Siang tadi berbual-bual dengan Asyikin di YMS. Dia mengingatkan mengenai emel-emel yang pernah aku kirim kepadanya sejak awal 2002 dulu. Sudah begitu lama.
Aku mengenali Asyikin pada malam Valentine's Day 2002 dan soalan yang awal dia tanya kepada aku adalah samada aku keluar dengan sesiapa pada hari Valentine. Begitulah bermula aku mengenali My Muse.
Dia baru tamat SPM dan menunggu keputusan peperiksaan. Aku masih terkial-kial dengan hidup dan bekerja di sebuah CyberCafe di Kuala Kangsar. Gambar pertama dia yang aku perolehi adalah ini,
Dan gambar terbarunya yang aku sendiri rakamkan adalah ini,
Gambar di hari perkahwinan beliau tahun lepas.
Menjelang 14 Februari ini, genap 7 tahun perkenalan kami. Aku katakan kepada Asyikin aku kenal dia dari lepas sekolah sehingga dia sudah berkahwin sedang aku masih di tempat yang sama.
Siapa yang tidak sukakan orang yang sangat-sangat menghargai diri kita. Walau aku hadiahkan dia sekeping CD kecil berisi ucapan (berbentuk Flash buatan sendiri), gembira dirinya nampak begitu jelas dan jujur.
Aku katakan lagi, aku mahu lihat apa yang akan berlaku 7 tahun dari sekarang.
Balas Asyikin mudah; aku dan anak-anak aku dan bahagia.
Ye lah tu.
Apa-apa pun, waktu kalian gembira menyambut hari kekasih di 14 Februari nanti, aku pula bahagia menyambut ulang tahun ke-7 perkenalan aku dengan Muse aku, Asyikin.
Terima Kasih untuk 7 tahun yang indah.
sudah la bro. dia dah nikah.tinggal kenangan saja. mana tau klu laki dia tgok marah la pulak.
BalasPadamHah? Siapa pulak ni?
BalasPadamaku kenal asyikin dari tulisan tulisan bro ni. gitu jugak flash animation tentang asyikin ni, asyikin yang aku kenal sangat 'indah' dan menarik untuk dikenali
BalasPadam