2.46 pagi dan masih berjaga.
3.00 pagi nanti pun masih belum tentu tidur.
6.30 pagi nanti pasti akan tersedar bila penggera di telefon bimbit berbunyi.
7.00 pagi barulah aku mandi dan bersiap untuk ke pejabat.
7.25 pagi di dalam kereta menunggu enjin panas. Amat jarang aku tunggu.
7.50 pagi tiba di pejabat, punch card (lebih berupa touch-in guna MyKad). On iMac. Turun ke kafe mencari karipap panas (memang panas) dan teh tarik (sekali sekala).
8.30 pagi masih surfing internet membaca berita semasa.
10.00 pagi melilau dan mamai akibat mengantuk yang amat sangat.
12.00 tengahari menjadi waktu sibuk menyiapkan kerja yang kebanyakkannya kerja ad-hoc.
1.00 tengahari dan aku masih di meja menyiap kerja selagi mood masih ada dalam keadaan mengantuk.
1.30 tengahari barulah aku turun ke kafe mencari makanan atau minuman. Biasanya balik dengan tangan kosong. Aku mahu sushi, mungkin.
2.00 petang dan aku sudah lama berada di meja mengadap iMac sambil membaca berita semasa.
4.30 petang, mengantuk sudah mencapai tahap paling maksima dan idea mencurah-curah datang di kepala.
5.00 petang dan sedikit demi sedikit rakan sekerja pulang ke rumah. Aku masih di meja dan asyik dengan kerja.
5.30 petang barulah terasa hendak balik tetapi masih tidak mahu kerana pastinya akan aku tempuhi jam pada waktu ini.
6.30 petang adalah waktu paling awal aku bergerak pulang.
7.00 petang kalau aku mahu balik agak lewat.
8.00 malam dan aku di hadapan laptop di atas tilam sambil membaca segala blog, laman web dan berita yang biasa aku singgah di internet.
11.59 malam barulah aku tersedar yang aku masih belum mandi selepas balik kerja dan pakaian untuk esok belum bergosok.
12.45 tengah malam baru aku selesai melakukan semua di atas pada 11.59 malam.
1.30 pagi aku masih membaca beberapa blog yang selalu update lewat malam.
2.00 pagi barulah aku update blog sendiri.
2.46 pagi dan aku masih berjaga...
Insomnia sebenarnya orang yg takleh tido langsung atau orang yang tak boleh tido waktu malam, ye?
BalasPadamHmmm...
bro x solat ke?
BalasPadamPerlu cerita semua ke?
BalasPadamSaya rasa dalam bangsa kita masih ada malu tak bertempat. Malu nak bubuh nama takut orang cari dan nilai dia pulak kot?
BalasPadamEh,itu bukan pemalu... itu penakut.
Pernah dengar ayat ni tak?
"Lempar batu sembunyi tangan."
Orang kita sentiasa mahu jadi lebih dari orang lain. Itu masalahnya dan mereka akan sentiasa nampak kekurangan di pihak yang lain.
BalasPadamMaka, soalan sebegitu akan pasti sentiasa ditanya.
Bila kita jawab begini, mereka kemudiannya akan kata kita bongkak, tidak boleh terima nasihat dan dan lain-lain lagi sifat negatif yang sering kita fikirkan.
Masalahnya, apa salah bertanya, bukan? Itu saja mungkin kehendak dia. Cuma, harapnya mereka lebih pandai menilai penulisan sebegini daripada terus membuat kesimpulan.
Kalau masih tidak faham, maknanya selepas ini aku perlu masukkan juga perihal berus gigi, pakai baju, berdoa, buka pintu kereta, menulis di meja dan menaip baris-baris ini. Lebih detail dan supaya orang akan cakap...
"oooo... macamni hidup dia."
Sedang itu bukan perkara pokok yang hendak aku ceritakan.