Seorang housemate agak pelik. Aku tidak tahu sama ada perbuatannya itu adalah kerana ignorant atau semata-mata refleks semulajadi dia sendiri.
Malam seperti begini biasanya lampu dan kipas di ruang tamu akan ditutup kerana masing-masing berada di dalam bilik, sama ada surfing internet, menonton movie atau tidur.
Dia, setiap kali keluar dari bilik, mungkin untuk ke tandas atau sengaja keluar tanpa sebab, pasti akan pasang lampu dan kipas di ruang tamu kemudian masuk kembali ke bilik meninggalkan lampu dan kipas terpasang tanpa sesiapa di ruang tamu. Setiap kali begitu, biasanya aku akan keluar menutup balik suis sambil menyumpah seranah perbuatan dia.
Pernah aku tegur beberapa kali perbuatan dia dan soalan paling selalu keluar,
"Engkau ni apa motif pasang kipas dan lampu depan, lepas tu tinggalkan terpasang?"
Kalau kamu lihat riak muka dia ketika itu, kamu akan andaikan dua perkara. Pertama, dia blur habis seperti dia tidak pasti apa yang sudah berlaku. Atau dia buat tak kisah seperti tiada apa yang berlaku.
Pernah tegaskan agar jangan membazir. Mungkin kerana pendapatan bulanannya lebih RM5,000, elektrik sebulan RM20 bagi dia tidak sebanyak mana. Aku pun tidak berkira sangat tapi ikut logiklah. Apa kes keluar bilik, pasang suis kipas dan lampu ruang tamu kemudian masuk balik bilik tanpa menutup suis tersebut? Kalau dia pasang kemudian duduk seketika, tidak mengapa. Ini tidak, keluar bilik, pasang suis. Masuk kembali ke bilik.
Apa kes?
Entah. Kadang-kadang aku tak faham housemate aku seorang ni. Kerja di bank terkemuka dalam bahagian IT. Tapi dia adalah penyokong fanatik UMNO dan BN hingga tiada ayat lain lebih selesa di ungkap setiap kali mendengar berita mengenai pemimpin parti pembangkang di peti TV,
"Tangkap je semua dan humban dalam penjara. Senang sikit."
Atau...
"Tembak je bagi mati."
Pelik juga kenyataan ini keluar dari seorang pakar IT lulusan universiti terkemuka. Pelik juga memikirkan pandangan chauvinis dia dan reaksinya apabila melihat perempuan berbikini; seperti tidak pernah tengok perempuan. Aku bukan mengutuk. Aku cuma mengkaji profil manusia. Kenapa ada manusia bersikap begitu kontra dengan latar belakang normal seorang lulusan universiti terkemuka dan bekerja di sebuah bank dalam bidang IT. Macam tak masuk akal tapi itulah realiti sahabat sebumbung aku.
Aku pasti, tidak lama selepas aku selesai menulis ini, dia akan keluar dari bilik dan terus pasang suis kipas dan lampu di ruang tamu sebelum kembali beredar ke bilik senddiri.
Aku seperti terbayangkan seekor anjing yang mendengar loceng untuk mendapatkan makanan. Boleh ke manusia juga di pengaruhi sebegitu rupa?
Maaf, sekali lagi. Ini bukan ceritam mengutuk. Ini lebih bersifat evaluasi individu yang kita kenal. Sifat dan cara berfikir serta tindakan separa sedang yang sering dia lakukan sentiasa menarik minat aku. Mungkin aku boleh cuba ini. Aku boleh cuba matikan aliran elektrik ke kipas dan lampu di ruang tamu dan lihat apa yang berlaku. Adakah dia akan terus cuba memasang lampu dan kipas tersebut?
Menarik tetapi pelik.
pasal lampu tu, mungkin dia takut gelap. dan mungkin juga dia pelupa.
BalasPadamkata kat dia "ooo...ko takut gelap ye?" mesti dia malu dan rasa tak macho pasal takut gelap.
kelulusan akademik tidak mencerminkan personaliti. mungkin semasa di uni dia bergaul dengan golongan fanatik politik yg membentuk cara dia berfikir sehingga sekarang.
kalau maki hamun tak berkesan, suruh saja dia bayar lebih untuk bil elektrik.
katakan pada dia, "kau salah sorang penyebab pemanasan global.kasihan penguin yg comel di kutub utara tu tak ada tempat tinggal. kau nak amik sekor jadi anak angkat ke?"
hehehe
(sekadar memberi cadangan huhuhu)
Penguin ada di kutub utara ye? Lupa dah.
BalasPadamMasalahnya walaupun bil sebenar RM20, bil kertas dapat dari TNB cuma RM3 sebulan. Pelik? Sebab bil sebenar dicas ke rumah sebelah yang kosong. Hairan juga tuan rumah tu rajin bayar bil. Jadi kami cuma bayar RM3 je. Itu pun tak bayar juga.
Kenapa cas rumah sebelah? Sama ada tukang pasang kabel bodoh atau TNB sendiri yang sasau.