai gambar depan laman web maktab? MRSM BP bukan sekolah dibawah Kementerian Pertahanan!

Aku hendak sangat tengok kalau mereka berani letak slogan yang ada di satu papan tanda di tepi padang maktab,

"Home of The Cougars"

Takkan mungkin kot. Atau sekurang-kurangnya ada sudut peristiwa yang memaparkan kehebatan MRSM BP dulu hingga sekarang. Barulah nampak menarik. Sedikit...

Ulasan

  1. bernas... tapi mungkin masanya untuk persatuan bekas pelajar terbabit (ansarabp) yang baru ni menyambut jubli perak mrsmbp perlu lebih aktif untuk menjuarakan aktiviti-aktiviti susulan, bukan takat buat reunion, makan-makan berhibur dan kemudian bawa diri masing2.

    jangan la harap staf2 atau student2 semasa je nak buat kerja sebab depa tak lama dok situ. lepas habis belajar atau pindah kerja, habis la. tapi bekas pelajar selamanya terus ada ikatan, dan patut senantiasa menggahkan sekolah tu. tengok la macam mcoba atau free school. mungkin mrsmbp tak setua sekolah2 yang dua tu, tapi, tak salah kalau mula awal...

    BalasPadam
  2. Anonymous9:02 PG

    salam..
    apa yang saudara tulis telah saya baca, dan ada kebenarannya, maaf kalau agak keterlaluan, tapi saya sudah agak bosan untuk membaca pandangan seperti ini. Saudara perlu maklum laman web yg saudara lihat itu mmg untuk kegunaan akedmik.. mungkin mereka perlu patut kepada garis panduan yg telah ditetapkan.
    apa kata kalau saudara membuat blog atau laman web untuk ansara/bekas pelajar mrsm dan link/paut kan kepada laman web yg sedia ada...
    adalah lebih baik melakukan dari mngulas, dan lebih baik bertindak dari mengharapkan :)...kerana saya pasti semua warga mrsm bp sama ada yang akan datang, semasa mahupun telah lepas...bersetuju dgn saudara cuma masing masing ada halangan mereka tersendiri :)

    BalasPadam
  3. Idan.. takkan nak letak nama guitaris Jamal Khir kat Dewan kut hehehehe

    BalasPadam
  4. Anonymous10:27 PTG

    Assalamulaikum wbh.
    Saudara,
    Zaman dah berlalu. Seperti yang ada di tepi padang yang diletakkan oleh cikgu Mail"Home of The Cougars". Sukan elit di MRSMBP ialah ragbi. Harap maklum. Baru-baru team bwh15 tahun tetapi form 2 n form 1 (form 3 belum ada) mewakili Penang Champion School di Kelantan. Team lain SDAR,SMS,Alam Syah semua mendapat sokongan kuat drp Alumni masing-masing. Mana Ansarabp?. Piala ANSARA tahun ni pun sama. Mana korang. Ansara lain ada le juga support makan, air, korang? Lagi satu Gambar kadet Navy tu sebab kadet tu aktif dan banyak menempa kejayaan. Rajin-rajinlah berhubung dengan pihak maktab kalau nak tahu perkembangan.

    BalasPadam
  5. Anonymous11:59 PG

    Wahai saudara-saudari MARESMABP seperjuanganku, realitinya lebih mendukacitakan betul tak? Idan, bukan setakat sukan sahaja, dari segi pertandingan esei sains, spelling bee, dan entah apa-apa pertandingan kenapa tidak ada hadiah yang lebih bermakna seperti tanam pokok yang ada nama pemenang tersebut ;D Bukan kita nak sangat nama tu tapi kenangan dan jasa serta pahala itu akan sampai bila-bila pun diingati. lagi satu kepada semua yang dapat "kerja bakti" kepada MARESMABP niatkanlah kerana allah taala.. bukan apa masa tu kita masih cetek pemikiran. bila dah tua nie baru teringat yang dulu kita sama-sama cabut pokok temucut kat padang, buat line balapan, line padang bola, mengangkat pasir untuk tapak lompat jauh, sama-sama angkat keta cikgu letak kat padang ;D turun & lepak kat georgetown dengan cara gerila.. cuma nak membeli ubat gigi & pen/pensil baru sebab lusa nak exam.. banyak la kenangan lama...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anonymous4:05 PTG

