Langkau ke kandungan utama

Kerana Bosan, Aku Lakukan Ini

Sepanjang hari siang tadi aku dalam keadaan resah dan rimas. Tidak tahu arah mana hendak berpaling kerana di mana saja, aku akan dapat melihat bosan.

Selesai kerja, aku terus bergegas keluar dari pejabat. Cuaca hari ini cantik dan aku mahu cari ketenangan. Aku capai kamera dan menuju ke pusat reakreasi air Putrajaya. Hasilnya begini;












Kalau sekali pandang, kamu takkan terfikir ianya adalah di Putrajaya. Sungguh cantik dan menarik. Bila aku sampai di situ, aku berseorangan mengambil gambar sekitar kawasan tersebut. Tidak lama kemudian, aku lihat ada tiga pasangan yang sedang membuat sesi fotografi perkahwinan mereka. Sekaligus! Pelbagai aksi aku lihat (kamu tengok sendiri gambar akhir atas).

Lalu aku beredar dari situ. Aku tidak mahu ganggu suasana mereka. Aku memandu pulang. Namun sempat juga aku berhenti dan mengambil shot di bawah secara kebetulan. Matahari sedang berlabuh. Sungguh indah.


Tidak jauh di hadapan, ada taman mini. Aku nampak deretan pokok di bawah dan aku bayangkan bila pokok-pokok ini besar kelak. Pasti akan menjadi sehebat pokok angsana di Taman Tasik Taiping yang amat popular dalam filem Sepi.


Aku dan kereta kecil aku. Kemana aku pergi, dia akan ikut. Sekarang kurang berjaga. Kurang mandi... Aku tiru Australian, agaknya.



Gambar selebihnya, kamu klik gambar-gambar atas dan kamu dapat terus link ke picasaweb aku. Rugi polariser aku hilang. Kalau tidak biru akan jadi lebih biru, hijau akan jadi lebih hijau dalam gambar-gambar di atas. Aku tidak suka edit di komputer. Biar ianya terjadi sendiri.

Esok... tidak pasti lagi destinasi. Tetapi tidak mungkin balik seawal tadi.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 1

Malas pula hendak bercerita mengenai Homeroom. Baik aku tunjukkan koleksi gambar yang diambil pada tahun 2003 semasa reunion MRSM Balik Pulau ketika itu. Ada lagi gambar yang akan diupload kemudian nanti. Banyak. Aku fikir ada baik aku kembali kesana suatu hari nanti untuk aku ambil gambar yang lebih baik. Ini pun guna kamera digital Kodak 3.2 megapixel. Model di atas adalah Meor. Ini sebenarnya pada zaman aku dulu merupakan kaunter untuk segala pembayaran yang berkaitan dengan yuran pembelajaran maktab. Kalau tak salah aku ianya adalah sebanyak RM30 setiap bulan. Disini juga kami akan terima wang saku daripada MARA berjumlah RM25 bagi sesiapa yang layak. Segala keputusan, slip periksa dan apa saja urusan dengan pejabat, semuanya disini. Kaunter segera tepi tingkap. Ini sebenarnya pentas dalam dewan besar maktab. Aku masih ingat semasa menjadi 'sound engineer' untuk drama arahan Amron Roni. si Amron ni pernah jadi produser untuk rancangan sembang-sembang Chef Wan di TV9 tidak l

Cikgu Zul & SmartLearning

Cikgu Zul Kawan-kawan MRSM Balik Pulau hingga 1991, siapa pernah kenal dengan Cikgu Zulkifli Kassim (Cikgu Zul)? Beliau adalah antara pelopor SmartLearning di Malaysia suatu ketika dahulu dan aku adalah antara pelajar-pelajar yang bertuah dapat mempelajarinya dari pakar SmartLearning sendiri. Ada dua tiga orang lagi tenaga pengajar SmartLearning tapi aku sudah lupa nama mereka. Tapi aku sentiasa ingat Cikgu Zul. Berbadan besar tapi lembut tutur kata. Kali terakhir sebelum dia meletak jawatan sebagai guru di MRSM Balik Pulau, dia guna kereta Mitsubishi Galant besar. Pada masa pelajar lain sibuk dengan kaedah belajar biasa, kami di MRSM Balik Pulau sudah pun dilatih menggunakan kaedah SmartLearning; kaedah peta minda, kaedah study smart dan banyak kaedah-kaedah yang kalau masa sekarang, orang nampak biasa. Ya, aku ingat apabila aku ke UiTM (masa tu ITM) dan melukis awan-awan (peta minda) sebagai nota, member-member nampak pelik. Mereka fikir aku sedang buat ajaran sesat. Sebentar tadi ak

Mahu Beli Kamera DSLR? Baca Sini Dulu

Kebelakangan ini aku ditanya oleh beberapa orang rakan mengenai kamera DSLR (digital single-lense reflex). Seperti kamu sendiri sedia maklum, kamera DSLR adalah gajet terkini yang 'perlu' dimiliki. Orang ramai sudah tidak memandang kepada kamera digital biasa, sebaliknya terus ingin membeli DSLR. Mungkin kerana kamera DSLR yang tergantung di leher adalah cool atau pemilik itu benar-benar minat dengan fotografi, tidak dinafikan kamera DSLR semakin menarik minat ramai orang. Dulu, memang agak sukar untuk temui orang di sana sini memegang atau menggantung di leher sebuah kamera SLR yang besar 'gedabak'. Orang lebih selesa dengan kamera digital biasa yang boleh disimpan di dalam poket atau sarung. Ringan dan mudah. Tetapi mungkin kerana terdapat batasan keupayaan kamera digital biasa, maka DSLR sekarang semakin banyak kelihatan di tangan orang ramai. Satu lagi punca paling jelas, sebuah kamera DSLR sekarang boleh dimiliki dengan harga kurang RM2000. Model asas seperti Canon