      cadangan aku,jika sesiapa ada rekod kejayaan seperti gambar2 dan sedikit sinopsis kejayaan itu bolehlah email kepada admin web berkenaan (mrsmbp). bolehlah mohon admin buatkan galeri kejayaan ka.. memori manis ka.. alumni sumber inspirasi ka..sebabnya, admin sekarang mana depa tau sejarah dulu yang setiap tahun berbeza. library pun bukan tentu ada semua rekod. kalu ada pun tak detail. sesetengahnya bagi depa tak penting dan depa pun terlepas pandang. kalau tuan punya diri yang terlibat tu boleh tulis sendiri, lagi berkesan penghayatannya. saudara Idan pun menulis dengan amat berkesan hingga saya kagum dengan team bola sepak tersebut. terus terang saya pun dari batch idan tapi minta maaf saya pun tak berapa alert dengan kejayaan korang masa tu sebab saya tak minat bola. kalau saya yang sezaman pun tak perasan apatah lagi admin yang dah dua puluh tahun jarak masanya dengan kita. jadi instead of kecewa dengan web tu, mari la kita sama-sama memartabatkannya dengan apa cara yang kita mampu.

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 1

Malas pula hendak bercerita mengenai Homeroom. Baik aku tunjukkan koleksi gambar yang diambil pada tahun 2003 semasa reunion MRSM Balik Pulau ketika itu. Ada lagi gambar yang akan diupload kemudian nanti. Banyak. Aku fikir ada baik aku kembali kesana suatu hari nanti untuk aku ambil gambar yang lebih baik. Ini pun guna kamera digital Kodak 3.2 megapixel. Model di atas adalah Meor. Ini sebenarnya pada zaman aku dulu merupakan kaunter untuk segala pembayaran yang berkaitan dengan yuran pembelajaran maktab. Kalau tak salah aku ianya adalah sebanyak RM30 setiap bulan. Disini juga kami akan terima wang saku daripada MARA berjumlah RM25 bagi sesiapa yang layak. Segala keputusan, slip periksa dan apa saja urusan dengan pejabat, semuanya disini. Kaunter segera tepi tingkap. Ini sebenarnya pentas dalam dewan besar maktab. Aku masih ingat semasa menjadi 'sound engineer' untuk drama arahan Amron Roni. si Amron ni pernah jadi produser untuk rancangan sembang-sembang Chef Wan di TV9 tidak l

Cikgu Zul & SmartLearning

Cikgu Zul Kawan-kawan MRSM Balik Pulau hingga 1991, siapa pernah kenal dengan Cikgu Zulkifli Kassim (Cikgu Zul)? Beliau adalah antara pelopor SmartLearning di Malaysia suatu ketika dahulu dan aku adalah antara pelajar-pelajar yang bertuah dapat mempelajarinya dari pakar SmartLearning sendiri. Ada dua tiga orang lagi tenaga pengajar SmartLearning tapi aku sudah lupa nama mereka. Tapi aku sentiasa ingat Cikgu Zul. Berbadan besar tapi lembut tutur kata. Kali terakhir sebelum dia meletak jawatan sebagai guru di MRSM Balik Pulau, dia guna kereta Mitsubishi Galant besar. Pada masa pelajar lain sibuk dengan kaedah belajar biasa, kami di MRSM Balik Pulau sudah pun dilatih menggunakan kaedah SmartLearning; kaedah peta minda, kaedah study smart dan banyak kaedah-kaedah yang kalau masa sekarang, orang nampak biasa. Ya, aku ingat apabila aku ke UiTM (masa tu ITM) dan melukis awan-awan (peta minda) sebagai nota, member-member nampak pelik. Mereka fikir aku sedang buat ajaran sesat. Sebentar tadi ak

Mahu Beli Kamera DSLR? Baca Sini Dulu

Kebelakangan ini aku ditanya oleh beberapa orang rakan mengenai kamera DSLR (digital single-lense reflex). Seperti kamu sendiri sedia maklum, kamera DSLR adalah gajet terkini yang 'perlu' dimiliki. Orang ramai sudah tidak memandang kepada kamera digital biasa, sebaliknya terus ingin membeli DSLR. Mungkin kerana kamera DSLR yang tergantung di leher adalah cool atau pemilik itu benar-benar minat dengan fotografi, tidak dinafikan kamera DSLR semakin menarik minat ramai orang. Dulu, memang agak sukar untuk temui orang di sana sini memegang atau menggantung di leher sebuah kamera SLR yang besar 'gedabak'. Orang lebih selesa dengan kamera digital biasa yang boleh disimpan di dalam poket atau sarung. Ringan dan mudah. Tetapi mungkin kerana terdapat batasan keupayaan kamera digital biasa, maka DSLR sekarang semakin banyak kelihatan di tangan orang ramai. Satu lagi punca paling jelas, sebuah kamera DSLR sekarang boleh dimiliki dengan harga kurang RM2000. Model asas seperti Canon